Friday, November 23, 2012

Resipi Rainbow Cake / Kek Pelangi Yang Sedap Dan Mudah

Assalamualaikum.

Jeng jeng jeng. Ni kali pertama Miss Yaty nak share resipi kan. Nak share Resipi Rainbow Cake/Kek Pelangi pulak tu. Miss Yaty hanya google dan copy paste aje sebab belum kesempatan nak mencuba. InsyaAllah ada masa nanti Miss Yaty nak cuba buat Rainbow Cake/Kek Pelangi ini. Kek kesukaan Miss Yaty sekarang. Hihi.


Thanks Incik Google

Resipi RAINBOW CAKE @ KEK PELANGI 

Bahan-bahan:

3 cawan tepung gandum 
4 sdk serbuk penaik 
1/2 sdk garam 1 cwn butter - mengikut suhu bilik 
2 cawan gula castor 
5 biji putih telur - mengikut suhu bilik 
2 sdk esen vanila 
1 1/2 cawan susu segar - mengikut suhu bilik 
Pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu dan hijau (warna mengikut citarasa masing-masing)


Cara-cara :

1. Sediakan loyang 8 inc - kalau boleh 3 loyang. Sapu loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan kertas pembakar (baking paper). Sapukan juga kertas pembakar dengan butter.

2. Panaskan oven pada suhu 170C.

3. Ayakkan tepung, serbuk penaik dan garam - ketepikan.

4. Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan gebu atau butter bertukar warna putih.

5. Masukkan telur putih sedikit demi sedikit dan pukul lagi sampai gebu dan ringan. 

6. Masukkan esen vanila.

7. Kemudian slowkan mixer pada kadar yang paling perlahan sekali, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar.

8. Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik. 

Peringatan PENTING!!! 

Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga. Maksudnya : Tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung.

Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan.

Peringatan PENTING!!!

Timbang setiap adunan supaya dia sama tebal bila dah siap di bakar.

Langkah seterusnya :



Thanks Incik Google

1. Letakkan pewarna dalam setiap bekas dan gaul rata. 

2. Masukkan dalam loyang.

3. Bakar adunan tadi satu persatu dalam oven pada suhu 170C letak pada rak bawah menggunakan api atas dan bawah dan bakar selama 15 - 20 minit atau sehingga kek benar-benar masak. 

4. Bila dah masak letak atas redai. Tunggu dia sejuk sekejap dan kemudian terbalikkan.

5. Kemudian bolehlah teruskan membakar pada adunan yang lain satu persatu hingga siap 6 lapisan.

Peringatan PENTING!!!

Jangan tindih2 kan kek bersama kerana kek mudah melekat dan nanti kek nampak comot dan tak cantik bila dia bertindih dan melekat antara satu sama lain. 

Untuk Cream Cheese Frosting 

Bahan :

250 g cream cheese 
120 g gula icing
120 g butter 

Cara-cara :

1. Pukul semua bahan dengan mixer sehingga ringan dan gebu. 

2. Sedia untuk digunakan. 

Cara - cara untuk melapis :


Thanks Incik Google


1. Mulakan dengan satu lapis kek mengikut warna kegemaran.

2. Sapu sedikit cream cheese diatasnya dan ratakan. 

3. Dengan menggunakan pengayak ayak serbuk coklat di atas lapisan cream cheese tadi. 

4. Letak lapisan kek yang berwarna lain pula diatasnya dan ulang step ini hingga habis. 

5. Setelah lapisan yang terakhir jangan ayakkan serbuk coklat sebaliknya buat lapisan cheam cheese agak tebal dan kemaskan kek dengan menyapu keseluruhan cream cheese tadi disekeliling kek. 

6. Hias mengikut kreativiti masing-masing.



Thanks Incik Google

Sumber : [Juwita Fariz]



[http://www.marthastewart.com/256688/rainbow-cake]
[http://fromintankitchen.blogspot.com/2011/12/checkered-rainbow-cake.html]

P/s : Ada banyak jenis Frosting mengikut kesukaan dan citarasa korang. Antaranya :
[Coklat Mousse Putih, Orange Cream Cheese Frosting, Fresh Cream Frosting, dll ]



2 comments:

Puteri Iqa Izyan said...

suke rainbow cake! sodapppp ^_^

Asmar Arafad said...

sedapnyer..

http://asmarpunyablog.blogspot.com/2013/04/tips-cara-mudah-untuk-menaikkan-traffic.html