Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Sekiranya anak Adam memiliki satu lembah daripada harta, nescaya ia mahu yang kedua dan sekiranya ia mempunyai dua lembah nescaya ia mahu yang ketiga. Tidak akan memenuhi perut anak Adam melainkan tanah dan Allah sentiasa menerima Taubat orang yang bertaubat.”
(Hadis Riwayat Ahmad)
Memang sifat yang sinonim dengan manusia tak kira dalam kedudukan apa sekalipun dia samada dia kaya, miskin, orang biasa dan pemimpin, perasaan tamak tidak dapat lari walaupun sebesar hama.
Jika tidak tamak terhadap harta benda, dia tamakn perhatian dan mahu seluruh tumpuan orang lain di berikan kepadanya seorang. Sifat tamak inilah akhirnya membuahkan rasa dengki sehingga menyebabkan berlaku perpecahan sesame manusia.
Tamak dan dengki bakal membawa kerugian kerana ia melhirkan individu yang tidak tahu bersyukur. Malah lebih berbahaya kerana boleh merosakkan hubungan dalam masyarakat ekoran pergaduhan dan persengkataan sesame sendiri.
Lawanlah sikap tamak ini dengan mengamalkan sikap sederhana iaitu menolak segala yang berbentuk keterlaluan. Ini selaras dengan ajaran Islam supaya kita bersederhana dalam menetapkan sesuatu peraturan, perbelanjaan dan sebagainya. Pada masa yang sama, seimbangkannya terutama dalam memenuhi tuntutan kedunian dan tuntutan akhirat.
Miss yaty: Saya dapat info ini dari Majalah Nur Keluaran Julai 2008. Sangat mendalam maksudnya. Sama-samalah kita renung-renungkan amalan kita.
6 comments:
nice 1..ntah kadang memang rasa agak tamak..huhu
manusia mmg selalu tak puas ati..
klu tak puas ati utk ke arah positif tak per, tp klu dah sampai susahkan org lain..tue ar fail tue..
lumrah manusia.
sis: kita hanya manusia biasa. kne cpt2 sedar la kan..huhu..semga kita hidup dalam kesederhanaan..
sazuwi: betol tu. tepat skali. tp bese nye kan tamak mestilah ke arah xbaik kan.
din: yupp. lumrah manusia. tak penah puas dgn pe yang da dpt..
Post a Comment