Thursday, November 22, 2012

Tutorial Register / Create Akaun UniFi | TM UniFi

Assalamualaikum.

Korang tahu apa itu UniFi ? UniFi sebenarnya adalah servis jalur lebar berkelajuan tinggi yang baru diperkenalkan di Malaysia. Makin ramai orang menggunakan servis UniFi ini kerana kelajuan dan kemudahannya. Tapi buat masa sekarang servis ini masih belum ditawarkan ke seluruh Malaysia. Jadi pada sesiapa yang ada Unifi kena lah register/create akaun di portal UniFi. Miss Yaty nak share tutorial untuk register/create akaun UniFi. Untuk membantu sesiapa yang hadapi masalah untuk register kat portal UniFi ini. 


Step 1:  

Buka web browser dan masuk ke website UniFi [UniFi Portal]

Nanti akan pop up window seperti di bawah ini dan korang hanya klik button "Close".



Step 2 : Klik "SIGN UP FOR FREE".



Step 3 : Seterusnya akan keluar paparan berikut iaitu "CREATE PROFILE". Isi semua maklumat dalam form yang disediakan seperti dalam gambar di bawah.  



Service Login ID : Yang ni korang bagi Network ID korang ye. [xxxxxx@unifi.my]
Customer Name : Nama penuh korang.
Customer Identity : Pilih la untuk isi I/C korang.

Dah siap isi klik "Next".

Step 4 

Seterusnya akan keluar paparan yang baru dan korang kena isi semua maklumat mengenai preferred login ID, Web Notification, Mobile Phone Number and Email. Dah siap isi klik  "Continue".

Step 5 

Korang akan terima password sementara untuk pengesahan melalui email. Korang ceklah dalam email korang ye.

Step 6 

Langkah seterusnya korang log in guna password sementara tadi dan terus tukar ke password yang baru. 

Step 7 

Selamat menjelajah ke dunia UniFi portal korang ye. :)



P/s : Jangan lupa bayar bill Unifi setiap bulan. Hihi.

No comments: