Showing posts with label Adab. Show all posts
Showing posts with label Adab. Show all posts

Thursday, March 10, 2011

Surat Dari Setan Untuk Kaum Adam!

SURAT DARI SETAN UNTUK MU!

Aku melihatmu kemarin, saat engkau memulai aktiviti harianmu. Kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu. Bahkan kemudian, kau juga tidak mengucapkan "Bismillah" sebelum memulai santapanmu, juga tidak sempat mengerjakan solat Isha’ sebelum berangkat ketempat tidurmu.

Kau benar2 orang yang bersyukur, Aku menyukainya. Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihatmu tidak merubah cara hidupmu. 
Hai Bodoh, Kamu millikku. Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama, dan aku masih belum bisa benar2 mencintaimu . Malah aku masih membencimu, karena aku benci Allah. Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada Allah.

Dia sudah mencampakkan aku dari surga, dan aku akan tetap memanfaatkanmu sepanjang masa untuk mebalaskannya.Kau lihat, ALLAH MENYAYANGIMU dan dia masih memiliki rencana-rencana untukmu dihari depan.

Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku, dan aku akan membuat kehidupanmu seperti neraka. Sehingga kita bisa bersama dua kali dan ini akan menyakiti hati ALLAH Aku benar-benar berterima kasih padamu, karena aku sudah menunjukkan kepadaNYA siapa yang menjadi pengatur dalam hidupmu dalam masa2 yang kita jalani.

Kita menonton film 'porno' bersama, memaki orang, mencuri, berbohong, munafik, makan sekenyang-kenyangya, bergosip, menghakimi orang, menikam orang dari belakang, tidak hormat pada orang tua, tidak menghargai Masjid, berperilaku buruk.

TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan ini begitu saja.Ayuhlah, Hai Bodoh, kita terbakar bersama, selamanya. Aku masih memiliki rencana2 hangat untuk kita. Ini hanya merupakan surat penghargaanku untuk mu. 
Aku ingin mengucapkan 'TERIMAKASIH' kerana sudah mengizinkanku memanfaatkan hampir semua masa hidupmu. Kamu memang sangat mudah dibodohi, aku menertawakanmu. Saat kau tergoda berbuat dosa kamu menghadiahkan tawa.
Dosa sudah mulai mewarnai hidupmu.

Kamu sudah 80 tahun lebih tua, dan sekarang aku perlu darah muda. Jadi, pergi dan lanjutkanlah mengajarkan orang-orang muda bagaimana berbuat dosa. Yang perlu kau lakukan adalah merokok, mabuk-mabukan, berbohong, berjudi, bergosip, dan hiduplah se-egois mungkin.Lakukan semua ini didepan anak-anak dan mereka akan menirunya. Begitulah anak-anak. Baiklah, aku persilakan kau bergerak sekarang. Aku akan kembali beberapa detik lagi untuk menggoda mu lagi. Jika kau cukup cerdas, kau akan lari sembunyi, dan bertaubat atas dosa-dosamu.

Dan hidup untuk Allah dengan sisa umurmu yang tinggal sedikit. Memperingati orang bukan tabiatku, tapi diusiamu sekarang dan tetap melakukan dosa, sepertinya memang agak aneh. Jangan salah sangka, aku masih tetap membencimu. Hanya saja kau harus menjadi orng tolol yang lebih baik dimata ALLAH.

the end....

#ikhlas dari Iblis!!

P/s : Sama-samalah kita ambil iktibar dari surat ni. Masih belum terlambat untuk kembali ke pangkal jalan. Sesungguhnya Allah menerima taubat dari hamba-hambaNya..

P/s: Kredit to Tok Esah sebab Miss Yaty copy dari blog dia kat entry MUST READ: Surat Dari Iblis Untuk Manusia!!.



Sunday, January 16, 2011

Mujur Dosa Itu Tidak Berbau

Terkedu seketika apabila menatap tajuk “Mujur Dosa itu Tidak Berbau”. Kalau ia berbau, bagaimana agaknya kita menghadapi situasi itu. Ada ke orang ingin mendekati kita? Bagaimana baunya? Astaghfirullah…

Sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang. Sentiasa membari peluang untuk kita menginsafi diri. Namun, kita harus ingat, bahawa hari pengadilan itu tetap ada! Jika di dunia, ada kala yang benar di kata salah, yang salah pula terlepas bebas. Tapi di akhirat kelak, yang benar tetap benar, dan yang salah tetap akan menerima hukumannya.

Segala anggota pada tubuh badan kita akan berkata-kata, meluahkan apa jua dosa dan pahala yang kita lakukan.

Di dunia, kita mampu menyembunyikan dosa daripada pengetahuan manusia yang lain, namun MUSTAHIL menipu Allah dan diri sendiri. Renung-renungkanlah..


~Bicara Hati~


Credit to Majalah Dara.

Monday, January 10, 2011

Tolong Ingatkan Miss Yaty Ye!

Tolong ingatkan saya
Andai sayaterlupakan Tuhan
Dalam kelapangan dan kesibukan
Dalam kesenangan dan kesusahan

Tolong ingatkan saya
Jangan jadi anak derhaka
Mak ayah dilupakan jangan
Usah diluka hati dan perasaan

Tolong ingatkan saya
Supaya ingat pesanan guru
Bukan sekadar peringatan
Tapi tarbiyah berpanjangan

Tolong ingatkan saya
Dengarlah dan bacalah al-quran
Tika radio penuh hiburan
Tika tv penuh hindustan

Tolong ingatkan saya
Di mana islamnya zahirku
Jika aurat didedahkan
Disingkat, diketat dan dijarangkan

Tolong ingatkan saya
Jadilah sahabat yang baik
Sentiasa memberi peringatan
Sentiasa menerima teguran

Tolong ingatkan saya
Kalau bercinta biar keranaNya
Dalam memilih utamakan Iman
Kelak ikatan dihindari syaitan

Tolong ingatkan saya
Hidup ini satu kembara
Kutiplah mutiara dalam perjalanan
Moga di sana menjadi bekalan

Tolong ingatkan saya
Diri ini milik Yang Kuasa
KepadaNya jiwa diserahkan
Segala-galanya Dialah tumpuan





P/s: Marilah Kita saling ingat mengingati. Ni bukan ciptaan Miss Yaty. Sumber masih tidak di kenalpasti.

Thursday, January 6, 2011

Hikmah makanan dalam Islam (Siri 1 )

Roti


                                  - Roti yang paling bagus di perbuat dari gandum.
                                  - Yang paling baik di masak dalam pembakar roti yang 
                                    bulat.
                                  - Roti itu di biarkan sejuk sebelum di makan, jika tidak kita 
                                    akan merasa haus selepas memakannya.
                                  - Roti lama tak elok dimakan kerana akan menyebukan 
                                     perut.
                                  - Nabi S.A.W pernah bersabda “ jangan potong roti dengan 
                                     pisau.    
                                  - Hormati roti itu dengan memotong dengan tanganmu 
                                     kerana Allah menghormati roti itu."

Epal


                                   - Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis.
                                   - Ianya juga boleh menguatkan organ hati.

Pisang



                                   - Pisang boleh menyejukkan badan.
                                   - Ianya boleh dimakan dengan madu lebah.



Friday, December 24, 2010

Para Malaikat Doakan Jika Kita Amal Selalu

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

P/s: Sila baca sampai abis ye. Ni ilmu agama untuk kita sesama manusia tahu dan amalkan. :)

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, di kalangan malaikat akan mendoakannya: "Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikatNya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.."

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

5. Di kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al- Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."


P/s: Mudah je untuk kita sama mengamalkannya :)

Friday, December 10, 2010

Tiga Jenis Manusia Di Dunia


Apabila 3 jenis golongan manusia di tanya dan mereka terus menjawab.


Soalan Pertama: Adakah anda solat 5 waktu?

I : Sudah tentu. Solat itu tinag agama dan berdosa jika kita meninggalkannya.
II : Solat gak la. Itu pun kalau mak ayah suruh ataupun join kawan. Tapi ikut mood gak la.
III: Kalau solat pun tak khusyuk. Baik tak payah.


Soalan Kedua: Adakah anda berpuasa di bulan Ramadhan?

I : Itu kewajipan umat Islam maka wajib di lakukan kerana Allah.
II : Of courselah puasa. Malulah kat orang kalau tak puasa. Tak puasa takleh raya.
III : Aku solat pun tak. Puasa pun buat ape.

Soalan ketiga: Jika anda seorang wanita adakah anda memaki tudung?

I : Pakai tudung itukan kewajipan dan maruah seorang wanita Islam. So kena faham sendirilah.
II : Tudung tu pakai kat sekolah je. Kat luar tayang rambut rebonding lah.
III : Tudung? Tak trendy laa. Buat malu je. Nati jatuhlah saham aku.


Soalan keempat: Apakah aurat bagi seorang lelaki?

I: Di antara pusat dan lutut. Budak darjah satu pun tau.
II : Anta pusat dan ketiak kot. Tak pasti.
III : Ntahlah. Tak kesah sangat. Apa guna spender mahal dan bulu paha panjang kalau tak tayangkan?

Soalan kelima: Apa pendapat anda tentang wanita berpakaian seksi dan fit?

I : Jelas dia tak sayangkan agama dan tidak ingin menjaga maruah diri dan Islam.
II : Tanyalah dia. Mane tahu kain mahal dan tak mampu beli banyak kot. So terpaksa pinjam baju adik.
III : Standardlah tu. Takpe tak tutup aurat yang penting hati mesti baik.


Soalan keenam: Kalau anda Nampak mesej berbentuk dakwah dalam email atau blog, apa yang anda buat?

 I : InsyaAllah saya akan baca dan kongsi dengan kawan-kawan sekurang-kurangnya ada gak usaha dalam berdakwah.
II : Baca pun tak. Forward lagilah tak.
III : Delete terus!!




Wednesday, December 8, 2010

Cantik di Hati Manusia | Motivasi

Untuk renungan kita sesama Islam :




" LAGU yang merdu adalah AZAN,
NOVEL yang bagus adalah AL-QURAN,
SENAMAN yang sihat adalah SOLAT,
DIET yang mujarab adalah PUASA,
Andai kata semua HARTA yang kita miliki adalah RACUN, 
maka ZAKAT adalah PENAWARNYA,
Jika semua KEHIDUPAN kita adalah DOSA, 
maka TAUBAT DAN BERTAKWA adalah UBATNYA. "







Saturday, December 4, 2010

Rahsia Potong Kuku Ikut Hari | Sunnah Rasullullah

Assalamualaikum semua. Korang tahu kan penjagaan kuku memang penting tapi korang tahu tak rahsia di sebalik potong kuku ikut sunnah nabi? Sebenarnya amalan potong kuku ikut hari ni memang elok di praktikan dalam kehidupan seharian kita. Jom tengok  Rahsia Memotong Kuku kat bawah ni.

Rasullullah S.A.W. bersabda yang ertinya: Barangsiapa yang mengerat kukunya pada :

= Hari Sabtu     : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat danmasuk kepadanya penyakit.

= Hari Ahad      : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.

= Hari Isnin      : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat.

= Hari Selasa    :  Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit.

= Hari Rabu       : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

= Hari Khamis  :  Nescaya keluar gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

= Hari Jumaat  : Nescaya keluar dosa - dosanya seperti hari di lahirkan oleh ibunya dan 
                                  masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.