Sunday, March 20, 2011

Boleh Ke Nak Undo Masa Lalu?

Assalamualaikum dan salam sayang. Hari ni Miss Yaty nak bayar hutang tag dari si manis Bunga. Thanks sebab tag Miss Yaty ye Bunga. Miss Yaty jawab tag Bunga tu ye. Silalah menjamu mata.

1. Apa korang akan buat kalau korang di beri peluang untuk patah balikan masa???

Kalau Miss Yaty berpeluang tuk undo masa Miss Yaty akan hargai setiap detik waktu tu. Sebab bukan mudah nak undo masa kan dan bukan perkara yang logik pun kalau kita dapat undo masa ni. Jadi Miss Yaty akan hargai setiap detik masa yang Miss Yaty rindui tu.

2. Korang akan patah balik ke masa bile???

Kalau Miss Yaty di berikan peluang Miss Yaty nak kembali ke dunia sekolah. Kenapa? Kerana Miss Yaty nak kembali pada kenangan zaman sekolah Miss Yaty yang Miss Yaty amat rindui tu. Kenangan zaman sekolah memang kenangan paling manis. Miss Yaty nak hargai setiap detik di zaman sekolah dulu. Selain tu Miss Yaty nak belajar sungguh-sungguh takmo ikut jiwa remaja yang inginkan kebebasan semata. Miss Yaty nak amik semua ilmu yang cikgu-cikgu kat sekolah bagi dan nak dapat kan 11 A1 dalam SPM. Kantoi Miss Yaty ni tak pandai masa sekolah. Huahhuahua. Tapi. . .kalau Miss Yaty dah undo masa cam ne Miss Yaty nak jumpa kawan-kawan diploma Miss Yaty sekarang?

3. Lepas korang dah pegi ke masa korang nak tu....korang nak stay kat masa tu atau nak patah balik ke masa asal??? Bagi alasan yang kukuh....hehehe

Miss Yaty dah ubah pikiran Miss Yaty taknak undo masa sebab Miss Yaty tak nak ubah kenangan manis Miss Yaty di zaman diploma. Kenapa? Sebab kalau Miss Yaty dah ubah zaman sekolah maknanya Miss Yaty dah ubah segala jalan hidup Miss Yaty yang asal. Sesungguhnya apa yang berlaku dalam hidup setiap manusia ada hikmahnya dan kita sebagai orang Islam kena terima dengan redha dan bersyukur dengan setiap apa yang berlaku dalam diri kita.

4. Bile korang dah kat masa yang korang nak tu.....apa korang nak buat kat situ???

Miss Yaty tak nak ubah pape sebab semua yang terjadi adalah ketentuan Allah. Miss Yaty redha semua tu. Miss Yaty hanya nak pandang ke depan dan hanya pikirkan untuk masa depan akan datang. Semoga Allah permudahkan perjalanan hidup Miss Yaty dan mereka yang Miss Yaty kasihi dan sayangi.

P/s: Lebih baik hidup pandang ke depan. Tapi kadang-kadang kita masih perlu pandang ke belakang untuk jadi kan pedoman hidup kita di masa akan datang.

P/s: Sejarah adalah perkara yang perlu di ingati dan di perbaiki bukan setakat untuk di kesali.


7 comments:

Unknown said...

andai boleh kan..

Kalamhati said...

Andai dapat diundur masa..mcm2 kita nak perbetulkan kan?huhu

Aida Lela said...

kalau boleh, nak sangat undur masa lalu. huhuhuhu.

boleh baiki dan elak apa yang patut :)

*kalau boleh, tp tak boleh

Taufiq Tiramisu said...

zaman sekolah la zaman paling best..nk undo masa gak..hehehehe

Farhan Zulhusmi said...

nak undurkan masa....
sbbnya xsempat nak join contest sahabat sendiri....emmm...
kata 20/3
bukan ke hari ini...lepas tu dy kata dah tutup....
nasib baek lah number dy dah hilang...kalau x....
siap dy...hahaha

Muhammad said...

fuuhhhh tdi blog akak takda.
mamat bkak facebook akak takda..
mamat balas dalam twitter..akak tak reply..huhu..
macam mana boleh jadi macam tu akak?

Solihin Zubir said...

sy pon.. nk kembali ke zaman skolah.. best kan zmn skolah.. hehe..