Wednesday, September 12, 2012

Perbezaan Cinta, Suka, Sayang dan Minat

Perbezaan Cinta, Suka, Sayang dan Minat : 

CINTA ialah merupakan cetusan perasaan atau emosi kepada sesuatu. Ianya perasaan cinta kita pada seseorang di mana kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, sebolehnya kita nak si dia tahu dan kita sedaya upaya tak nak melukai hati si dia yang tersayang walaupun kadang-kadang tanpa kita sedari kita dah melukai hati dan perasaannya. Kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya dan sanggup berkorban apa saja demi dia. Perasaan cinta yang tulus tidak akan mengharapkan apa-apa balasan dan sentiasa ingin jujur dalam hubungan. 



SUKA ialah perasaan sukakan seseorang. Apabila kita bersama dengan dia kita rasa hidup ceria je dengan gelak ketawa. Kita suka sebab sifat atau perangai si dia yang ceria dan happy-go-lucky. Tapi kalau kita tak berjumpa dengan dia dalam satu tempoh yang lama. Kita still rasa cool tanpa perasaan rindu atau gelisah hati. Kita juga berharap si dia sentiasa senang di sisi kita dan tidak menyusahkan dia.



Bezanya antara suka dan cinta. Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang. Tapi di hadapan orang yang kita suka, hati kita akan gembira. Di hadapan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja. Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum. 

SAYANG ialah perasaan sayang di mana kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah suka duka kita. Kebiasaannya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi pendengar setia kepada masalah kita. Yang sentiasa berada disisi kita seperti seorang kawan baik. 

MINAT ialah sesuatu yang ada pada seseorang seperti sifat, peribadi, aura atau lain-lain yang membuatkan kita minat pada dia dan untuk mendekatinya. Contoh macam kita minat artis lelaki seperti Yong Hwa dari CN Blue. Maybe kita minat pada rupa paras yang kacak dan cute atau suara yang merdu yang menyebabkan kita tertarik untuk mendekati dan mengenalinya dan juga kita sentiasa memuji-muji kebaikan, kecantikan atau kelebihan si dia pada orang lain. Tapi kita hanya sekadar minat pada kelebihan dia bukannya jatuh cinta, sayang atau suka. 

Walau bagaimanapun, dengan adanya perasaaan minat, suka dan sayang.. Maka akan lahirlah perasaan CINTA pada seseorang itu kerana semua perasaan minat, suka dan sayang itu pelengkap kepada perasaaan cinta. 


9 comments:

nursuriani said...

kdg2 ada org yang tak tau nak beza apa itu suka, syg dan cinta. terima kaseh awak share info neh.:)

Muaz Faris said...

cinta mmg fitrah manusia..

Miss Yaty said...

@sue pelik : sama-sama sue :)

Miss Yaty said...

@Muaz faris: betul tu. :)

Unknown said...

Ada jua orng yg xtw bezakn minat n cinta .. Payah3 ngn manusia gini bh

Unknown said...

I don't know macam mana nk kasi tahu tapi ada sorang lelaki ni dia kata dia minat dekat I tp dia tak suka I pn just minat. I pada mulanya tak kesah tapi perangai suka kacau buat sweet2 tu kadang I pun terfikir juga dia minat yang macam mana? Cara dia macam suka kat I tak faham actually sebab bila I post pasal member lelaki ke ape ke yang melibatkan I dan lelaki dia mesti cakap untunglah dah yg punya. Please sesiapa jawab apa sebenarnya yg dia nak sampaikan. Dia minat I tp cara dia tak buat dia just minat je hm

Anonymous said...

I am really surprised by the quality of your constant posts.You really are a genius, I feel blessed to be a regular reader of such a blog Thanks so much..Onlinekaj.com ���� fontcopyandpaste.net
হোয়াটসঅ্যাপ গ্রুপ
গ্রাফিক্স ডিজাইন
টিউবমেট অ্যাপস
? ওয়েবহোস্টিং কী
কিভাবে একটি ব্লগ তৈরি করবেন
ভিটমেট অ্যাপস

Anonymous said...

Situasi kita sama.. hehe

Anonymous said...

yeeaa i have the sme situasion tho dy siap ksi flykiss plk tu , tu mint ke suka pelik jugk kdng , plis reply klo ni kire mint ke suka eh ?