Showing posts with label My Story. Show all posts
Showing posts with label My Story. Show all posts

Thursday, November 8, 2012

My Choice - 07 November 2012

Assalamualaikum. 

Alhamdulillah. Akhirnya dah dapat buat keputusan. InsyaAllah ini keputusan muktamad. Lega sikit lepas buat pilihan. Agaknya ni lah petunjuk Allah. Yang tersirat kita tak nampak. Sume yang terjadi pasti ada hikmahnya kan. Allah tak jadikan sesuatu tu tanpa sebab. Jadi kita kenalah selalu take positive kan. InsyaAllah.

Sekarang dah makin nampak target untuk achieve pada masa akan datang dan dah nampak hala tuju career Miss Yaty seterusnya. InsyaAllah. Kita hanya merancang sumenye Allah yang tentukan. At least biar ada perancangan dalam hidup dan berusaha untuk capainya. Apa yang penting ingat Allah selalu ada di samping kita. 

Oh mesti blur kan apa yang Miss Yaty bebel lam entry ni. Sebenarnya Miss Yaty dapat offer job kat LHDN. Agak stress jugak nak buat pilihan tapi setelah consult dengan ramai orang dari pelbagai peringkat usia, industri dan pengalaman Miss Yaty akhirnya dapat buat keputusan. Miss Yaty dah listkan segala pro dan cons untuk dua dua company ni then Miss Yaty decide untuk terus stay di SD untuk achieve target mula-mula Miss Yaty masuk SD ni. Yes, little bit sayang sebab nak lepaskan offer job kat LHDN sebab sektor kerajaan dan semi kerajaan memang susah nak dapat tapi Miss Yaty anggap tu sebagai opportunity cost untuk achieve next target Miss Yaty. 

Memang ada hikmah Miss Yaty dapat LHDN sebab bila Miss Yaty tahu dapat job kat LHDN baru Miss Yaty jadi serius pkir kan hala tuju career Miss Yaty dan apa yang Miss Yaty nak achieve dalam career Miss Yaty. Setelah consult dengan family, sedara mara dan kawan-kawan akhirnya Miss Yaty buat keputusan untuk stay je. InsyaAllah Miss Yaty dah ada target untuk achieve dalam masa 5 tahun akan datang. InsyaAllah semoga Allah permudahkan.

Till then. Bye.


Tuesday, October 23, 2012

Dilema





I need to think fast.Aduh pening kepala. Susah nak buat keputusan sebab dua-dua ada kelebihan masing-masing. Susahnya nak pilih. If tersilap pilih takut akan menyesal kemudian hari. Ya Allah, Please guide me to choose the best. Amiin.

Thursday, October 18, 2012

Hari Minggu - 13/10/2012-14/10/2012

Hari sabtu lepas mak Miss Yaty datang kolumpo sebab ade kenduri kahwin. Dua orang sepupu Miss Yaty kahwin serentak. How lucky they are. Majlis dorang hari sabtu walaupun hujan turun pagi tu tanpa henti hingga ke petang tapi alhamdulillah sumenya berjalan dengan lancar.

Dua orang sepupu Miss Yaty tu perempuan. Sorang tua setahun dan sorang lagi muda satu tahun. Dorang berkahwin dengan pilihan hati masing-masing. Betapa cerianya muka dorang pada hari tu. Mana ada pengantin tak ceria masa majlis kahwin sendiri kan kecuali paksa rela lah.

Gembira betul rasa minggu ni sebab dapat jumpa dengan mak sebab rasa cam dah lama sangat tak jumpa mak. Last jumpa masa raya hari tu. Bila dapat jumpa dapatlah lepas kn rasa rindu sikit. Mak Miss Yaty stay kat umah sepupu kat Rawang. Mak datang dengan abang, adik , mak dan ayah sedare. Ayah tak ikut. Macam entry yang lepas ayah memang tak kan jejak kaki kat Kolumpo dan Selangor. Weird kan. Tapi tu lah my dad. Hihi.

Minggu lepas, kawan diploma Miss Yaty pegi 4WD Challenge kat Raub. Sangat-sangat kecewa sebab tak dapat join dorang. Sob sob. At the same time my officemate pun ada ajak join ATV. Gila gempak. Tapi both event Miss Yaty terpaksa tolak kerana Family always comes first right? Sebab dah tahu awal-awal mak nak datang. Kalau tak tahu memang accept lelaju je tawaran dorang tu. Hihi.

Minggu depan raya haji. Tak sabar balik umah tapi dapat balik jap je sebab tak apply cuti.Nanti Miss Yaty balik dengan housemate. Balik kampung dengan kereta baru. Ops. Bukan kereta Miss Yaty lah, Kereta housemate Miss Yaty. Kita menumpang aje. Hihi. Doakan semoga Miss Yaty selamaat sampai ye. Miss Yaty gitahu awal-awal sebab incase dah tak update minggu depan. Hihi.

Ok lah. Bai . :)

Friday, October 5, 2012

My Choice My Chance My Future


Dulu masa masuk diploma hati paksa rela je nak pegi belajar. Walaupun dalam hati rasa gembira sebab dah tamat sekolah tapi at the same time hati ni rasa sedih sebab terpaksa meninggalkan rutin harian di sekolah dan kawan-kawan. Masa mula masuk diploma terasa sangat kaku sebab susah nak bergaul dengan orang. Baru terasa diri ni bukan jenis friendly sangat. Bulan berganti bulan tahun berganti tahun, lepas 3 tahun belajar diploma akaun di Jengka akhirnya Miss Yaty berjaya genggam segulung diploma. Alhamdulillah.



Lumrah alam setiap pertemuan akan ada perpisahan. Miss Yaty berpisah pulak dengan kawan-kawan diploma. Sedih tak terkata kerana terpaksa berpisah dengan mereka. Walaupun kami berpisah jauh kami masih keep in touch. Zaman dah maju boleh contact melalui phone dan facebook je. Tapi rasa lain sebab tak dapat jumpa dan lakukan aktiviti sama-sama macam dulu dah.



 Panduan Membuat Kek Coklat Mudah & Sedap

 Nak dapat iPads percuma? Senang je. Guna je cara baru nak bayar bill Astro.

 Tension tak dengan tempoh aktif yang singkat bagi prepaid? Jom tukar Maxis..
 Anda nak FREE goodies tak?? Jom kejar trak biar betul hijau untuk FREE goodies..!
 Groupon Malaysia banyak kelebihan dan kemudahan. Jom usya!!!

 Klik for joining Groupon!!!

Then bermula phasa baru pabila Miss Yaty sambung belajar di Dungun. Di negeri kelahiran tapi suasana nya berlainan sebab hati tak dpt terima sepenuhnya keadaan di tempat belajar yang baru. Waktu degree ni Miss Yaty dapat rasa Miss Yaty jadi makin matang dan berdikari sikit. Thanks for my friends linda dan kak naim sebab sentiasa ada dan dapat menerima I sebagai kawan dorang. Kami jalani liku-liku di Dungun dengan tabah dan gembira. Alhamdulillah. Akhirnya penat lelahh kami berbayar kami berjaya menggenggam segulung ijazah bersama-sama.

Tapi…

Perpisahan datang lagi. Itulah yang di namakan lumrah kehidupan kan. Kini Miss Yaty keseorangan lagi. Tanpa kawan-kawan di sisi. Harungi liku-liku di Kuala Lumpur berseorang. Pegi ofis buat keje lunch time dan balik ofis berseorangan. Terasa lonely. Tapi thanks pada korang yang tetap mencari masa tuk jumpa dengan aku. Thanks tiqah, dila, syuk dan lain-lain yang masih keep in touch via phone dan facebook. Thanks korang. Thanks to Mr Gugu yang sentiasa menemani Miss Yaty dii kala sedih, marah dan stress. Di saat gembira ofkos la dia de kan. Hihi.

Sekarang terasa kaki Miss Yaty makin kuat dan berani melangkah menuju ke hadapan mengejar masa depan yang selama ini Miss Yaty impi kan. Semangat makin berkobar-kobar. Semoga semangat ni terus kuat. Berjauhan dari keluarga adalah choice Miss Yaty untuk mengejar cita-cita dan impian Miss Yaty.  Miss Yaty tak nak menyesal dengan pilihan yang dah Miss Yaty pilih ni. This my choice this my chance this my future. I will not make any mistake that will ruin my choice my chance and my future. 

Dear Allah, Please help and guide me. Please give me the strength to overcome the challenge that you gave. Dear Allah.. Please take care my family and all people that I love.  



Thursday, August 9, 2012

Penangan Nasi Kukus Ayam Berempah

Assalamualaikum. 

Minggu lepas macam-macam benda jadi. Memang dugaan dan cabaran di bulan yang mulia ni. Antaranya gigi geraham bongsu sakit. Memang sakit gile oh. Tapi lepas makan ubat gusi yang bengkak tu kembali ok dalam 3 hari gak la. Akhirnya dah boleh kembali senyum dengan seikhlas hati. Hohoho.
Hal gigi satu hal. Hal perot meragam pun satu hal. Ni lah angkara berbuka dengan juadah dari bazar Ramadhan teeet. Hari tu hari pertama berbuka kat umah sewa merangkap puasa yang ke-4. Almaklum le hari petama puasa Miss Yaty berbuka dengan keluarga. Seronok sangat-sangat. Macam dak kecik pun ade. Tapi bukan selalu dapat merasa nikmat bulan Ramadhan kan jadi masa nilah kita eratkan silaturahim dengan ahli keluarga. Memang tu antara sunnah bila masuk bulan Ramadhan. :)

Miss Yaty teringin sangat nak makan nasi kukus ayam berempah, ( macam pregnant pulak kan sampai teringin sangat. Hahaha. ) jadi Miss Yaty pun belilah nasi kukus ayam berempah kat bazar tu. Dah perasan si owner kedai tu macam kelam kabut je nak bungkus nasi kukus tu. Macam baru kali petama meniaga. Kalau dah lama meniaga takkan kelam kabut lagi kan, kan kan.

Di pendekkan citer ayam berempah yang Miss Yaty beli tu busuk. Geram sangat-sangat sebab kena tipu dan sangat kecewa sebab memang dah lama nak makan nasi kukus ayam berempah. Sob sob sob. Nak marah lebih-lebih kang kurang pahala.

Housemate Miss Yaty pun beli makanan yang sama so kitorang plan nak pegi lah tegur akak yang meniaga tu. Konon-konon berani menegak kan keadilanlah kira nya ni. Tapi tup-tup masing-masing terlupa tak tahu lah sebab terlupa atau tak berani. Huahuahua. 

Minggu lepas, Miss Yaty perasan gerai akak tu dah takde kat bazar tu. Kemungkinan kedai tu kena ban. Kepada akak tu anak beranak kalau nak meniaga biarlah lebih berhati-hati lagi-lagi nak meniaga makanan. Kasihanilah kami ni. Kami beli guna duit makanan tu bukannya main amik pas tu blah. Kalau buat gitu tak sampai sesaat dah kena pelangkung dah kan. 

Pada para peniaga sekalian janganlah mengejar keuntungan je masa bulan Ramadhan ni. Kuantiti memang dah kurang tapi sekurangnya pentingkanlah kualiti makanan korang tu ye. Jagalah kebersihan dan juga kesedapan makanan korang tu.

Angkara ayam berempah busuk tu seminggu Miss Yaty cirit. Adoih penangan makanan bazar betul. Jadi selim melim la Miss Yaty raya tahun ni.

Oh nasi kukus ayam berempah.

P/s: Teringin nak makan nasi kukus ayam berempah kat Dungun.


Thursday, August 2, 2012

Pilihan Kerjaya Yang Ideal

Assalamualaikum dan salam sayang.

Alhamdulillah, hari ni kita masih lagi bernafas di bulan Ramadhan. Pada yang masih puasa tak puasa tu insaflah. Besar pahalanya berpuasa di bulan Ramadhan. Lagi besar pahalanya bila kita menambahkan amalan baik yang lain seperti bersedekah dan membaca al-Quran. Perkara yang sangat mudah dan memang kita sentiasa praktik kan dari dulu. Apa salahnya di bulan Ramadhan ni kita buat extra untuk mendapat extra pahala. Kan. Tak gitu?

 
Jom Pergi Bengkel Hijab Sunsilk

Okeh lah, Miss Yaty cakap-cakap gini bukannya nak tunjuk baik atau nak memandai. Just nak sharing dan pesan memesan dan juga peringatan pada diri sendiri agar jangan cakap tak serupa bikin. Lagipun sharing ilmu tu kan bagus. Lagi banyak kita sharing lagi bertambah pahala kita. Bertambah lagi pahala bila ilmu tu orang lain kongsikan pada orang lain pula. Miss Yaty ingat lagi pensyarah Audit Miss Yaty dulu selalu pesan macam tu kat kitorang. Betapa besarnya nikmat memberi ilmu pada sesama manusia. Sebab tulah agaknya pensyarah Miss Yaty memilih pendidikan sebagai kerjayanya.

Miss Yaty tak nak jadi pensyarah ke? Kadang-kadang penah terfikir yang Miss Yaty patut menjadi pensyarah atau cikgu kerana ada orang cakap muka Miss Yaty ni muka cam cikgu-cikgu je. Fuhlamak. Tu bukan sebab untuk Miss Yaty jadi cikgu lah. Antara sebab-sebab Miss Yaty teringin dan penah terfikir nak jadi cikgu adalah kerana pensyarah boleh balik on time. Hari minggu tak de kena datang office buat closing. Hari cuti am pensyarah dapat cuti macam biasa. Labor day tak kena kacau. Hari-hari biasa pun pensyarah boleh relax tu bagi senior pensyarah lah sebab dah expert dengan subject di ajar jadi memang relax dan cool je masuk kelas. Tu berdasarkan pemerhatian pensyarah Miss Yaty yang mengajar masa degree dulu.

Tetapi setelah di nilai dan di selidik dan di kaji, Miss Yaty rasa profesion tu macam tak sesuai dengan jiwa Miss Yaty yang selalu merepek ni. Kang tak memasal student jadi macam aku pulak! Tak betul ikut sesuka hati je. Hahaha. Miss Yaty paling suka bercakap dalam kelas. Kalau Miss Yaty jadi pensyarah macam tak kena je nak menegur student bercakap dalam kelas sebab dulu diri ini juga sebegitu. Kang habis satu kelas ignore apa yang Miss Yaty ajar sebab lebih suka layan blues memasing je. Satu lagi sebabnya Miss Yaty kuat mengantuk bila dalam kelas. Kiranya bila masuk kelas je tak kiralah bila lecturer dah duk depan mata pun kalau dah nak tersengguk memang tersengguk lah juga. Walau pun penah di 'sound' oleh pensyarah mata ini tetap tak kenal erti insaf. So pabila memikirkan sebab-sebab ni buat Miss Yaty tak layak untuk menjadi pensyarah dan secara tak langsung tak layak mendidik anak-anak bangsa sekarang. 

Tapi tu sumenya adalah alasan semata-mata. Miss Yaty sebenarnya memilih untuk mencari pengalaman di dalam bidang sekarang dulu supaya nati masa akan datang pabila dah bersedia menjadi pensyarah Miss Yaty boleh sharing pengalaman pada student Miss Yaty kelak. Niat tu memang ada tapi bila tu tak tahu lagi. Lagipun Miss Yaty baru masuk bulan ke-4 keja kat sini. Apa pun Miss Yaty harapkan korang tolong doakan Miss Yaty berjaya capai impian jangka masa panjang tu.. InsyaAllah.

Rasanya tak terlambat nak ucapkan tahniah pada kawan-kawan baik Miss Yaty kerana mereka sume sudah bekerjaya. Majoriti dari nya sudah menjadi pensyarah. Tahniah korang!!! Miss Yaty doakan korang sume di permudahkan dalam apa jua bidang yang korang ceburi sekarang. Semoga Allah memberkati pekerjaan kita sekarang. InsyaAllah. Amiin.

Ok take care. 

Sunday, July 29, 2012

Pengalaman Sakit Gigi Geraham Bongsu

Assalamualaikum dan salam sayang.

Alhamdulillah dah masuk hari ke 9 kita berpuasa. Terasa sekejap je dah masuk Ramadhan ke 9 kan. Sayu plak hati ni. Sudah banyak ke Amalan-Amalan Kebaikan Di bulan Ramadhan? Di harap kita saling ingat mengingati antara satu sama lain. InsyaAllah. 

Dua hari lepas Miss Yaty sakit gusi. Gusi jadi bengkak di sebabkan gigi bongsu tumbuh dan membesar.

Gigi bongsu ? Erk? Apekah?

 Jom Pergi Bengkel Hijab Sunsilk


Kedudukan Gigi Geraham Bongsu dalam mulut
Kedudukan Gigi Geraham Bongsu

Gigi geraham bongsu tu gigi geraham paling belakang. Biasanya tumbuh bila umur kita menjangkau 18-30 tahun. Cuba korang pastikan gigi korang cukup tak 32 batang ye. Kalau tak cukup tu siap-siaplah nati adalah gigi tu tumbuh. Terkecuali kalau korang penah ada pengalaman patah gigi ye. :)

Kebiasaannya kalau tumbuh gigi geraham bongsu ni akan rasa sakit. Tapi kebiasaannya lah tak semua macam tu. Mungkin ada antara korang tak cam tu kan. Kalau gigi korang gigi baik dia tumbuh diam-diam je memang kira bertuah la korang. Sebab kalau gigi tu nakal plus mengada korang akan meranalah sekejap menahan kesakitan gigi tu.

Tapi Miss Yaty penah dengar ada kawan cakap sesetengah orang tak tumbuh gigi bongsu tu. Miss Yaty tak sure samaada memang tak tumbuh atau gigi tu tumbuh tapi dorang tak perasan sebab gigi dorang gigi baik. Berbalik pada topik utama, gigi bongsu Miss Yaty ni spesis nakal plus mengada. Kesian dekat gusi Miss Yaty jadi bengkak. Dugaan di bulan puasa. Walaupun dugaan tak seberapa tapi sakitnya tak usah nak cakap. 

Setelah beberapa hari menahan kesakitan Miss Yaty nekad dan memberanikan diri pegi jumpa doktor. Miss Yaty paling tak suka jumpa dokter. Apekehal penakut beno. Macam dak kecik je kan. Haha. MissYaty jarang sakit so jaranglah jumpa dokter. Bersyukur sangat. Sebab tu bila sakit mulalah gelabah nak pegi jumpa dokter.

Semalam Miss Yaty pegilah klinik pergigian. Klinik tu klinik india. Sebab ktorang tak tahu klinik gigi kat mana. Jalan-jalan area situ then terjumpa terus masuk dan register. Sekejap je duduk nurse dah panggil masuk. Part dokter ni datang lah buat Miss Yaty rasa sengsara. Nasib baik puasa. 

Dokter datang cepat-cepat.
Dokter: Mana gusi sakit?
MSY: Yang kat belakang tu doc. 
Dokter sambil tekan-tekan kat bahagian yang gusi sakit tu: Owh ni kesan dari gigi awk nak tumbuh ni. gusi awak dah bengkak dan bernanah. Saya bagi ubat bengkak. Dalam dua atau tiga hari baru okay. 

Syok plak dokter tekan-tekan gusi tu banyak kali.

MSY: Dokter sakitlah! (Sambil tepis tangan dokter.)

Macam nak hempuk je dokter tu. Nasib baik aku perempuan. Dalam hati berkata. 

Lepas tu dia pun nak blah. Aish dokter ni. Tak abis lagi nak tanya pasal gigi.

MSY: Dokter boleh tengok gigi saya yang ni. Saya rasa gigi saya sensitif je sebab bila minum air sejuk atau berkumur dengan air sejuk. Jadi ngilu.

Dokter tu amik paip air (betol ke tak panggil paip air -,-') pastu dia sembur air kat tempat gigi ngilu dengan daya semburan air yang sangat kuat! 

Miss Yaty tepis tangan dia lagi. Sakit lah dokter!!!

Dokter tu diam je lepas tu die cucuk-cucuk kat bahagian gusi gigi yang ngilu tu banyak kali dan cakap gusi awak dah terhakis sebab banyak gosok gigi kat bahagian tu. 

Dokter: Gigi ni kena tampal. Nanti lepas gusi bengkak awak dah okay datang balik kita tampal yang ni. 

Pastu dia blah. 

Dokter ke apekah?! Dokter tak nak layan pesakit dan dan layan pesakit dengan kasar! Yang dah sakit bertambah sakit!

Keluar dari bilik cek gigi. Muka Miss Yaty dah merah-merah tahan nak nangis sebab sakit dan marah sebab dapat layanan macam tu. Mr Gugu tengok pelik je. Nape ni? Dia tanya.

Miss Yaty diam je sebab nak kawal emosi. 

Memang takde Miss Yaty nak pegi klinik tu dan klinik tu lagi. Dokter kasar! Tak ikhlas keje.  Grrrrr! 


P/s:  Hari ni gusi ni sakit lagi. :(

Monday, June 11, 2012

New Update - 11-06-2012


Assalamualaikum..


Pagi ni cuaca redup je. Petang kang kena bersedialah dengan cuaca panas yang terik.. Alhamdulillah. 16 June nati genap lah 2 bulan Miss Yaty kerja kat  sini. So far environment kerja kat sini best. Alhamdulillah syukur sangat team Miss Yaty majoritinya orang melayu dan mereka sangat peramah dan baik.


Bos pun okay dan baik. Walaupun stress jugak bila kerja ni tambahan pulak serba tak tahu lagi. Tapi pertolongan team members memang sangat membantu.


Untuk pengetahuan korang Miss Yaty handle akaun bahagian plantation untuk syarikat di Indonesia. Sebab tu last entry Miss Yaty cakap Miss Yaty kena buka kamus Indonesia. Almaklumlah kena berinteraksi dengan orang Indonesia. 


Miss Yaty banyak benda nak story tapi tak tahu mana nak mulakan dulu. InsyaAllah dalam masa tedekat nati Miss Yaty guna streamyx. Jadi mudahlah sikit nak update blog nati.


Ni curi-curi update dalam office. Hope tak kantoi dengan bos. Kikiki. Okaylah. Nanti Miss Yaty update lagi okay. Bye.




Thursday, April 26, 2012

Situasi dalaman. Monolog.


Melambak kerja menanti untuk di selesaikan. Masa semakin suntuk. Bekejar untuk reporting pula. Perlu pantas untuk faham. Jangan melakukan kesilapan dan mengulangi kesilapan. Kesilapan yang kecil akan memberi kesan yang besar.


Leka dengan kerja. Belajar itu dan ini. Buat aku rasa bingung dan keliru.
Aku mahukan yang terbaik pastinya aku kena melakukan yang terbaik. Begitulah hendaknya. Semoga aku di permudahkan segalanya. Amiin.


Gembira, menanti tarikh konvo yang bakal tiba! :)


P/s: Kena buka kamus indonesia mula dari sekarang.

Monday, June 27, 2011

Uitm Machang yang sangat cantik dan damai

Assalamualaikum semua. 

Pada bulan lepas Miss Yaty ada pegi UiTM Machang, Kelantan. Best sangat sebab dah lama berimpian pegi sana sebab ramai kawan-kawan diploma Miss Yaty cakap suasana kat sana cantik dan tenang sangat.

Permandangan dari depan UiTM Machang

Miss Yaty sekeluarga pegi ke UiTM Machang ni sebab nak hantar adik Miss Yaty yang ke-7 belajar kat sana. Alhamdulillah bersyukur sangat adik Miss Yaty dapat sambung belajar dan rezeki dia dapat belajar dekat je dengan umah. Takde lah dekat mana pun sebab 2-3 jam jugak perjalanan tuk sampai di sana. Tapi kira dekatlah kalau banding dengan Miss Yaty dan Cik Tom dulu sebab kena belajar kat UiTM Jengka.

Permandangan dalam UiTM Machang


Sistem pendaftaran budak-budak diploma sekarang agak kelam kabut sebab lain dari Miss Yaty daftar Diploma kat UiTM Jengka dulu. 

Bangunan ni cantik! ^__^

Masa mula-mula sampai kat UiTM Machang. Miss Yaty amat terpegun dengan permandangan bukit-bukit dan pokok kat sana. Cantik sangat! Miss Yaty sempatlah amik gambar sikit guna camera phone je. Boleh jugak buat kenang kenangan.

Awan yang berarak. Nampak tenang tapi panas giler masa ni

Cantiknya awan itu! ^_~

P/s: Walau pun UiTM Machang cantik permandangan dan bangunan-bangunannya masih baru, Tapi bagi Miss Yaty UiTM Jengka tetap yang terbaik. :)

 Anda minat Blackberry Curve 9320 tak? Jom beli dengan harga Murah!!! 


Wednesday, April 20, 2011

Luahan Hati Di Malam Hari

Salam sayang semua. Korang kalau mood tak okay korang boleh taip entry tak? Ada yang jenis okay boleh lah nak mengarut dalam entry kan.hihi. Miss Yaty ada baca entry MisH LolLyPurp pagi tadi tajuknya Taip Entry Kena Ada Feeling. Baru Syok.. Memang kena sangatlah dengan tajuk Mish hari ni.

Mood Miss Yaty nak taip entry minggu ni memang dah macam kelaut dah. Haha. Tapi berusaha jugak buat entry auto publish. Walaupun sebenarnya entry copy paste je. Hahah. Entry-entry yang Miss Yaty kongsi ni sebagai peringatan dan kegunaan Miss Yaty jugak pada masa akan datang.

Sedihnya bila dapat tahu Miss Yaty tak menang contest aku kaya dari blog akak Bobie tu. Takpe lah takde rezeki Miss Yaty. Apa pun tahniah pada blogger yang menang. Khabarnya beliau nak buat business semoga business yang bakal dia buat tu berjalan lancar. ;)

Miss Yaty ada request nak buat header dengan LAdy_dyLA tapi tak tahu nak pilih gambar pe. Macam rambang mata je nak pilih. Miss Yaty taknak buat header gambar yang menonjol sangat tapi Miss Yaty takde gambar posing macam LAdy_dyLA. Macam mane ek. Miss Yaty tengah perah otak ni nak bagi gambar macam mana. Harap-harap LAdy_dyLA tak marah sebab Miss Yaty lambat bagi gambar untuk edit..





P/s: Pagi-pagi Miss Yaty suka sangat dengar Hot Fm. Sebab suka dengar kerenah deejay yang kelakar :) 

Sunday, April 10, 2011

Nokia E71 | Smartphone Nokia

Assalamualaikum semua.

Pada minggu lepas Miss Yaty ada beli handphones baru. Miss Yaty bukan sesaje beli phone baru. Puncanya handphone lama Miss Yaty rosak dan tak dapat di perbaiki lagi.

So di sebabkan takde handphone nak berhubung dengan orang tersayang jadi Miss Yaty buat keputusan tuk beli handphone baru. Penat taw pikir nak beli handphone pe. Banyak pilihan termasuklah berimpian nak beli iPhone dan Blackberry.

Tapi kedua phone tu memang hanya tinggal impian je sebab Miss Yaty tak mampu nak beli phone canggih manggih dan mahal giler macam tu. -,-'

Berkat menyimpan sepanjang praktikal ni dapatlah Miss Yaty beli sebijik handphone berjenama Nokia model E71. Dah lama dah berimpian nak beli handphone tapi semua tu sekadar melepas kan batuk di tangga je sampailah handphone betol-betol dah takleh guna baru lah Miss Yaty sibuk nak beli handphone baru.

Tapi kan lepas je beli handphone baru ni, sumber kewangan Miss Yaty mulai susuk eh susut. Poket handbag dah makin nipis. Tolong-tolong. Leh tak korang tolong sedekah duit tak pun satu klik iklan kat blog Miss Yaty ni? Hihihi.. Tak malu betul lah kau Yaty! -,-

Tak pun leh tak akak bobie bagi Miss Yaty menang contest Aku kaya beliau tu?? -,-

Tulah masalah akan timbul bila tahu duit bakal susut tapi sibuk nak beli handphone mahal jugak. Kononnya nak beli handphone de memory card dan camera 3.2 megapixel.



Saturday, March 19, 2011

Kaki Merepek Malam Sabtu

Assalamualaikum dan salam sayang. Dah lama Miss Yaty tak update kan. Sekarang musim winter kat area umah Miss Yaty ni jadi malam-malam tak tahan godaan tuk tidur awal. Hihihi.


Dua entry Miss Yaty update hari ni sebab nak tambah koleksi entry je. Hihihii. Kalau korang nak join Bloglist Taufiq Tiramisu dan Blog review Myung Dae tu sempat lagi taw. Kena cepat-cepat buat entry malam ni ye.


Miss Yaty masih ada lagi hutang tag dengan si jejaka Mamat dan si manis Bunga. InsyaAllah esok Miss Yaty langsaikannya. Harap si manis Bunga tak marah ye sebab lama sangat Miss Yaty postpone tag Bunga tu.


Hutang Blog review Firdaus Kasim pun  belum setel lagi. Minta maaf ye Firz. Belum ada mood nak review tapi Miss Yaty akan setelkan jugak ye.


Nampak sangat Miss Yaty ni kaki hutang kan. =,='

Owh ye. Pada yang bertanya pasal entry Nuffnang Featured tu Miss Yaty pun tak bape paham sebenarnya tapi nanti Miss Yaty cuba cari info kat blog mana-mana yang boleh terangkan pasal nuffnang featured tu ye.

Korang dah terjah blog Maria Elena kan? Best tak? Mestilah best kan sebab Maria Elena memang sempoi sangat. Owh ye Miss Yaty terlupa nak tambah satu ayat kat entry tu. Maria Elena memang gorgeous dan cantik. :)



Friday, March 11, 2011

Doakan Keselamatan Kami di Marang

"Ya Allah, kau selamatkanlah kami hambaMu ini ya Allah dari sebarang kecelakaan. Kau jauhkanlah tsunami melanda di daerah dan negeri kami ni ya Allah."

Assalamualaikum dan salam sayang.

Hari ni Malaysia di gemparkan dengan berita tsunami di Jepun. Mesti korang pun tahu kan.

Umah abang-abang Miss Yaty di sebelah pantai. Belakang umah mereka sekeluarga memang menghadap pantai. Maghrib tadi abang long call ayah Miss Yaty dan gtaw semua rumah kat sebelah pantai kena berpindah ke kawasan lain yang lebih selamat untuk sementara waktu sebab di jangka kat kawasan ni akan berlaku tsunami.

Ya Allah. Takut Miss Yaty dengar berita ni. Ayah Miss Yaty terus suruh abang-abang Miss Yaty pindah ke rumah kami malam ni jugak.

Yang bertambah merisaukan Cik Tom sekarang bercuti dan berada di pulau. Ya Allah kau peliharakanlah keselamatan kakakku dan kami sekeluarga tak kiralah di mana jua kami berada. Amiin.

Pada blogger atau sesape yang ada kenalan yang duduk area pantai gtaw lah mereka untuk berjaga-jaga pasal ni.

Marilah kita doakan semoga negara kita selamat dari tsunami. Amiiin.

Wednesday, March 9, 2011

Kura-kura Cik Tom dah Besar Gajah | Keluarga

Assalamualaikum dan salam sayang. 

Mula-mula sekor je kura-kura.


Terkejut tak tajuk ni. Macam tak betul pun de kan. Tapi tulah hakikatnya sebab kura-kura Cik Tom. Alah kurakura Cik Tom yang nama Diego dan Dora tulah. Kalau tak tahu yang Cik Tom ada bela kura-lura boleh baca kat entry ni Cik Tom | Nak Cari Teman Hidup

Sekarang ni kan Cik Tom dah masuk belajar jadi Miss Yaty lah yang merangkap teman sebilik terpaksa ambil alih bela Diego dan Dora ni. Gila ah. Caring habis Miss Yaty jaga kura-kura ni. Tapi salah jugak Cik Tom ni kahwin kan awal sangat dorang ni. Err Diego dan Dora ni dah kahwin taw. Tak caye ke? Kalau tak caya bacalah entry ni pulak Cik Tom | Wedding of The Year Diega & Dora.

Pagi-pagi sebelum Miss Yaty pegi keje Diego dan Dora ni dah bising dah sebab kelaparan. Lepas bagi makan amanlah sikit bilik Miss Yaty ni. Balik keje plak Diego dan Dora ni teruslah menghentak-hentak batu dalam akuarium dorang tu tanda isyarat "Woit kami laparlah!"

Punyalah sebab dah 3 bulan hidup dengan Diego dan Dora ni Miss Yaty dah paham bahasa kura-kura. Sila percaye! ;P

Miss Yaty tak kesah pun nak layan kerenah Diego dan Dora  ni tapi yang jadi masalah nya Miss Yaty dah makin geli nak pegang dan main-main dengan mereka. Err bukan Miss Yaty nak menganiaya binatang ekk. Cuma Miss Yaty takut dan geli tengok Diego dan Dora ni dah makin membesar.

Membesar dah macam nak jadi gajah! Tu peribahasa je. Harap korang paham. =,=

Cik Tom tinggal sebulan lagi untuk habis belajar. Cepat-cepatlah Cik Tom balik. Nak bagi Cik Tom jaga Diego dan Dora ni pulak.

To Diego dan Dora : Tolong jangan cepat membesar!!! =,="


Diego dan Dora tengah dating~

Monday, March 7, 2011

Cermin Mata Ku Patah!

Assalamualaikum dan salam sayang. Miss Yaty dalam kesedihan sekarang. Sebab cermin mata Miss Yaty patah. Bayangkan kalau si rabun tak pakai spek memang sukar dan terbataslah sikit bila Miss Yaty nak buat kerja. Tengah hari tadi sempatlah buat spek baru tapi esok baru spek tu siap. 

Sangat takde mood sekarang sebab baru rancang nak beli handphone baru. So sekarang terpaksalah cancel beli handphone sebab duit dah tak cukup. Tapi kalau de rezeki menang CONTEST AKU KAYA by Bobiestory memang Miss Yaty bersyukur sangat-sangat.

Yelah rezeki lah katakan. Tapi tu pun kalau ada rezeki untuk menang lah kan. 

Miss Yaty beli spek simple dimple je. Tak berani memilih sangat walaupun banyak berkenan yang mahal-mahal je. High taste lah katekan. Hahah. Tapi tadi terpaksa tahan nafsu membazir tu. Pilih yang murah dan yang terbaik dari yang biasa-biasa je. Hihii.

Spek yang rosak ni padahal baru masuk 2 tahun Miss Yaty guna. Memang Miss Yaty ni lasak sikit guna pape barang pun. Benda tahan lama pun jadi cepat rosak kalau Miss Yaty yang guna. =,="

Nasib awaklah Mr Gugu sebab pilih Miss Yaty jadi teman hidup awak. :P

Ni lah spek Miss Yaty pilih tadi. Lawa tak?hihi~
P/s: Pada yang baca entry Miss Yaty | Alexa Rank Makin Meningkat!!! dan bertanya apa tu ALEXA RANK, korang boleh terjah entry Cik Tom | Apa itu Alexa Rank Dan Kategorinya. Cik Tom ada terangkan secara ringkas pasal ALEXA RANK.

Wednesday, March 2, 2011

Buku Report Praktikal Tinggal Sepi

Assalamualaikum dan salam sayang. Petang tadi Miss Yaty bertungkus lumus nak setelkan buku report Miss Yaty yang dah banyak tertunggak. Kalau ada readers yang belum tahu sekarang ni Miss Yaty sedang menjalani praktikal selama 6 bulan untuk menghabiskan ijazah Miss Yaty yang hanya tinggal 1 semester lagi.

Praktikal ni memang suatu pengalaman yang mencabar bagi Miss Yaty. Miss Yaty ada share 3 kali je pengalaman Miss Yaty selama berpraktikal ni. Takde membosankan tapi memang membosankan. Dan boleh buat seseorang dalam keadaan tegang. Korang paham tak apa yang Miss Yaty cuba terangkan?

Tak paham buat-buat paham ye.

Antara pengalaman yang Miss Yaty kongsi dalam entry Pengalaman Pertama , Pengalaman Kedua dan Pengalaman Ketiga

Banyak pengalaman yang Miss Yaty nak kongsi tapi perlukan idea untuk luahkan sebab takut jadi entry perasaan terpendam pulak.

Walau cm ne perit pun dalam dunia praktikal ni syukur Alhamdulillah Miss Yaty dah berjaya mengharungi praktikal ni selama 3 bulan. So tinggal 3 bulan je lagi untuk Miss Yaty tempuhi dunia praktikal.

Miss Yaty ada kongsi kat entry Fakta yang Menjadi Hakikat mengenai Miss Yaty gembira sebab 7 bulan tak hadap exam dan study pape. Dan tak sangka rupanya bukan 7 bulan tapi  10 bulan Miss Yaty tak pandang buku-buku pelajaran. Boleh di katakan nak dekat setahun jugaklah tu kan.

Berdebar gile bila pikirkan otak dah keras err de ke orang cakap otak dah keras?? Takpelah Miss Yaty risau sebab lama sangat tinggal kan dunia study. Dah la masuk sem depan Miss Yaty dah last semester. 

What i need to do now? Think positive and cool down, right? Apa yang berlaku ada hikmahnya kan. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan Miss Yaty. Amiin.


Setiap hari Miss Yaty buat benda sama je kat pejabat tu. Sampaikan kadang-kadang rasa nak tulis lam buku report "As above" je. Boleh jugak Miss Yaty save ink pen dan otak tak perlu ligat cari idea mengarut. Haha


Agak-agak lecturer Miss Yaty mengamuk tak kalau buat cm tu??


Saturday, February 19, 2011

Can I Have That Moment Again?

Salam sayang semua. Atas sebab tertentu Miss Yaty masih tak dapat nak terjah korang lagi malam ni. Minta maaf ye.

Tadi sempat jenguk blog Cik Tom dan Miss Yaty terkejut baca entry Cik Tom yang terbaru bertajuk Cik Tom Tawar Hati Dengan Dunia Blog. Miss Yaty dah lama tak jumpa Cik Tom. Last sekali Miss Yaty jumpa masa cuti raya cina.

Masa Mini Gathering Bersama Ben Ashaari tulah. Miss Yaty rindu sangat pada Cik Tom. . . 

Hurm. Miss Yaty pun rasa tawar hati bukan pada blog tapi pada broadband yang sengal ni. Sebab lembab semacam je. Pesallah agaknya. Sebab Miss Yaty tak bayar bil kot. Takde masa nak pegi bayar la. Alasan*

Hurm. Mood Miss Yaty minggu ni memang sangat bercelaru. Miss Yaty rindu pada subjek akaun. Miss Yaty rindu kenangan masa belajar. Miss Yaty rindu MrGugu. Miss Yaty rindu kawan-kawan. Please help me! I hate this feeling!!

So stressful and so depressed. Who can understand what i feel right now. Why they do this to me!!!