Sunday, July 29, 2012

Pengalaman Sakit Gigi Geraham Bongsu

Assalamualaikum dan salam sayang.

Alhamdulillah dah masuk hari ke 9 kita berpuasa. Terasa sekejap je dah masuk Ramadhan ke 9 kan. Sayu plak hati ni. Sudah banyak ke Amalan-Amalan Kebaikan Di bulan Ramadhan? Di harap kita saling ingat mengingati antara satu sama lain. InsyaAllah. 

Dua hari lepas Miss Yaty sakit gusi. Gusi jadi bengkak di sebabkan gigi bongsu tumbuh dan membesar.

Gigi bongsu ? Erk? Apekah?

 Jom Pergi Bengkel Hijab Sunsilk


Kedudukan Gigi Geraham Bongsu dalam mulut
Kedudukan Gigi Geraham Bongsu

Gigi geraham bongsu tu gigi geraham paling belakang. Biasanya tumbuh bila umur kita menjangkau 18-30 tahun. Cuba korang pastikan gigi korang cukup tak 32 batang ye. Kalau tak cukup tu siap-siaplah nati adalah gigi tu tumbuh. Terkecuali kalau korang penah ada pengalaman patah gigi ye. :)

Kebiasaannya kalau tumbuh gigi geraham bongsu ni akan rasa sakit. Tapi kebiasaannya lah tak semua macam tu. Mungkin ada antara korang tak cam tu kan. Kalau gigi korang gigi baik dia tumbuh diam-diam je memang kira bertuah la korang. Sebab kalau gigi tu nakal plus mengada korang akan meranalah sekejap menahan kesakitan gigi tu.

Tapi Miss Yaty penah dengar ada kawan cakap sesetengah orang tak tumbuh gigi bongsu tu. Miss Yaty tak sure samaada memang tak tumbuh atau gigi tu tumbuh tapi dorang tak perasan sebab gigi dorang gigi baik. Berbalik pada topik utama, gigi bongsu Miss Yaty ni spesis nakal plus mengada. Kesian dekat gusi Miss Yaty jadi bengkak. Dugaan di bulan puasa. Walaupun dugaan tak seberapa tapi sakitnya tak usah nak cakap. 

Setelah beberapa hari menahan kesakitan Miss Yaty nekad dan memberanikan diri pegi jumpa doktor. Miss Yaty paling tak suka jumpa dokter. Apekehal penakut beno. Macam dak kecik je kan. Haha. MissYaty jarang sakit so jaranglah jumpa dokter. Bersyukur sangat. Sebab tu bila sakit mulalah gelabah nak pegi jumpa dokter.

Semalam Miss Yaty pegilah klinik pergigian. Klinik tu klinik india. Sebab ktorang tak tahu klinik gigi kat mana. Jalan-jalan area situ then terjumpa terus masuk dan register. Sekejap je duduk nurse dah panggil masuk. Part dokter ni datang lah buat Miss Yaty rasa sengsara. Nasib baik puasa. 

Dokter datang cepat-cepat.
Dokter: Mana gusi sakit?
MSY: Yang kat belakang tu doc. 
Dokter sambil tekan-tekan kat bahagian yang gusi sakit tu: Owh ni kesan dari gigi awk nak tumbuh ni. gusi awak dah bengkak dan bernanah. Saya bagi ubat bengkak. Dalam dua atau tiga hari baru okay. 

Syok plak dokter tekan-tekan gusi tu banyak kali.

MSY: Dokter sakitlah! (Sambil tepis tangan dokter.)

Macam nak hempuk je dokter tu. Nasib baik aku perempuan. Dalam hati berkata. 

Lepas tu dia pun nak blah. Aish dokter ni. Tak abis lagi nak tanya pasal gigi.

MSY: Dokter boleh tengok gigi saya yang ni. Saya rasa gigi saya sensitif je sebab bila minum air sejuk atau berkumur dengan air sejuk. Jadi ngilu.

Dokter tu amik paip air (betol ke tak panggil paip air -,-') pastu dia sembur air kat tempat gigi ngilu dengan daya semburan air yang sangat kuat! 

Miss Yaty tepis tangan dia lagi. Sakit lah dokter!!!

Dokter tu diam je lepas tu die cucuk-cucuk kat bahagian gusi gigi yang ngilu tu banyak kali dan cakap gusi awak dah terhakis sebab banyak gosok gigi kat bahagian tu. 

Dokter: Gigi ni kena tampal. Nanti lepas gusi bengkak awak dah okay datang balik kita tampal yang ni. 

Pastu dia blah. 

Dokter ke apekah?! Dokter tak nak layan pesakit dan dan layan pesakit dengan kasar! Yang dah sakit bertambah sakit!

Keluar dari bilik cek gigi. Muka Miss Yaty dah merah-merah tahan nak nangis sebab sakit dan marah sebab dapat layanan macam tu. Mr Gugu tengok pelik je. Nape ni? Dia tanya.

Miss Yaty diam je sebab nak kawal emosi. 

Memang takde Miss Yaty nak pegi klinik tu dan klinik tu lagi. Dokter kasar! Tak ikhlas keje.  Grrrrr! 


P/s:  Hari ni gusi ni sakit lagi. :(

18 comments:

JebengOtai™ said...

rasanya dh cukup 32..hehe

Hafizul said...

sakit gigi seksa sekali..pantang org buat silap..mesti nak kena penampar free jer..paling tah tahan, semut gigit rasa nak bakar rumah..haha

Miss Yaty said...

@JebengOtai™ : Hihihi..kalau dah cukup 32 kira selamat la dari kesengsaraan sakit gigi.. :P

Miss Yaty said...

@Hafizul : hahaha..memang pun. sakit gigi memang jangan main2..kalau ada yang wat silap sikit mesti nak berapi je..hihi

UmmiSyarni said...

salam kenal.tq singgah blog sy :)
slalu fail nak kira gigi.rasanya tak cukup lg.dengar pengalaman kawan2 mmg mengerikan jer nak tumbuh gigi tu.

Blog Asyraf said...

Saya pernah alami sakit gigi, memang seksa la..huhu

Miss Yaty said...

@ UmmiSyarni: hihi..cian ummi sebab dah jadi cuak dengar pengalaman kawan2..hihi..sakit gigi tu akan hilang kalau kite mitak ubat tahan sakit dr dokter. tapi pastikan dpt dokter yang baik dan tak kasar ye. huhu~

Miss Yaty said...

@Blog Asyraf: taw takpe..hihi..sakit gigi memang rasa sengsara sangat..huhu~

diana said...

pi je klinik kerajaan...
sekarang ni klinik kerajaan doktor dan nurse nya lembut2 je...
tapi tu la..ramai tak suka pi sebab tunggu lama..
tapi orang tak tau tunggu lama tu sebab doktor melayan pesakit dia sampai pesakit tu puas hati,..
dia akan buat yang terbaik untuk kita sebab tu lama proses nya..klinik swasta ni nak cepat je..kalau cepat,untung poket pun cepat..heheh

Miss Yaty said...

@diana : dua-dua ada pro n cons nye kan kak. tapi kat hospital kerajaan pun saya ada pengalaman pahit gak kak. hoho.

rase nak anti klinik dah pas ni. ngeh3~

mohd helmy razali said...

Now sakit lagi x...sy tengah sakit nie gusi blakang nie...nak tau bpa lama yea...sedih nak makan pun sakit...

mohd helmy razali said...

Hie yaty now mcm mana sy tengah menahan sakit gusi blakang nie...lama x sakitnya sy bru je perasan mln smalamsakit sgt...

mohd helmy razali said...

Lama x sakitnya lepqs mkn ubat?

Miss Yaty said...

@mohd helmy razali : sorry helmi saya baru online..gusi saya sekarang dah tak sakit dah..pegi lah klinik mitak ubat tahan sakit..pil tu kita kena telan je..dalam 3 4 hari jugak baru gusi tu ilang bengkak nye... :)

Miss Yaty said...

@mohd helmy razali : tak lama pn..kalau awk dah mkn ubat shud be sekarang dah tak sakit kan?

Nefhan mutalib said...

saya nk tmbh gigi bongsu jgk ni. tramat la skit xleh nk telan air liur.

Biah Albert said...

Berapa lma gigi bongsu ttp bernanah?dah dkt 1thn gigi bongsu ttp mgeluarkn nanah :( busuk dan memalukan sya

Biah Albert said...

Berapa lma gigi bongsu ttp bernanah?dah dkt 1thn gigi bongsu ttp mgeluarkn nanah :( busuk dan memalukan sya