Friday, December 3, 2010

Kelebihan Mengamalkan Surah Al-Kautsar

Assalamualaikum dan salam sayang.


Surah Al-Kautsar adalah surah paling pendek dalam al-Quran kerana hanya mengandungi 3 ayat. Diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini di perbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.


Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih dari susu dan lebih wangi dari kasturi. Surah ini di sifatkan sebagai Surah oenghibur hati Nabi Muhammad S.A.W. kerana di turunkan ketika baginda bersedih di atas kematian 2 orang yang di kasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat/kelebihan yang terkandung di dalam Surah ini dan boleh kita amalkan:

      1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa. Mudah-mudahan Allah makbulkan doa kita.
      
      2) Jika kita kehausan dan tiada air. Bacalah surah ini dan gosok di leher. InsyaAllah 
           hilang dahaga.
      
      3) Jika sakit mata seperti berair, gatal dan bengkak, sapukan air mawar yang dah 
          dibacakan surah ini sebanyak 10 kali pada mata.

      4) Jika rumah di syaki terkena sihir, baca surah ini 10 kali mudah-mudahan Allah S.W.T. 
           bagi ilham pada kita mana letaknya sihir itu.


      5) Jika membacanya 1000 kali rezeki akan bertambah.


      6) Jika rajin baca, hati akan menjadi lembut dan khusyuk dalam solat.


      7) Jika orang teraniaya dan terpenjara bacalah sebanyak 71 kali, Allah akan memberikan 
           bantuan padanya kerana dia tidak bersalah tetapi di zalimi.


Mudah-mudahan Allah merahmati kita semua.




Sumber dari keratan majalah.





2 comments:

JuanYuan said...

wah..thanks 4 sharing this :))

Miss Yaty said...

@juan: welcome juan:)
selamat beramal :)