Showing posts with label Penting. Show all posts
Showing posts with label Penting. Show all posts

Tuesday, July 31, 2012

10 Perkara Penting dan Menarik Mengenai London Olympics 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Korang tahu tak apa perkara penting dan menarik di sebalik Olympics 2012 ni? Perkara-perkara ni lah yang buat Miss Yaty sangat kagum pada Olympics ni dan mula merasai kehangatan Olympics 2012 ni. Korang tahu kan Tuan Rumah Sukan Olympics kali ini adalah London. Tapi korang tahu tak sebenarnya London mendapat pelbagai kebaikan dan kelebihan apabila menjadi tuan rumah Olympics tahun 2012 ni. 

Stadium 

 Jom Pergi Bengkel Hijab Sunsilk




Stadium Olympics ni mampu mencapai kapasiti sebanyak 80,000 orang. Ia juga dikenali sebagai stadium Olimpics yang paling ringan yang telah di bina.

Perubahan pada Ekonomi Di London



Disebabkan games ini, London telah membuat perkiraan bahawa ekonomi London bakal naik sehingga mencecah $80 billion pada tahun 2015 nati.

Peluang Pekerjaan


Olympics ini telah menyediakan 12, 000 peluang pekerjaan di Olympic park. Boleh bayangkan tak betapa besarnya Olympics park ni.!! 

Selepas Olympics



Selepas berakhis Olympics 2012, empat arena Olympics park akan di ubah suaikan dan dipindahkan ke bahagian lain di UK bersama-sama dengan kolam renang dan kolam latihan.

Charity 


Peralatan sukan yang di gunakan semasa Olympics akan di berikan percuma sebagai derma dan sebagai beramal.  

Pelbagai jenis Negara yang mengambil bahagian dalam Sukan Olympics 



300 negara mengambil bahagian dalam Sukan Olympics 2012 dan 147 negara dalam Paralympics. 

Pembinaan



Pembinaan Taman Olympics ni dah bermula pada May 2008 lagi dan terdapat lebih 5,250 orang telah bekerja dalam proses pembinaan ni. 

Taman Olympics



Selepas Sukan Olympics tamat, Olympiccs park ni akan menjadi salah satu taman bandar yang terbesar dibina di Eropah selama lebih dari 150 tahun.

Kos 



London Olympics 2012 di jangka telah menelan kos sebanyak £20 billion dan rakyat dari London telah menyumbang sebanyak £625 million dari jumlah itu untuk menbantu penyediaan Sukan Olympics di negara mereka. 

Olympics in London 




London penah menjadi Tuan Rumah untuk Olympics pada 1908 and 1948. Pada tahun 2012 ni adalah kali ke-3 London menjadi penganjur untuk sukan Olympics ni. 

Sumber dari goodpaste.com . Thanks for info. Sharing is caring. :)

Tuesday, April 19, 2011

Khasiat/Kepentingan Timun pada manusia | Kelebihan

Khasiat Timun :)
Timun yang hijau
  • Timun yang disapu ke wajah boleh mengurangkan kepanasan dan radang pada kulit.
  • Mudah menyejuk dan membersih menjadikan sayuran tersebut baik untuk kulit.
  • Timun yang segar boleh memberi kelegaan kepada masalah ulser, gastritis dan pedih ulu hati.
  • Hirisan timun mampu mengurangkan bengkak pada mata.
  • Pengambilan timun setiap hari membantu mengawal ekzema, artritis dan juga gout.
  • Timun juga bermanfaat kepada mereka yang mengalami masalah pada paru-paru, perut dan dada.
  • Potasium di dalam timun menjadikannya sangat berguna untuk membantu mengurangkan masalah tekanan darah rendah.
  • Timun mengandungi erepsin - enzim yang membantu menghadamkan protein.
  • Jus timun membantu menggalakkan pertumbuhan rambut, terutamanya jika ditambah jus lobak merah, kobis dan bayam. Campuran jus timun dan lobak mereka juga bagus untuk masalah reumatik disebabkan lebihan asid urik dalam badan.
  • Kaya dengan mineral, timun boleh membantu menghalang masalah kuku.


Sumber : Link 

Sunday, January 30, 2011

Kenapa Layout Blog Miss Yaty Lebih Kurang Sama Dengan Blog Cik Tom? Mesti Miss Yaty TiruKucing Blog Cik Tom

Salam sayang semua. Mesti ramai tertanya-tanya kenapa layout blog Miss Yaty dan Cik Tom sama. Dan semestinya ramai yang cakap Miss Yaty yang tiru Cik Tom kan. 















Layout Blog Cik Tom yang baru.

Miss Yaty mengaku Miss Yaty memang tiru layout blog Cik Tom. Kenapa salah ke kalau ada blog yang sama layout dan designnya? Mungkin sebab korang rasa susah nak cam blog mana blog Cik Tom. Begitu ke?

Korang rasa semua blogger pandai main coding ke? Miss Yaty sendiri mengaku Miss Yaty tak pandai main coding. Walaupun sebenarnya Miss Yaty pernah buat coding sendiri untuk layout Friendster dulu. 

Tapi tu dulu. Dah lama dah. Sekarang makin maju layout blog bukan sama macam layout friendster(agaknya). Miss Yaty tak reti nak main coding layout untuk blog jadi Miss Yaty minta tolong dari Cik Tom.

Tak salahkan kalau blogger minta tolong antara blogger kan? Dan tak salahkan seorang adik minta tolong dekat kakak kandung dia kan. Sebenarnya Cik Tom memang kakak kandung Miss Yaty.

Mungkin ada blogger yang dah tahu tapi tu pun kalau mereka memang alert dengan entry blog Cik Tom dan blog Miss Yaty.

Cik Tom memang pernah buat entry mengenai blog Miss Yaty tapi tak berapa detail sebab Miss Yaty tak benarkan dia disclosed pasal blog Miss Yaty.










Layout Blog Miss Yaty.


Memang silap Miss Yaty gak sebab tak benarkan Cik Tom bagi tahu. Tapi niat Miss Yaty hanya tak nak orang cakap Miss Yaty tumpang traffik dari blog Cik Tom.

Di sebabkan blog Miss Yaty ni wujud dulu sebelum blog Cik Tom dan blog Cik Tom lagi cepat naik dan di kenali. Lagi mudah Miss Yaty di cop macam tu kan.

Tapi selepas dah ada 2 3 orang blogger mengadu pada Cik Tom yang layout Miss Yaty sama dengan blog Cik Tom, Miss Yaty terasa macam Miss Yaty dah di cop "copycat" tanpa kebenaran pulak.

Jadi di entry ni Miss Yaty nak terangkan dan tekankan secara jujur CIK TOM IALAH KAKAK KANDUNG MISS YATY.

Jadi tak salahkan kalau layout kami serupa dan sejibik?



Di tekankan kat sini takde istilah siapa tiru siapa ye. Penggunaan istilah siapa tiru siapa tu memang agak mengguriskan hati Miss Yaty.

Tapi takpe. Miss Yaty tak marah.

:)

Sunday, January 9, 2011

Akta Kad Pengenalan Yang Perlu Tahu



PUTRAJAYA: Hanya mereka yang diberi kuasa secara bertulis saja dibenarkan memegang dan menyimpan kad pengenalan seseorang individu, sama ada untuk memasuki bangunan kediaman, syarikat, kementerian atau agensi kerajaan.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jainisah Mohd Noor berkata, tindakan itu diambil untuk melindungi maklumat peribadi dalam MyKad, sekali gus mengelakkan ada pihak mengambil kesempatan melakukan perkara tidak bertangggungjawab.

“Tak kira siapa, semua pihak tidak boleh menyimpan kad pengenalan orang lain, kecuali mendapat kuasa secara bertulis daripada Ketua Pengarah JPN.

“Ia bertujuan melindungi maklumat di dalam Mykad, apatah lagi ketika ini, banyak maklumat peribadi dalam kad pengenalan mungkin boleh disalahgunakan pihak tidak bertanggungjawab,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Jainisah berkata, mengikut Akta Pendaftaran Negara 1959 (Akta 79), di bawah Peraturan 8A, Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 78) adalah menjadi kesalahan kepada mana-mana pihak untuk memegang dan menyimpan kad pengenalan orang lain.

Beliau berkata, mengikut peraturan itu, pemilik bangunan atau pengawal keselamatan yang bertanggungjawab terhadap bangunan terbabit hanya berhak meneliti dan menyemak kad pengenalan.

“Selepas berpuas hati, mereka perlu mengembalikan semula kepada individu terbabit sebelum mengeluarkan pas atau permit sementara untuk berada di kawasan premis mereka.

“Mereka tidak boleh menyimpan jika tidak mempunyai surat kuasa secara bertulis,” katanya.

“Jika masih berdegil, mereka boleh dikenakan hukuman mengikut Peraturan 25 yang boleh dihukum penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” katanya.

Sehubungan itu, katanya JPN menasihatkan pemilik bangunan supaya mencari satu mekanisme baru untuk membenarkan pelawat memasuki premis mereka tanpa perlu meninggalkan kad pengenalan di kaunter pengawal keselamatan.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


P/s: Bila Miss Yaty kerja dekat bahagian CDS ni baru Miss Yaty tahu pasal Akta Kad Pengenalan ni jadi sila jangan ambil lewa. Ada macam-macam sindiket yang guna Kad Pengenalan kita untuk tujuan tak baik. Jadi Miss Yaty nak berpesan pada diri sendiri dan korang semua jagalah kad pengenalan korang baik-baik. Kalau buat salinan kad pengenalan silalah tulis kat atas kad korang tu untuk tujuan apa salinan tu di buat. 

p/s: Mencegah lebih baik dari megubati. Betul tak?