Showing posts with label Kebaikan. Show all posts
Showing posts with label Kebaikan. Show all posts

Saturday, August 25, 2012

Kenal Buah Nona Tak ? - Khasiat Buah Nona

Assalamualaikum. 

Korang kenal buah nona tak? Kalau kenal korang penah rasa tak? Miss Yaty memang kenal dan penah rasa buah ni. Isinya berwarna putih dan ada biji bewarna hitam. Rasanya sangat manis taw. Tak rugi untuk mencuba. Buah ni agak jarang di kenali mungkin sebab tak berapa di komersialkan kot. Cubalah cari kat mana-mana pasar jarang ada jual buah ni kan. Besenya kat kampung je ada tanam buah macam ni. Miss Yaty dapat rasa buah nona ni pun sebab dulu kat umah arwah tok sedara ada tanam buah ni. Bes. Setiap kali pegi umah arwah mesti selalu mitak buah ni. Pokok buah nona ni memang berbuah tak ikut musim sebab tu stiap kali Miss Yaty pegi umah arwah ada aje buah nona ni. Hihi.



Bentuk die memang unik dan rasanya memang best. Seperti buah-buahan yang lain buah nona ni ada juga khasiatnya yang tersendiri taw. Meh kita baca info ni sikit untuk tambah pengetahuan.

Nama lain untuk buah nona adalah Nona Serikaya
Nama sainsnya Annona squamosa.
Famili : Annonaceae.
Nama Latin : Annona reticulata
Nama Indonesia : Mulwo, Binoa, Manowa Kawasan
Asal : Secara semulajadi ia terdapat di Amerika Tengah dan Amerika Selatan seperti Indies Barat dan sekarang ditanam di seluruh tropika. 

Sifat pokok buah nona : 

Pokoknya kecil lebih kurang 4.5 meter hingga 6 meter dan bersifat separuh umur. Buahnya berbonggol dan mempunyai banyak biji dan boleh didapati di sepanjang tahun (tidak bermusim).

Cara pokok buah nona membiak : 

Ia dibiakkan dengan menggunakan biji benih. Buah Nona Serikaya ini juga boleh dibiak dengan cantuman tunas tetapi kualiti dan hasil buahnya kurang memuaskan. Nona Serikaya boleh dimakan begitu saja apabila masak.

Jenis - jenis buah nona :

Mempunyai kulit bewarna hijau atau merah. Selain itu, buah nona yang sering dibandingkan dengan buah epal juga mempunyai banyak bahan berkhasiat seperti protein, vitamin C, Kalsium dan Fosforus.

Ini bererti buah nona mengandungi bahan-bahan penting dalam menghasilkan sel darah merah(erytrocyte), membina tulang dan gigi yang kuat serta membantu pertumbuhan kanak-kanak. 

Boleh di gunakan sebagai perubatan :

Daunnya juga boleh dijadikan penawar bagi merawat bengkak nanah, merawat luka daripada dikerumuni lalat, penyakit cirit-birit dan radang usus(najis berdarah).


Buah Nona, sedap namanya dan mudah pula untuk menanamnya. Dengan hanya menaburkan bijinya dan sedikit pembajaan, anda akan mendapat hasilnya dalam tempoh tiga suku tahun. 

Fail:Custard Apple.jpg
Isi buah nona 


Sumber : Buah Nona

Thursday, July 26, 2012

Amalan-Amalan Kebaikan Di bulan Ramadhan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salam Ramadhan. Alhamdulillah. Hari ini sudah hari ke 6 kita berpuasa di bulan Ramadhan. Persoalan yang di tujukan khas untuk Miss Yaty sendiri dan pada anda semua, adakah amalan kita di bulan puasa tahun ini makin bertambah dari tahun sebelumnya?  

Kalau masih kurang marilah kita bersama-sama mengamalkan amalan-amalan di bulan Ramadhan ni. InsyaAllah masih sempat untuk kita amalkan amalan-amalan ini. Jangan bertangguh lagi ye. Pesanan untuk diri sendiri. Semoga kita sama-sama mendapat keredhaan Allah di bulan Ramadhan kali ini. InsyaAllah. Ingatlah, walau tak dapat buat semua amalan-amalan ni tapi pastikan jangan tinggalkan semua ini kerana kita akan tergolong di kalangan orang-orang yang rugi jika tak hargai peluang ni. Sesungguhnya kita belum pasti samaada kita masih berkesempatan untuk berjumpa bulan Ramadhan seterusnya. 



(Tidak dapat buat semua, jangan tinggal semua)

1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan.
2) Menempah pakaian untuk Ramadhan.
3) Niat puasa sebulan pada permulaan Ramadhan.
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam.
5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat).
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian).
7) Solat berjemaah setiap waktu.
8) Solat jemaah di masjid/surau.
9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek.
10) Sahur diwaktu akhir.
11) Sahur – utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu.
12) Mandi Janabat sebelum Imsak.
13) Kurangkan tidur.
14) Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh).
15) Tunaikan Solat Dhuha.
16) Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor).
17) Tunaikan solat Rawatib.
18) Jaga pacaindera.
19) Elakkan gosok gigi selepas tergelincir matahari hingga berbuka.
20) Hadiri majlis ilmu.
21) Buat baik kepada ibubapa.
22) Isteri hendaklah taat pada suami.
23) Banyakkan bersedekah.
24) Berbuka dengan 3 biji kurma dan air yang belum dipanaskan oleh api.
25) Berbuka bersama org tua.
26) Jemput tetamu berbuka.
27) Kurangkan berat badan.
28) Banyakkan i’tikaf di masjid (lelaki sahaja).
29) Baiki hubungan suami isteri.
30) Baiki hubungan jiran.
31) Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan.
32) Elakkan berbelanja berlebihan.
33) Kuatkan kesabaran.
34) Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih.
35) Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar).
36) Mengejut anak dan isteri di malam Lailatul Qadar.
37) Elakkan menonton TV yang mengandungi nafsu.
38) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan hingga melalaikan.
39) Berdoa dengan nada lembut dan merayu.
40) Jauhkan bercumbu dengan suami/isteri.
41) Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yang meninggal dunia.
42) Melazimkan solat waktu.
43) Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar.
44) Elakkan banyak berhutang.
45) Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang.
46) Mengeluarkan zakat fitrah.


Wednesday, September 1, 2010

Sejarah dan Kebaikan Bulan Ramadhan Al Mubarak | Ramadhan

Assalamualaikum.. 


Sempena bulan Ramadhan yg mulia ni saya nak mohon maaf di atas segala keterlanjuran bicara di dalam blog ni. tak lupa juga pada yg mengenali diri ini. salam seribu kemaafan dan semoga Ramadhan kali ni membawa seribu erti dan hikmah pada kita sume. Semoga kita semua di rahmati dan di berkati ALLAH SWT.


entry kali ni saya nk share Sejarah dan Kelebihan bulan Ramadhan. arap info ni bermakna tuk kita sume. 

Sejarah Ramadhan


1) Ramadhan ertinya panas terik.
2) Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana).

3) Berlakunya perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan. 

4) Bulan dimana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.

5) Di dalamnya dipilih ada malam al-qadar yakni lebih baik drpd 1000 bulan.

6) Di pilih untuk ibadat puasa.

7) Di pilih untuk ibadat2 lain (tadarus Al Quran) 

Kelebihan/ Kebaikan Bulan Ramadhan 

1) Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur)
 2) Bulan penuh keberkatan.
3) Di malamnya ada lebih baik drpd 1000 bulan.
4) Amal sunat sama dengan solat fardhu.
5) Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda.
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga.
7) Bulan menambah rezeki.
8) Memberi buka banyak pahala.
9) Bulan keampunan:
* doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa.
* juga doa pada sepertiga malam.
10) 10 hari pertama adalah mulanya rahmat, 10 hari pertengahan - pengampunan, 10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.

p/s: semoga info ni dpt menambahkan ilmu pengetahuan kita pasal Ramadhan ni.