Showing posts with label Blog Review. Show all posts
Showing posts with label Blog Review. Show all posts

Saturday, April 9, 2011

5 Blog Paling Kerap Dilawati 2011

Assalamualaikum.


Terima kasih pada Farhan Zulhusmi sebab sudi ajak Miss Yaty tuk join contest dari Denaihati. Miss Yaty jugak nak ucapkan terima kasih banyak-banyak pada Aan sebab memperkenalkan blog ni. Siyez blog Denaihati ni memang dah menambat hati Miss Yaty. Blog yang penuh dengan infomasi macam ni memang Miss Yaty rasa amat bertuah dapat kenal dan baca. (siyez macam bodekkan)


Baiklah Miss Yaty nak join jugak projek Denaihati sebab tujuan projek ni adalah untuk dijadikan Network Blogger. Pe salahnya kita tolong support. 


Miss Yaty suka baca banyak blog tapi sekarang memang makin jarang blogwalking. Tapi tak bermakna Miss Yaty lupakan blog-blog kegemaran Miss Yaty. Projek ni Miss Yaty kena pilih 5 blog je.


Tapi tu bukan bermakna Miss Yaty tak suka blog korang yang lain ye.








Blog ni dari sejak kenal memang sentiasa pegi jenguk. Antara sebabnya Shag ni peramah dan cheerful person. Miss Yaty rasa amat bertuah sebab dapat kenal Shag. Entry Shag memang ringkas tapi amat mesra. Bila Miss Yaty baca entry Shag Miss Yaty rasa macam sedang berkomunikasi dengan dia secara face to face.






Miss Yaty suka blog Solihin Zubir ni sebab Miss Yaty selesa dengan gaya penulisan beliau yang tersusun dan kemas. Entry beliau plak banyak berunsur pendapat dan perkongsian tentang ilmu agama dan duniawi. Beliau sentiasa mempunyai idea untuk di kongsi pada pembaca. Itulah salah satu kelebihan blog ni.










Blog ni memang buat Miss Yaty terpegun masa mula masuk dulu sebab mempunyai beratus komen di setiap entry. Bila Miss Yaty dah jenguk berkali-kali kat blog beliau ni barulah Miss Yaty tahu kenapa blog dia ni ramai sangat pengomen. Si Raji ni memang seorang yang peramah dan rajin blogwalking. Walaupun entry beliau panjang tapi Miss Yaty tetap baca sampai ke noktah terakhir. Miss Yaty juga tertarik pada katun lukisan beliau yang unik dan cumil tu.






Blog Tok Esah ni memang Miss Yaty makin kerap pegi terjah sebab blog beliau makin berinfomasi. Bukan tu saje beliau jugak sentiasa memperbaiki kelemahan blog beliau dari semasa ke semasa. Blog beliau sekarang dah bertukar web hosting. Tahniah pada beliau.










Blog Farhan ni Miss Yaty kenal dah lama jugak. Rsanya sama dengan Miss Yaty kenal blog Shag. Blog ni memang simple je. Entry beliau memang berunsur personal dan luahan hati beliau dan kadang-kadang luahan pendapat yang bernas dan buatkan kita terfikir sejenak pendapat beliau tu.








Blog Akak Bobie ni Miss Yaty kenal secara tak sengaja masa Miss Yaty blogwalking. Entry beliau yang ringkas buat Miss Yaty tertarik untuk membaca. Setiap entry beliau memang bersahaja dan ringkas. Miss Yaty kagum dengan semangat beliau sebagai seorang guru yang sanggup berjauhan dari suami beliau yang tercinta. 


Ramai lagi blog yang Miss Yaty suka terjah sepanjang bulan January - April 2011 ni antaranya ada dalam bloglist Miss Yaty.


Miss Yaty nak tag 10 Blogger yang tersayang :


Taufiq Tiramisu
Mamat
Tok Esah
Decrewz
Iqbalhakimi
Hazwan
Shag Comot
JuanYuan
Bunga
Zaraa


Untuk maklumat lanjut sila terjah blog Denaihati. ;)

Tuesday, March 22, 2011

Segmen Blog Review Oleh Wowberita.com


Assalamualaikum dan salam sayang.

Miss Yaty nak join Blog Review dari blog wow berita pulak. Thanks lagi sekali kat Mamat sebab tag Miss Yaty ye. Miss Yaty harap Miss Yaty dah follow semua syarat-syarat yang sedara wow berita dah listkan tu ye.

Kalau ada yang terkurang sila inform pada Miss Yaty ye.

Miss Yaty nak tag Shag Yahya.

Kalau nak join klik 

Saturday, March 19, 2011

Jom join blog review Myung Dae


Assalamualaikum dan salam sayang. 

Ni entry kedua Miss Yaty hari ni. Miss Yaty nak join Blog review dari Myung Dae pulak. Thanks pada Mamat sebab tag Miss Yaty tuk join blog review ni ye.

Miss Yaty dah ikut syarat-syarat Myung Dae ni tapi kalau ada yang tak cukup gtawlah ye Sedare Myung Dae.

Kenapa Miss Yaty nak di review? Sebab-sebabnya:

1: Nak baiki kelemahan blog Miss Yaty dari pelbagai segi. Err bukan segi tiga atau segi empat ye.

2 : Nak buat pembaharuan kat dalam blog Miss Yaty ni. Sebab sejak bulan January 2011 tak ada perubahan pun kat blog Miss Yaty ni.

3 : Untuk tahu kelemahan blog Miss Yaty ni.

3 : Mamat tag Miss Yaty. Jadi Miss Yaty kena joinlah. Ceh alasan! Hihi.

Miss Yaty nak tag: 

Tarikh tutup 20 /03/ 2011

Pinjam ayat Myung Dae jap : 
Kesalahan hari ini tidak akan berulang jika diperbaiki untuk hari esok.


Nak join klik bawah:


Blog Review Myung Dae

Thursday, February 24, 2011

Firdaus Kasim Blogger Yang Rajin Update Blog



Assalamualaikum korang. Miss Yaty baru berkawan dengan seorang blogger bernama Firz atau nama penuhnya Firdaus Kasim. Miss Yaty baru je beberapa hari kenal dengan blog beliau ni dan Miss Yaty ada tertarik pada satu entry beliau bertajuk Program Preview Blog Mingguan.

Memang pada mulanya Miss Yaty tak berapa paham apa yang Firz ni nak sampaikan dalam entry tu rupanya beliau ajak buat satu segmen atau program untuk review blog secara mingguan. Kalau korang berminat untuk tahu dengan lebih lanjut korang boleh terjah entry Program Preview Blog Mingguan.

Miss Yaty termasuk jugak dalam segmen review ni. Dan blog pertama Miss Yaty kena review adalah blog Firdaus Kasim. Firz jugak dah review blog Miss Yaty di entry Favourite Blog Minggu Ini.

Bagi Miss Yaty blog Firdaus Kasim ni mempunyai pelbagai info walaupun sebenarnya blog Firz ni baru berumur 3 bulan! Korang boleh tengok pelbagai entry menarik di archive blog Firz ni.

Antara entry Firz yang menarik dan berguna untuk blogger-blogger baru adalah Cara Meningkatkan Pengunjung Blog dan 3 Cara Blogwalking yang Betul.

Ada banyak lagi entry menarik korang boleh terjah blog Firz aka Firdaus Kasim.


Tuesday, February 1, 2011

Sahabat Blog Yang Baik Dan Peramah | Luahan Hati Mamat


Alhamdulillah Miss Yaty dapat Special Award lagi. Special award ni di buat khas oleh adik Mamat pada 100 Follower Mamat. Jangan salah faham ye. Award ni di buat bukan sebab follower dia hanya ada 100 tapi di sebabkan adik Mamat terharu kerana follower blog dia dah mencecah 1000++.

Kalau korang nak tahu blogger Mamat ni masih di kira newbie lagi. Ini kerana Mamat baru bergelar blogger selama 3 bulan. Tapi berkat kesungguhan Mamat, akhirnya blog Mamat makin di terima ramai dan buktinya follower blog Mamat sudah pun mencecah 1000++.

Miss Yaty kenal blogger Mamat ni pada November tahun lepas. Miss Yaty memang sedang blogwalking waktu tu dan terjumpa blog Mamat ni. Agak tertarik pada blog Mamat sebab blog dia bertajuk Luahan Hati Matika. 

Blog yang kongsikan kata-kata puitis dan sajak yang syahdu pada Miss Yaty. Antara sajak yang buat Miss Yaty tertarik ialah sajak yang bertajuk Terima Kasih Ayah dan Khas Untukmu Ibu.

Bermula dari entry itu Miss Yaty sentiasa berkunjung di blog Mamat, lagi-lagi pabila blog Mamat telah di serang oleh blogger yang kaki hentam blogger. Tapi berkat kesungguhan Mamat dia tidak putus asa walaupun sebenarnya waktu tu dia nyaris patah semangat untuk berblog.

Miss Yaty harap Mamat bakal menjadi blogger hebat suatu hari nanti. Dan Miss Yaty harapkan Mamat tak lupa pada newbie dan sahabat-sahabat blogger yang banyak membantu dan menyokong Mamat dan blog Luahan Hati Mamat.

Miss Yaty jugak berharap dan berdoa semoga Mamat berjaya dalam Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun ni. Apa yang penting Mamat kena rajin berusaha, berdoa dan bertawakkal pada Allah. Sesungguhnya Allah akan membantu hambaNya yang tak pernah putus asa dan sentiasa berdoa padaNya. Jangan lupa buat sembahyang hajat sebolehnya tiap-tiap malam.

Buktikan walaupun Mamat seorang blogger tapi Mamat tak lalai dalam pelajaran dan berjaya mendapar keputusan yang cemerlang dalam SPM tahun ni. Boleh ye dik?

Tuesday, January 4, 2011

Blog Review 2011 by Nurulchumel



Miss Yaty join  segmen blog review dari blog nurulchumel.blogspot.com. Ini salah satu peluang untuk mempromotekan blog Miss Yaty dan salah satu azam baru yang Miss Yaty share dalam entry Apa Azam Tahun 2011 Kena Tahu dan Perlu Tahu dan Blog Miss Yaty Di Review Sempena 2011.

Miss Yaty harap nurulchumel dapat review blog Miss Yaty ye. Miss Yaty dah jadi follower blog nurulchumel yang ke 740. Kalau korang nak join klik lah Blog Review nurulchumel.blogspot.com.


Korang jom join blog review ni. Korang bakal di review oleh nurulchumel dari semasa ke semasa.