Friday, September 14, 2012

Lipan Vs Miss Yaty

Assalamualaikum.

Tetiba rasa nak cite pasal binatang yang paling Miss Yaty takut. 

Masa tu form 4. Biasalah orang cakap form 4 ni tahun honeymoon kononnye lepas PMR. So masa ni memang masuk sukan just for fun sebab boleh jalan-jalan pegi sekolah lain plus boleh mengorat. Hahaha.Okaih masa tu dah dekat nak maghrib last match tuk hari tu Miss Yaty sebagai penyokong sedang bersemangat bersorak. Padang bola tampar tu betul-betul tepi semak tebal yang boleh panggil hutan kecik lah kat situ. Tapi tyme tu pedulik hape kan sebab duk semangat menjerit bagi sorak. Walaweh masa tu tak ingat dah suara tu aurat bagi perempuan. Ish3.

Setelah puas menjerit dan bersorak akhirnya pasukan yang Miss Yaty sokong tu menang. Kira berbaloilah sedekah suara tuk sokong dorang tyme tu. Then Miss Yaty dan kawan-kawan ke dewan makan untuk makan petang. Lapar gile kot sebab dah penat-penat lompat plus jerit-jerit mestilah nak makan pulak. Masa makan-makan tu mula tak rase sedap badan sebab badan dah rasa rimas sebab berpeluh-peluh. Separuh hari bermandikan peluh. Mula-mula rasa lapar gila tapi lepas dapat makanan  jadi hilang selera makan. Lepas makan ala kadar Miss Yaty tergesa-gesa pegi ke tempat basuh tangan sebab terasa ada benda merayap dalam badan. Masa tu macam-macam duk pikir apa benda yang duk meraba dalam baju tyme tu. Laju je merayap. 

Sampai je kat sinki Miss Yaty terus meraba dalam baju sebab nak buang benda alah yang duk merayap dalam baju. Masa memang sanga terkejut sebab seekor LIPAN sebesar dan sepanjang jari telunjuk jatuh dari tangan Miss Yaty. Rupanya binatang nyang duk merayap dalam badan Miss Yaty masa tu adalah seekor lipan. Apa lagi lutut terus mengeletar sebab ketakutan yang amat. Air mata tak yah cakap lah laju je kuar almaklum lah Queen of air mata kan. Tak de control-control on the spot jugak nangis. Orang yang duk basuh tangan sume blur apesal minah ni duk nangis kat sinki sesorang macam meroyan. Lepas kawan Miss Yaty datang pujuk barulah Miss Yaty stop nangis. Haha. Wat malu je. Ramai gila duk tengok Miss Yaty nangis tyme tu. Memang saja glemerkan diri je.

*****************************************************

Ok tu masa form 4. Orang cakap jangan tak suka sangat benda/binatang/orang nanti mesti makin dekat dengan kita. Adusss. 
Ni cite masa Part 6 Diploma kat Uitm Jengka. Masa tu hari minggu. Biasalah hari minggu mestilah bangun lambat kecuali kalau ada aktiviti yang kena bangun awal. Miss Yaty tyme tu duk syok tidur lagi. Tetiba roomate Miss Yaty menjerit. Miss Yaty yang sedang syok tidur tyme tu terus terjaga dan bangun dalam blur. 

"Weh pesal ko jerit ni dayah? "
Sambil terketar-ketar, " Tu.. tu .. cuba ko tengok kat luar pintu betul-betul kat sliper aku ada apa..."
Miss Yaty yang ngah mamai pun ikut je pe dia suruh lepas je tengok terus membulat mata dan cepat-cepat tutup pintu dan berlari kat meja study sebab meja study paling jauh dari pintu. Korang nak tahu tak apa yang kitorang takut dan terkjut sangat tu? Mesti korang leh agak kan.

Seekor lipan sebesar dua jari dan sepanjang yang aku pun dah tak leh nak agak duk elok baring atas sliper si dayah. Miss Yaty dah tak leh tahan air mata nak nangis sebab kitroang tak tahu nak buat apa. Kitorang jerit-jerit kat member sebelah tapi sume tak jaga. Pas tu barulah Miss Yaty teringat yang kami dah ada teknologi tyme tu , terus je call tqah yang duk sebelah bilik Miss Yaty. Mujur lah dia terjaga dan datang jenguk. Dia pun terkejut giler dan terus call bapak dia merangkap RS/ Warden blok siswi tuk tolong buangkan si benda alah tu.

Hari tu En Mat merangkap bapak tqah jadi hero tuk beberapa minit. Lepas bapak tqah bunuh dan buang lipan tu 2 3 hari jugak Miss Yaty takleh tidur sebab ketakutan. Ada kawan cakap biasanya lipan besar gitu ada pasangannya. Mesti nanti ada pasangan dia datang. Miss Yaty yang maha lurus bendul ni memang lah percaya dan ketakutan. Lepas 2 3 hari barulah Miss Yaty dapat tidur dengan amaan. Tu pun lepas kawan-kawan Miss Yaty cakap dorang main-main je. Tak sangka Miss Yaty amik serius.. Huhu. 

**************************************************

Ada lagi kisah lipan dan Miss Yaty. Masa tu Miss Yaty duk sorang-sorang kat umah. Mak ayah dan adik-adik keluar pegi mana tah Miss Yaty malas nak ikut sebab nak lepak umah je. Masa duk mencuci pinggan dan mangkuk dalam sinki tetiba Miss Yaty di kejutkan dengan si lipan yang sepanjang jari manis di bawah kuali yang belum di cuci. Apa lagi dah la sesorang masa tu. Tak penah seumur hidup Miss Yaty jumpa lipan dalam umah Miss Yaty apatah lagi dalam sinki. Terus lah mata ni berair menangis teresak. Masa tu mengeletar satu badan sebab takut lipan tu naik dari sinki dan merayap satu rumah. 

Miss yaty yang blur-blur tyme tu terus call mak dan menangis mengadu ada lipan dalam sinki. Mak cakap bunuh la dia. Miss Yaty cakap lah takut. Mak cakap dah tu biar je lah kat situ sebab bukannya mak Miss Yaty ada kat situ nak tolong bunuh pun. Apa ke bendulnya Miss Yaty bila dah blur macam tu. Tetiba Miss Yaty dengan berbekal kekuatan dan tangisan Miss Yaty amik batang penyapu dan bunuh lipan tu sampai mati. Sebenarnya Miss Yaty beranikan diri sebab Miss Yaty takut nanti lipan tu merayap dalam umah dan beranak pinak dalam umah Miss Yaty. Hahaha. 

Lepas je lipan tu mati kaki dan tangan Miss Yaty terus lembik macam tak de tulang. Baring kat dapur tu macam orang pitam tapi takde orang nak tolong. huhu. Lepas lebih kurang setengah jam kot baru Miss Yaty bangun dan masuk bilik untuk baring sebab badan rasa lemah semacam je. Lepas kes tu seminggu Miss Yaty demam. Hahaha.


*******************************************

Ini gambar kucing comel. Tak de kena mengena dengan entry. titik. 


6 comments:

Puteri Iqa Izyan said...

hehehe. tergeak sorang-sorang iqa bace :P

teruk jugak penangan lipan dgn miss yaty ni. hehe.


iqa pun takut binatang. sume jenis binatang. tp tak nangis lagi la setakat ni. :P

JebengOtai™ said...

@Puteri Iqa Izyan

semua jenis binatang ker?

Anonymous said...

I'm having a tiny problem I can't seem to be able to subscribe your feed, I'm using google reader by the way.

Miss Yaty said...

@Anonymous : hi..thanks for reading my blog..i dunno why u cannot subscribe feed from my blog..maybe my blog have a problem..i will check and ask someone who know about feed..

Miss Yaty said...

@puteri iqa :hehe..sebab takut sangat tu yg smpai menangis..hehe..

Miss Yaty said...

@jebeng otai : btol gak tu..sume jenis bintang ke iqa takut ?