Pada 16 September 2012 ari tu genaplah Miss Yaty keje kat SD
ni selama 5 bulan. Alhamdulillah. Syukur sangat sebab Miss Yaty masih mampu
bertahan sampai sekarang. Di harapkan Miss Yaty dapat keja kat sini selama yang
Miss Yaty mampu untuk dapatkan lebih banyak pengalaman berharga.
Gembira dan bersyukur sebab staff-staff kat sini sumenya
baik dan peramah. Majoriti staff bahagian SAP adalah melayu jadi takde lah
kekok sangat nak bergaul. Tapi takdelah bemakna Miss Yaty tak bergaul dengan bangsa
lain. Miss Yaty masih cuba bergaul dengan mereka dengan lebih mesra. Walau ada
masalah yang lain tapi Miss Yaty masih mampu tersenyum dan gembira bekeje kat
sini. Miss Yaty just think positive side. Sume yang berlaku mesti ada hikmahnya
kan.
Miss Yaty selalu nasihatkan kawan-kawan Miss Yaty bekerjalah
dengan ikhlas kerana Allah. Sentiasa fikirkan bekerja adalah sesuatu yang
menggembirakan jadi bila kita bekerja kita akan melakukannya dengan ikhlas. Jangan
terlalu memilih kerja. Just accept je mana kerja yang kita dapat walaupun bukan
yang kita minat dan impikan selama ni. Mungkin Allah nak menguji kita sekarang.
Kita tak tahu rezeki kita akan datang kan.
Terima rezeki yang Allah bagi dengan ikhlas. Lakukan keja
dengan ikhlas. InsyaAllah rezeki yang kita dapat akan lebih berkat dan
bermakna.
Bagi fresh graduan yang sedang dan masih mencari keja di
harapkan korang berhati-hatilah mencari pekerjaan ye. Sekarang makin banyak
kes-kes penipuan dan penganiayaan. Yang perempuan berhati-hatilah. Jangan mudah
percaya pada tawaran pekerjaan yang gajinya lumayan. Sayangilah diri kita
maruah kita dan maruah keluarga kita. Rezeki Allah sentiasa ada. Jangan mudah
mengalah. Sentiasa solat hajat dan berdoa insyaAllah akan ada rezeki untuk
korang nanti. Cubalah tips mencari pekerjaan untuk fresh graduate dan jugak yang masih mencari kerja. Semoga tips tu dapat menbantu korang ye . :)
2 comments:
bila ikhlas..semuanya menjadi mudah.. :)
@jebeng otai: aah..betul3 :)
Post a Comment