Wednesday, August 15, 2012

Tips Mudah Mencari Pekerjaan Untuk Fresh Graduate


Assalamualaikum dan salam satu Malaysia. Mesti ramai fresh graduate yang sedang mencari kerja tak kurang juga yang dah lama grad tapi masih susah nak dapat kerja tetap. Miss Yaty ada sikit tips nak share untuk korang. Semoga berguna untuk korang. Tips ni berdasarkan pengalaman dari Miss Yaty sebab Miss Yaty memang fresh graduate bulan Januari 2012. Konvokesyen bulan Mei 2012 di Uitm Dungun. Miss Yaty mula gigih cari kerja lepas 2 minggu lepak kat umah. Biasa orang cakap lepak la dulu baru abis belajar kan. Relax relax dulu tapi berlainan bagi Miss Yaty sebab Miss Yaty kalau boleh nak cepat-cepat dapat kerja. Al maklumlah nak duk kat umah kalau mak ayah boleh support tak pe jugak. Di sebabkan tak nak menyusahkan dorang jadi Miss Yaty nekad nak cari kerja cepat dan bersungguh-sungguh. 

Notes : Setiap kerja yang korang nak apply tak kiralah dari iklan surat khabar atau website korang buatlah note atau save kat laptop/pc/fon korang sebagai reminder kerja yang penah korang apply.

Notes : Resume yang kemas dan cantik memang mainkan peranan yang penting. Mitaklah rujukan dari senior atau pensyarah untuk membantu kemaskan resume korang.

1. Register semua website kerja kosong.

Register dan updatelah profile dan resume korang kat website kerja kosong. Contohnya Jobstreet, Jobsmalaysia, Jobcentral, Jenjobs &  Mudah.my. 

2. Subscribe blog atau website yang bagi info mengenai kerja kosong. 

Contohnye blog Jawatan kosong kerajaan dan Oh job. Kalau korang subscribe lagi mudah sebab kerja kosong yang updated akan terus masuk directly ke email korang. Lagi mudah korang nak alert kerja kosong yang terbaru.

3. Berminat nak kerja di syarikat besar seperti MAS, PETRONAS, SIME DARBY, HICOM dan sebagainya . 

Korang kenalah register di website syarikat tersebut. Kalau tak tahu website dorang gunalah google ye. Jangan fikir syarikat besar peluang untuk dapat kerja kat situ tipis. Belum cuba belum tahu. Kalau dapat panggil interview dah kira bertuah sebab bukan semua orang berpeluang dapat panggil interview. Itu adalah pengalaman berharga untuk korang. Tapi pastikan cgpa korang lepas 3.00 untuk apply kerja kat syarikat macam ni ye.

4. Jangan cepat putus asa. 

Bila dah banyak apply kerja tapi masih belum di panggil interview. Mungkin korang ada silap isi atau update profile korang. Cek la balik kerja yang penah korang apply tu. (Refer notes yang korang dah save setiap kali apply keja tu).

5. Take note setiap kali isi form.

Kalau korang tak pasti masa isi form korang tanyalah mak ayah abang sedara sepupu atau sesape yang boleh membantu korang. Jangan malu untuk bertanya sebab tu sume untuk masa depan korang jugak.

6. Bagi yang ada degree jangan terus mitak kerja pangkat pegawai. 

Kita hanya fresh graduate yang takde pengalaman kerja jadi janganlah salahkan syarikat kalau tak amik korang kerja. Sebab untuk kerja pangkat pegawai pengalaman memang sangat penting.  

7. Jangan terlampau harapkan kerja kosong dari website kerja je. 

Korang kena cari inisiatif lain. Contohnye pegi terus mana-mana syarikat yang korang nak cari kerja. Jangan pegi lenggang kangkung je bawaklah resume korang dan cover letter sekali. Sebab sesetengah sayrikat lagi utamakan resume yang dah anta terus kat dorang sebab tak yah susah-susah dorang iklan kan kerja kosong dah. Dorang tak kan panggil interview terus sebab tu sume berdasarkan keja kosong yang ada kat syarikat dorang. Mungkin amik masa jugak nak tunggu dorang panggil interview. Tapi sekurang-kurangnya korang dah mencuba jadi selebihnya tunggu dan berdoalah. Miss Yaty sendiri dah cuba dan majoriti syarikat yang Miss Yaty anta resume tu call Miss Yaty untuk interview. Jadi korang kena cubalah jugak ye.


Tips ni memang agak skema tapi nak cari kerja bukan senang. Kena siyez bukan main cincai cincai je. Rezeki memang ada kat mana-mana tapi kalau tak berusaha tak kan dapat tu sume. Mungkin ada orang mudah dapat kerja tapi ada sesetengah orang Allah bagi ujian susah sikit untuk dapat kerja tetap dan sesuai. Apa yang penting jangan penah putus asa dan sentiasa berdoa untuk di murahkan rezeki dan di mudahkan segala urusan. Sume tips ni memang Miss Yaty sendiri buat dan cuba dan alhamdulillah Miss Yaty sekarang dapat keja yang selesa dan sesuai dengan bidang Miss Yaty. Miss Yaty doakan korang mudah mendapat pekerjaan. InsyaAllah. Amiin.

P/s : Jangan lupa print banyak-banyak resume dan cover letter. :)

9 comments:

Cik Ila said...

Entri ni sesuai utk cik ila..hehehehe

Sue PeLik said...

tengsss awk! saya pun samaaa fresh grduate jugakkk huuhuhu

onn Lajer said...

boleh juga diguna pakai bagi orang yang dah tak fresh hehe

Dzulaikha said...

jangan lupe cari kabel jugak. sbb mostly company besar suke gune kabel. haha cakap dr pengalaman.

Miss Yaty said...

@Cik Ila : selamat mencuba cik ila! :)

Miss Yaty said...

@Sue PeLik: owh sue pn fresh grad ye..dari ipt mne ?

Miss Yaty said...

@onn Lajer : aah memang boleh pn..saje nk fokuskan tuk yg fresh grad sb bdasarkan pngalaman saya sndri. :)

Miss Yaty said...

@Dzulaikha : mane2 job memang penting ada kabel. kikiki. tapi kalau takde kabel pn jgn cepat putus asa. rezeki Allah ada kat mana2. Allah dah tetapkan mana rezeki tbaik tuk masing2.

ika, aku keje sini tak pkai kabel oh. so ade peluang lagi keje company besar2 kan kan kan? hiii..goodluck dear :)

miss.faton said...

salam,hi to owner blogger, sorry for this 'iklan' hehe..
hi for those yang tengah mencari kerja especially fresh graduate in marketing or AI(graphic design) do not hesitate to email me fatinnabilasaafee@yahoo.com ..
high speciality to those who hv license driving(car)