Showing posts with label Pendapat. Show all posts
Showing posts with label Pendapat. Show all posts

Thursday, September 20, 2012

My Inspiration - Be Happy Guys!


Pada 16 September 2012 ari tu genaplah Miss Yaty keje kat SD ni selama 5 bulan. Alhamdulillah. Syukur sangat sebab Miss Yaty masih mampu bertahan sampai sekarang. Di harapkan Miss Yaty dapat keja kat sini selama yang Miss Yaty mampu untuk dapatkan lebih banyak pengalaman berharga.

Gembira dan bersyukur sebab staff-staff kat sini sumenya baik dan peramah. Majoriti staff bahagian SAP adalah melayu jadi takde lah kekok sangat nak bergaul. Tapi takdelah bemakna Miss Yaty tak bergaul dengan bangsa lain. Miss Yaty masih cuba bergaul dengan mereka dengan lebih mesra. Walau ada masalah yang lain tapi Miss Yaty masih mampu tersenyum dan gembira bekeje kat sini. Miss Yaty just think positive side. Sume yang berlaku mesti ada hikmahnya kan.

Miss Yaty selalu nasihatkan kawan-kawan Miss Yaty bekerjalah dengan ikhlas kerana Allah. Sentiasa fikirkan bekerja adalah sesuatu yang menggembirakan jadi bila kita bekerja kita akan melakukannya dengan ikhlas. Jangan terlalu memilih kerja. Just accept je mana kerja yang kita dapat walaupun bukan yang kita minat dan impikan selama ni. Mungkin Allah nak menguji kita sekarang. Kita tak tahu rezeki kita akan datang kan.

Terima rezeki yang Allah bagi dengan ikhlas. Lakukan keja dengan ikhlas. InsyaAllah rezeki yang kita dapat akan lebih berkat dan bermakna.

Bagi fresh graduan yang sedang dan masih mencari keja di harapkan korang berhati-hatilah mencari pekerjaan ye. Sekarang makin banyak kes-kes penipuan dan penganiayaan. Yang perempuan berhati-hatilah. Jangan mudah percaya pada tawaran pekerjaan yang gajinya lumayan. Sayangilah diri kita maruah kita dan maruah keluarga kita. Rezeki Allah sentiasa ada. Jangan mudah mengalah. Sentiasa solat hajat dan berdoa insyaAllah akan ada rezeki untuk korang nanti. Cubalah tips mencari pekerjaan untuk fresh graduate dan jugak yang masih mencari kerja. Semoga tips tu dapat menbantu korang ye . :)




Wednesday, March 30, 2011

Buku Mastika Best atau tak?

Assalamualaikum dan salam sayang.

Korang penah baca majalah Mastika tak? Alah kalau tak bace pun mesti korang penah belek-belek kan? 

Miss Yaty dari dulu sampai la sekarang memang takut sangat baca mastika ni. Tak tahulah nape. Err tahu kenapa tapi malu nak gtaw hahaha..

Gambar dan topik dalam Mastika bagi Miss Yaty amat menakutkan. Memang tak di nafikan semua topik yang penulis sampaikan tu memang ada benarnya. Contohnya kewujudan mistik dan kepecayaan sesetengah kaum di negara lain.

Banyak gak perkara baru yang dapat kita tahu bila baca Mastika ni. Tapi bagi Miss Yaty kalau Mastika ni ada sebelah Miss Yaty masa nak tidur memang Miss Yaty tak boleh nak tidur la malam tu.

Penakut gile diriku ni. Hahah.  Padahal buku je. Tak tahu kenapa walaupun dah berumur err 23 tahun tapi pikiran kebudak-budakan tu masih ada.

Tapi Miss Yaty tabiklah kat penulis  yang buat research tentang masalah gejala sosial remaja sekarang. Banyak gak info masalah sosial ni kita tak dapat baca dalam surat khabar sebab mereka dari majalah Mastika ni akan mencari dan menunjukkan bukti yang mendalam mengenai satu masalah tu.

Walau apa pun buku Mastika memang hebat sebab mampu bertahan hingga sekarang. Tahniah pada warga Mastika. :)

Sumber : Link


Monday, March 28, 2011

Dahsyatnya Aura Artis Korea

Assalamualaikum semua.


Korang pun mesti admit kan aura kpop sekarang ni memang macam aura mawi dolu-dolu. Erk tapi Mawi takde iras pelakon atau penyanyi korea pun. That's fact. Hihi.


Mengejutkan bila ramai blogger perempuan mengamuk bile orang kutuk artis korea ni. Haha. Kenapa dorang nak mengamuk sampai cm tu? Mungkin dorang fanatik dengan kpop.


Memang bagus dorang ni backup sampai menyumpah-nyumpah. Sanggup memperjuangkan aura kpop di negara kita ni. =,=


Alangkah bagusnya kalau remaja sekarang ni memperjuangkan dan memperagungkan kpop tu seperti memperjuangkan agama islam.


Err Miss Yaty pun minat artis korea tapi takde lah fanatik sampai nak maki orang bila kutuk artis kpop. Masih waras lagi akal pemberian Allah S.W.T. ni. 


Miss Yaty nak rekemenkan entry ni kat korang Bahana mengutuk Korea. Sila baca dari awal sampai habis ye. Tak rugi ;)

Thursday, March 24, 2011

Kesalahan Jalan Raya | Geram Betul!

Assalamualaikum semua. Pagi tadi Miss Yaty makan McDonald Breakfast tuh. Best jugak dan Miss Yaty kenyang sampai ke petang. Tak caye ke? Tak caye sudah. Hahah. Err saje nak cite padahal korang dah muak makan McDonald Breakfast kan. Hihi~

Hurm. .Korang perasan tak cuaca sekarang ni selalu je hujan kan. Kat tempat tinggal Miss Yaty ni boleh di katakan setiap hari hujan. 

Tak sangka jugak bulan 3 jadi musim hujan. Tapi itulah petanda Allah tu Maha Besar dan Berkuasa kan. Mungkin ada hikmah di sebaliknya. 

Ada Miss Yaty dengar negara kita ni jadi hujan salah satu kesan radiasi dari Jepun. Yang tu yang Miss Yaty dengarlah. Kesahihah Miss Yaty tak tahu dan tak cuba ambil tahu pun. Kalau ada sesiapa yang tahu kongsilah kat blog ye. 

Petang tadi masa Miss Yaty balik kerja ada sebuah kereta tu tukar jalan dengan cara mengejut. Kalau bagi signal takpelah jugak. Tapi masalahnya pemandu kereta tu tak beri signal. Hampeh betul! 

Miss Yaty pikir positif mungkin signal kereta beliau rosak kot!! Miss Yaty geram betul kalau ada pemandu yang tak berhemah macam ni. 

Dorang ni macam anggap signal ni macam tak penting je. Padahal kebanyakan penyebab berlakunya kemalangan di jalan raya di sebabkan pemandu tak beri signal lah.

Dorang ni ambil remeh je hal ni.

Agaknya dorang pikir sape yang beri signal masa tukar jalan atau masuk jalan ni kolot kot. Ataupun dorang ni memang tak sayang nyawa sendiri.

Kalau dah memang terang lagi bersuluh tak de kereta atau kereta masih jauh takpelah kalau korang taknak bagi signal pun. Tapi kalau dah rapat gila tu tolonglah beri signal jangan di sebabkan kesalahan kita tak memberi signal ada nyawa yang bakal melayang.

Pikir-pikirkanlah dan sayangilah nyawa anda dan ingatlah orang yang tersayang. :)


Saturday, March 19, 2011

Kaki Merepek Malam Sabtu

Assalamualaikum dan salam sayang. Dah lama Miss Yaty tak update kan. Sekarang musim winter kat area umah Miss Yaty ni jadi malam-malam tak tahan godaan tuk tidur awal. Hihihi.


Dua entry Miss Yaty update hari ni sebab nak tambah koleksi entry je. Hihihii. Kalau korang nak join Bloglist Taufiq Tiramisu dan Blog review Myung Dae tu sempat lagi taw. Kena cepat-cepat buat entry malam ni ye.


Miss Yaty masih ada lagi hutang tag dengan si jejaka Mamat dan si manis Bunga. InsyaAllah esok Miss Yaty langsaikannya. Harap si manis Bunga tak marah ye sebab lama sangat Miss Yaty postpone tag Bunga tu.


Hutang Blog review Firdaus Kasim pun  belum setel lagi. Minta maaf ye Firz. Belum ada mood nak review tapi Miss Yaty akan setelkan jugak ye.


Nampak sangat Miss Yaty ni kaki hutang kan. =,='

Owh ye. Pada yang bertanya pasal entry Nuffnang Featured tu Miss Yaty pun tak bape paham sebenarnya tapi nanti Miss Yaty cuba cari info kat blog mana-mana yang boleh terangkan pasal nuffnang featured tu ye.

Korang dah terjah blog Maria Elena kan? Best tak? Mestilah best kan sebab Maria Elena memang sempoi sangat. Owh ye Miss Yaty terlupa nak tambah satu ayat kat entry tu. Maria Elena memang gorgeous dan cantik. :)



Sunday, March 13, 2011

Nuffnang Featured Blogger for March 2011

Assalamualaikum dan salam sayang. Syukur alhamdulillah amaran tsunami kat negara kita dah di tarik balik. Alhamdulillah.


Miss Yaty taip entry ringkas je kali ni sebab nak kongsikan kat korang link Nuffnang Featured Blogger for the month of March. Mesti ramai dah tahu kan Nuffnang ade buat featured blog. Ala-ala nak promote blog jugaklah kot.


Miss Yaty tertarik featured blog bulan March ni. Sape tak kenal lagi blogger Maria Elena ni boleh terjah kat Blog Maria Elena is Greek Helen.


Tahniah pada beliau sebab terpilih menjadi Nuffnang featured blogger for the month of March!!


Kalau korang tak kenal blog Maria Elena korang klik je link blog Maria Elena tu. Siyez memang tak rugi kenal blog ni sebab Maria memang sorang yang sempoi giler dan errr gile2 gak..hihii. Maria ada share video klip jugak. Like gile video dia yang kat entry Girl Talk! Sweet date with her boyfie. ^^


Tak rugi jugak tengok style dia pakai shawl dan mimik muka dia yang comel tu!!hihi.


Le't's cekidaut blog http://www.peliks.blogspot.com/.


Monday, March 7, 2011

Cermin Mata Ku Patah!

Assalamualaikum dan salam sayang. Miss Yaty dalam kesedihan sekarang. Sebab cermin mata Miss Yaty patah. Bayangkan kalau si rabun tak pakai spek memang sukar dan terbataslah sikit bila Miss Yaty nak buat kerja. Tengah hari tadi sempatlah buat spek baru tapi esok baru spek tu siap. 

Sangat takde mood sekarang sebab baru rancang nak beli handphone baru. So sekarang terpaksalah cancel beli handphone sebab duit dah tak cukup. Tapi kalau de rezeki menang CONTEST AKU KAYA by Bobiestory memang Miss Yaty bersyukur sangat-sangat.

Yelah rezeki lah katakan. Tapi tu pun kalau ada rezeki untuk menang lah kan. 

Miss Yaty beli spek simple dimple je. Tak berani memilih sangat walaupun banyak berkenan yang mahal-mahal je. High taste lah katekan. Hahah. Tapi tadi terpaksa tahan nafsu membazir tu. Pilih yang murah dan yang terbaik dari yang biasa-biasa je. Hihii.

Spek yang rosak ni padahal baru masuk 2 tahun Miss Yaty guna. Memang Miss Yaty ni lasak sikit guna pape barang pun. Benda tahan lama pun jadi cepat rosak kalau Miss Yaty yang guna. =,="

Nasib awaklah Mr Gugu sebab pilih Miss Yaty jadi teman hidup awak. :P

Ni lah spek Miss Yaty pilih tadi. Lawa tak?hihi~
P/s: Pada yang baca entry Miss Yaty | Alexa Rank Makin Meningkat!!! dan bertanya apa tu ALEXA RANK, korang boleh terjah entry Cik Tom | Apa itu Alexa Rank Dan Kategorinya. Cik Tom ada terangkan secara ringkas pasal ALEXA RANK.

Friday, March 4, 2011

What Goes Around Comes Around!

Assalamualaikum dan salam sayang. Hari ni Miss Yaty asyik pikirkan tingkah laku seorang err mereka yang jenis nak ambil tahu masalah orang lain. 

Bukannya mereka ni nak ambil tahu untuk membantu tapi untuk di jadikan tempat mengutuk pulak. Alahai dunia. Mereka sibuk pikirkan masalah orang yang tak berkaitan dengan mereka. 

Nilah di panggil busybody kan? 

Sibuk nak tahu hal peribadi orang lain. Lepas tu duk canang-canangkan cite orang tu kat orang lain. Mudahnya nak kumpul  dosa kan. Agaknya macam manalah kalau dosa itu berbau kan?


Tu satu hal. 


Yang jenis kaki ampu pun satu hal. Kalau kaki ampu tak kaitkan orang lain takpe lagi tapi kalau kaki ampu yang jenis duk kutuk orang lain kononnya diri dialah yang terbaik.


Silalah sedar wahai manusia.


Jangan terlampau suka mengutuk orang lain. Sesungguhnya takde yang sempurna dalam dunia ni.


P/s: What goes around come around. Err betul ke pepatah ni?






Monday, February 28, 2011

Sebelum Dan Selepas Menjadi Blogger

Assalamualaikum korang.

Miss Yaty ada tertarik pada satu entry di blog Perisai Mahkota. Entry beliau mengenai sebelum dan selepas menjadi blogger. 

Sekarang ni memang Miss Yaty sendiri merasai perubahannya bila menjadi seorang blogger ni. Walaupun Miss Yaty bukanlah seorang blogger aktif tapi memang dalam kepala otak ni akan sentiasa pikirkan pasal blog je.


1. Sebelum jadi blogger... Online sekadar untuk cari bahan-bahan assignment jer..Tapi bukak 'mukabuku' tu wajib la...hehe~

Tapi selepas jadi blogger... Terasa nak kena online dan blogging sepanjang masa. Bila tak dapat online, rasa hidup tak tenang. Macam orang yang kemaruk cinta la.. Mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak sendawa... errppp!!! (sorry.. hihi~). Kepala nih asyik pikir nak blogging jer. Nak cek follower lah, nak jenguk komen lah, nak blogwalking lah, nak kira income lah.. dan yang sama waktu dengannya.. Seksa tak? Agak seksa, tapi aku suka...n_n. Sebab tu sampai sekarang, aku masih blogging. :P




2.   Sebelum jadi blogger... Nak makan, senang jer. Lepas basuh tangan dan baca doa, terus ngap! Tanpa mempedulikan sesiapa yang lalu lalang dan apa yang nak dibuat.


Tapi selepas jadi blogger... Nak makan pun kena tengok menu dulu. Kalau menu lain dari yang lain, mula lah mencari-cari kamera. Tujuannya nak diabadikan sebagai kenangan dan akan diletakkan kat blog sebagai tajuk 'entri hari ini'. ish3... Kalau ambil sekeping jer takper. Ni sampai 18 sudut dan berpuluh-puluh gaya diambilnya...adoyai~ Makanan dah sejuk, baru dapat merasa...



3. Sebelum jadi blogger... Kerja lebih fokus. Hanya fikir untuk selesaikan kerja. Bila dah selesai semuanya, baliklah ke rumah dengan aman dan terus boleh release tension atas katil empuk. krooohhhhh~

Tapi selepas jadi blogger... Susah dah nak fokus. Sebab dalam kepala asyik pikir nak blogging jer. Kebetulan pulak waktu kerja, gaduh dengan staf lain atau kena lempang dengan boss. Mula lah pasang niat untuk lepas geram dalam blog (kesian kat blog yang tak bersalah). Sebaliknya pulak kalau jumpa benda-benda menarik dan sesuai untuk dikongsikan, kita jugak akan pikir nak blogging jer.. kan? Dengan harapan nak kongsi-kongsi la benda yang menarik tu (walaupun takder la menarik sangat) hihi~



4. Sebelum jadi blogger... Hal aku adalah hal aku. Hal kamu adalah hal kamu.

Tapi selepas jadi blogger... Barangku barangmu jua. Ceritaku ceritamu jua. Sehinggakan...bantal busukku bantal busukmu jua. Semuanya kalau boleh nak diceritakan. Asalkan ada bahan (walaupun yang tak sepatut dikongsikan), berkobar-kobar semangat nak bercerita. Jari rasa kebas jer sebab gian sangat nak menulis. Bila dah dapat kongsi cerita. fuuhhhh~ leganya bagai lepas jogging 100 batu. Yang teruknya, sampaikan seluar terkoyak pun nak diceritakan jugak. Suka hatilah labu... Mungkin jugak ada baiknya untuk merapatkan silaturrahim antara blogger. Tapi agak-agaklah kan nak berkongsi cerita pun... 



5.  Sebelum jadi blogger... (yang ni agak mengecewakan) Sembahyang boleh dikatakan awal waktu. Kadang-kadang siap berjemaah lagi...~_~

Tapi selepas jadi blogger... Sembahyang dah hujung-hujung waktu, dan jemaah entah ke mana dah. Lagi dahsyatnya, waktu tengah sembahyang tu la datang idea-idea untuk dimuatkan dalam blog. Melepas sudah pahala khusyuk... Nak nak pulak kalau cicak jatuh atas sejadah depan mata, lagi la bersemangat nak diceritakan. Tengah sembahyang tu, siap susun ayat lagi. Sesudah jer salam yang akhir, terus online dan blogging. Tajuk entri terbaru... "Binatang punya cicak! Terkejut aku" 
(semua ni kena atas kepala aku...huhu)



Sedikit pesanan dari aku. Kalau boleh, waktu blogging sekali sekala tu... Bukak lah jugak entri yang bersifat kerohanian/keagamaan. Jangan nak cari atau nak kongsikan yang seronok-seronok jer. "Kalau tak dapat nak ambil semua, jangan tinggal semua". Ambil sikit-sikit pun takper, janji dapat diamalkan dan dikongsikan bersama. Baru la aktiviti blogging kita tu bermanfaat. insyaAllah...

Rasulullah pesan, "Sampaikanlah apa-apa pun dariku, walaupun sepotong ayat."

Kalau kemahiran kita dalam 'berblogging', gunakanlah wasilah/jalan ini sebaiknya... Ingat! sepotong ayat pun sudah memadai. Tetapi jugak harus diingat, kita sekarang sedang berada hampir pada garisan penamat kehidupan alam dunia. Dalam situasi genting ini, rasanya sepotong ayat tidak memadai untuk menjamin tempat yang terbaik di akhirat kelak.




P/s: Entry ni Miss Yaty copy dari blogger Hafriz Mohamad. Miss Yaty tak edit sebab ayat beliau dah best dan mudah nak paham kan...


P/s: Sama-samalah kita renung-renungkan diri kita sebagai blogger...

Saturday, February 19, 2011

Masalah Facebook Semakin Menjadi-Jadi

Salam sayang semua. Pagi tadi Miss Yaty pergi Air Terjun Sekayu. Best sangat-sangat sampai mengeletar tubuh sebab air cejuk gileer!!!

Okay tak nak cite lebih-lebih pasal tu sebab Miss Yaty nak cite mengenai isu facebook. Sekarang ni kalau korang alert pasal isu semasa mesti korang perasan kan ada aje lah masalah yang datang dari facebook ni.

Isu orang jadi pengedar dadah melalui facebook. Bayangkanlah dengan facebook pun dorang boleh nak buat duit haram lagi. Yang lagi dahsyat pulak isu isteri curanglah sebab berkenalan dengan lelaki melalui facebook. Bukan setakat curang biasa-biasa sampaikan curang kena tangkap khalwat!! Astaghfirullahalazim. . .

Facebook sekarang bukan lagi tempat untuk bertemu kembali sahabat lama tapi dah makin di salah gunakan. Miss Yaty suka  layan facebook sebab melalui facebook kita rasa dekat dengan diri kawan-kawan kita. Korang setuju tak??

Tapi bila dah timbul isu macam ni Miss Yaty mula pikirkan persoalan patut ke facebook di tutup??

Inilah dunia di alaf 21. Pada siapa kita nak tuding jari pada masalah sosial dan jenayah zaman sekarang ni. Isu-isu ni bukan untuk kita tuding jari. Tapi kita kena sama-sama cermin diri sendiri adakah kita sedar kesalahan dan kesilapan kita. Kalau diri sendiri masih tak sedar macamana diri nak insafkan.

Sama-samalah kita menginsafi diri sendiri.


Wednesday, February 9, 2011

Apa Pendapat Korang Kalau Dapat MMS Sweet Macam Ni??

Salam sayang semua. Entry semalam macam Miss Yaty nak kawen esok je kan. Hihi.  Pikiran Miss Yaty ni asyik pikirkan masa depan je. Semua orang pun mengidamkan masa depan yang cerah dan bahagia kan. ?

Okay tutup cerita kahwin. Noktah. :P

Miss Yaty ada dapat satu MMS, nak bluetooth dalam honeybee Miss Yaty tak dapat sebab handphone Miss Yaty ada infrared jep. Jadi Miss Yaty lukislah sebab nak tunjuk kat korang punya pasallah. Hihi.

Harap korang pahamlah lukisan buruks Miss Yaty ni ye. =,="






Haa rasanya korang paham kan kartun kotak Miss Yaty ni. Sweet kan MMS ni tambah pulak kata-kata yang ada dalam MMS tu. So sweet kan kalau dapat dari Boyfie sebab maknanya beliau sayang kita kan. 

Tapi kalau EX yang bagi baik kita abaikan ajelah. Bagi Miss Yaty kalau kita dah tutup buku lama tak usah lah kita kenangkan lagi. Lagi baik kita mulakan hidup baru bersama orang yang lebih memahami dan menyayangi kita. Macam Miss Yaty, Miss Yaty menyayangi dan menyintai Mr Gugu dan tak ada pengganti dia dah dalam hidup Miss Yaty ni. [>,<]

Thanks pada korang sebab puji lukisan pertama Miss Yaty nih. Eh ada ke??

Tuesday, February 1, 2011

Sahabat Blog Yang Baik Dan Peramah | Luahan Hati Mamat


Alhamdulillah Miss Yaty dapat Special Award lagi. Special award ni di buat khas oleh adik Mamat pada 100 Follower Mamat. Jangan salah faham ye. Award ni di buat bukan sebab follower dia hanya ada 100 tapi di sebabkan adik Mamat terharu kerana follower blog dia dah mencecah 1000++.

Kalau korang nak tahu blogger Mamat ni masih di kira newbie lagi. Ini kerana Mamat baru bergelar blogger selama 3 bulan. Tapi berkat kesungguhan Mamat, akhirnya blog Mamat makin di terima ramai dan buktinya follower blog Mamat sudah pun mencecah 1000++.

Miss Yaty kenal blogger Mamat ni pada November tahun lepas. Miss Yaty memang sedang blogwalking waktu tu dan terjumpa blog Mamat ni. Agak tertarik pada blog Mamat sebab blog dia bertajuk Luahan Hati Matika. 

Blog yang kongsikan kata-kata puitis dan sajak yang syahdu pada Miss Yaty. Antara sajak yang buat Miss Yaty tertarik ialah sajak yang bertajuk Terima Kasih Ayah dan Khas Untukmu Ibu.

Bermula dari entry itu Miss Yaty sentiasa berkunjung di blog Mamat, lagi-lagi pabila blog Mamat telah di serang oleh blogger yang kaki hentam blogger. Tapi berkat kesungguhan Mamat dia tidak putus asa walaupun sebenarnya waktu tu dia nyaris patah semangat untuk berblog.

Miss Yaty harap Mamat bakal menjadi blogger hebat suatu hari nanti. Dan Miss Yaty harapkan Mamat tak lupa pada newbie dan sahabat-sahabat blogger yang banyak membantu dan menyokong Mamat dan blog Luahan Hati Mamat.

Miss Yaty jugak berharap dan berdoa semoga Mamat berjaya dalam Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun ni. Apa yang penting Mamat kena rajin berusaha, berdoa dan bertawakkal pada Allah. Sesungguhnya Allah akan membantu hambaNya yang tak pernah putus asa dan sentiasa berdoa padaNya. Jangan lupa buat sembahyang hajat sebolehnya tiap-tiap malam.

Buktikan walaupun Mamat seorang blogger tapi Mamat tak lalai dalam pelajaran dan berjaya mendapar keputusan yang cemerlang dalam SPM tahun ni. Boleh ye dik?

Thursday, December 16, 2010

Kenapa Blogger Hebat Tak Jenguk Semua Follower Dia?

Kenapa blogger Hebat tak jenguk semua follower dia?

Mudah je sebab dah follower dorang beribu-ribu takkan sempat dia nak jenguk blog korang yang dalam beribu follower tu kan. Jadi kita kena faham. Dorang pun perlu masa jugak nak siapkan entry lagi. Nak menjalani kehidupan normal mcam kita jugak. Wei dorang pun ada hati dan perasaan dan tahu apa tu penat kalau dah selalu korang asyik tanya je pas tu desak-desak (terasa sendiri ni) mesti dorang pn stress kan. (Saya agak je.hoho. Kalau salah minta maaf)

Tapi bagi blogger yang buat contest ke atau Giveaway tu. Patut ke dorang buat GA atau contest tapi dorang tak pernah nak singgah dan jenguk orang yang join contest dorang. Maksudnya taklah jenguk setiap masa tapi just tinggallah komen di entry orang join tu. Untuk tahu wah! admin contest jenguk aku lah! Kalau ramai yang join tak kan korang nak bagi alasan penat dan tak sempat nak catch up semua yang join. Dah tu baik tak yah buat contest kan. Haha. 

Dengki wei kalau tengok blogger hebat jenguk blogger lain. Tapi tak jenguk blog kita. Kenapa?

Tepuk dada tanya selera. Selera sekarang teringin nak makan ayam Radix Fried Chicken. Eh. Maybe sebab entry kita masih bukan tahap yang boleh di banggakan. Tapi tak bermakna kita takde harapan nak tackle hati blogger otai kan. Kita hanya perlu mencuba dan terus mencuba. 

Kalau ada kurang kita tambahkan. Kalau terlebih kita kurangkan. Apa saya melalut ni. Okay abaikan. Yang pasti semua blog best cuma perlu pandai nak tarik blogger lain untuk suka blog korang bukan hanya buat statement "Saya dah follow sini Sila follow blog saya" Mak uih macam arahan wajib kena buat kalau tak kau kena belasah! Heheh.

Okay entry ni perlu pendek. Noktah kat sini.




Jangan lupa undi no 272 kalau sudi :)

Monday, December 13, 2010

Facebook | Bertukar Wajah?



Mesti ramai blogger yang ada facebook tahu pasal ni kan. Saya dah lama tak buka facebook sebab lebih fokuskan blog je. Ada banyak sebab saya malas nak buka facebook. Antaranya:

     1. Dah bosan dengan facebook,
     2. Dah bosan tengok gambar sendiri sama je dalam facebook.
     3. Bosan sebab bila saya online kawan tak online sama.
     4. Menyampah sebab chat facebook saya tak betul jadi saya takleh nak berchatting.
     5. Jeles tengok gambar orang lain pergi holiday.
     6. Jeles tengok orang tayang kamera dslr. 
     7. Internet broaband lembab kalau buka banyak link. Sebab blog wajib buka jadi internet 
         lembab gile.
     8. Tak de idea nak publish status.

Banyak sebab saya tak online. Yang mengarut pun ada. Takpe yang mengarut abaikan aje. Last saya buka facebook pada 26 November. Lama gilelah bagi seorang yang pernah addict facebook macam saya ni. Pagi tadi curi-curi buka facebook dekat pejabat sebab bos cuti. Terkejut kure-kure kakak saya. Sebab facebook dah lain dan saya pening tengok. Takde sebab nak pening pun. Tipu je tu. Bayangkan saya nak post status pun tak tahu nak klik kat mane. Lepas staff situ tunjuk baru saya nampak. 

Tidak! Tidak! Saya dah ketinggalan zaman. hihi. Tapi saya rasa macam tak lawalah facebook bila jadi macam tu. Rasa macam profile saya kosong je. 

Tak tahulah kalau ada blogger berpendapat lain. Saya still nak active facebook sebab mudah saya nak keep in touch dengan kawan-kawan saya yang baru dan jugak lama. Kerana dorang amat berharga pada saya.

Blog plak tempat untuk berkawan dengan sahabat secara maya. Tak pernah jumpa tapi kita kenal melalui Cyber World. Secara tak langsung kita berkawan dan berkongsi rasa dan duka :)

Saya Sayang Semua Kawan-Kawan Saya :)


Jangan lupa undi no 272 dari Kumpulan 7 kat SINI. 

Wednesday, November 24, 2010

Ulek Mayang

Mesti ramaikan di kalangan blogger pernah tengok drama bersiri ni di TV3 yang di siarkan setiap isnin - khamis pada pukul 4.30  petang. Drama ni dah mula di siarkan di TV3 pada 23 Oktober yang lalu. alahai memang dah banyak lah episod yang saya terlepas. salah satu sebab saya malas nak layan cerita ni. lagipun saya ni bukanlah pencinta drama bersiri sangat sebab malas nak ikuti semua episod.





Saya tak tahulah kenapa kalau setiap kali dengar je lagu ulek mayang ni bulu roma saya terus meremang je. aish. menakotkan je. sebenarnya apa Ulek Mayang ni? so saya search kat incik Google. 


wah memang pelbagai info saya dapat. dan pelbagai pendapat. korang pernah dengar betul2 tak lirik lagu ulek mayang? okay korang tengok lah lirik lagu ni. 





Ulek mayang ku ulek

Ulek dengan jala jemala

Ulek mayang diulek

Ulek dengan tuannya puteri

Ulek mayang diulek

Ulek dengan jala jemala

Ulek mayang diulek

Ulek dengan puterinya dua



Puteri dua berbaju serong

Puteri dua bersanggol sendeng

Puteri dua bersubang gading

Puteri dua berselendang kuning

Umbok mayang diumbok

Umbok dengan jala jemala

Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya empat.......



Ku tahu asal usul mu




Yang laut balik ke laut

Yang darat balik ke darat

Nasi berwarna hamba sembahkan

Umbok mayang ku umbok

Umbok dengan jala jemala

Pulih mayang ku pulih

Pulih balik sedia kala...


liriknya memang penuh pemujaan kan. saya pun tak paham apakah motif utama Rashid Sibir nak ketengahkan dalam drama beliau kali ni.


ulek mayang ni memang terkenal kat Terengganu. sebab itulah lokasi penggambaran slot Lagenda ni di lakukan di Terengganu. kalau korang perasan masa mula2 start drama ni ada di tunjuk kan rumah2 tradisional kan? itulah Muzium Negeri Terengganu.


saya ada baca pendapat2 kat SINI banyak gak lah yang sharing pendapat mereka pasal ulek mayang ni. ada gak yang ceritakan pengalaman mereka. saya pun pernah juga dengar cerita yang dulu2 ada student sekolah buat persembahan kat sekolah untuk malam kebudayaan. selepas mereka menyanyi lagu Ulek Mayang mereka semua terus meracau macam kena histeria.




kesahihahn cerita ni masih belum saya ketahui. saya cuma nak sharing je. kalau ada siapa2 nak sharing pendapat dan info silakan yea.



Monday, September 27, 2010

Keseronokan Mengedar Pil Kuda | Pendapat


Ari tu saya de baca satu paper. Saya rasa saya tak perlu disclose paper apa sebab kang saya kene saman plak. Saya nak kritik la pasal article yang paper tu publish ari tu. Tajuk art tu pasal pengedar pil kuda insaf dan menyesal sebab pernah menjadi pengedar dan pengguna pil kuda. Tajuk tu sangat menarik minat saya untuk membaca art tu sampai habis. Yela nak tahu jugak macam mana dia boleh jadi insaf tu kan. 
 

Tetapi lepas saya baca art tu sampai habis, art tu langsung pun tak menceritakan macam mana orang yang nak insaf tu boleh nak berubah tapi art tu just cerita pasal keseronokan orang tu masa dia jadi pengguna pil tu dan jugak cite pasal kemewahan yang orang tu dapat sebab jado pengedar pil kuda tu. 

Pendapat saya la tak patut betul writer art tu menceritakankan kemewahan bila jadi pengedar pil kuda tu, sepatutnya isi art tu hendaklah kena mengena dengan tajuk art dia tu. Kalo nak cite sangat pasal kemewehan dan keseronokan jadi pengedar dan pengguna pil kuda ko wat la tajuk KESERONOKAN MENJADI PENGEDAR PIL KUDA! Kan?

Bagi saya, tersiarnya art tu bukannya membantu mengurangkan pengedar pil kuda tapi boleh menyebabkan bertambahnya pengedar pil2 kuda. Remaja zaman sekarang hanya fikirkan jalan mudah untuk hidup mewah tanpa fikirkan dosa pahala baik dan buruknya perbuatan dan tindakan mereka tu. Saya harap tak ada lagi la art yang macam tu tersiar lagi dalam mana2 paper. Sepatutnya art yang tersiar biarlah yang boleh membantu mengurangkan gejala tak sihat dikalangan remaja dan jugak dikalangan rakyat Malaysia ni.
 

Tuesday, September 7, 2010

Iklan Hari Raya Aidilfitri 2010 timbul kontroversi

Salam 27 Ramadhan. n3 kali ni berkenaan isu iklan Aidilfitri kt TV3. iklan raya kt TV3 tlh menimbulkan isu yg menganggu sensitiviti org islam. pihak TV3 sepatutnya lbh alert psl ni. jgn hanya di sebabkan nak mengikut tema 1 Malaysia, isu keagamaan di tolak tepi, walupun pihak TV3 tlh mengambil balik iklan berkenaan tapi iklan tersebut tlh menimbulkan berjuta pertanyaan beserta kekeliruan pada rakyat Malaysia. pihak TV3 dan jugak yg berkenaan hendaklah lbh alert pada isu sensitiviti seperti ini. diarap kesilapan kali ini menjadi pengajaran pada sume pihak agar lbh berhati2 menyiarkan iklan yg tidak menganggu sensitiviti umat islam dan juga sensitiviti agama lain. kat bawah ni saya sertakan beberapa maksud tersirat dari iklan berkenaan yg tanpa kita sedar mampu menyesatkan kita sebagai umat islam. sumber ini saya dpt dr blog sedara sazali. credit to him. [link]








SCENE 1 :
Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.
1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu
2.Buku - Bible
3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan
4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur
5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis
6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM
7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran



SCENE 2 
Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).



1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)
2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan
3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus
4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)Pokok Krismas - Simbol Paganism

SCENE 3 :
Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.
1.Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian
3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian

SCENE 4 :
Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)
1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.

SCENE 5 :
Budak-budak Melayu berlari merentasi semak-samun mengikuti laluan bercahaya (Illuminated) menuju ke suatu tempat. Close up lelaki separuh abad ketawa gembira sambil memandang ke atas langit (mengetawakan Allah).

lola says : ALLAHUAKBAR. semoga iman kita tidak terpesong.