Salam Sayang Semua. Korang terkejut tak bila baca tajuk entry Miss Yaty kali ni. Tolonglah terkejut ye. Hihi. Best sangat petang tadi sebab Miss Yaty dan Cik Tom pergi mini gathering di A&W di Pantai Batu Burok Terengganu.
Tetamu VVIP yang ada adalah Abang Ben Ashaari. Abang Ben jadi tetamu VVIP sebab bukan senang nak jumpa Abang Ben di Terengganu kan. Nasib baiklah isteri Abang Ben sporting habis. Memang patutlah Abang Ben selalu cakap isteri dia sporting. Memang Miss Yaty setuju sangat.
Miss Yaty minta maaflah sebab Miss Yaty dan Cik Tom antara yang hadir lambat tadi sampaikan tetamu VVIP pulak yang sampai dulukan. Hihi.
Papepun Miss Yaty memang gembira sangat sebab dapat kenal ramai blogger tadi. Kebanyakan blogger memang Miss Yaty belum kenal lagi. Lepas ni bolehlah nak kenal-kenal mereka.
Masa mula-mula join gathering ni Miss Yaty tak tengok Abang Ben dulu ye sebab Miss Yaty tertarik pada kamera dslr Encik Tolahah. Antara Phtografer hebat petang tadi. Nak buat macam mana dah lama idamkan dslr tapi tak dapat-dapat. Hihi.
Miss Yaty sempat jugak masukkan link dalam entry Abang Ben yang bertajuk @AnW , Pantai Batu Buruk - Terengganu. Terkejut lagi sebab dapat jumpa sahabat-sahabt blogger. Yelah kita kenal dalam blog je tuptup dapat jumpa di luar blog. Memang terkejut sangat.
Owh ye Abang Ben bagi 5 bintang untuk Mini Gathering kami ni di entry BEN ASHAARI di Terengganu ..
Miss Yaty nak ucapkan terima kasih pada Tok Esah sebab sudi bagi tahu pada Miss Yaty pasal mini gathering ni. Faham-faham je Miss Yaty tak blogwalking sangat 2 3 hari ni. Thank ye Tok yang baik hati.
![]() |
| Tetamu VVIP kami |
| Encik Tolahah |
| Blogger Perempuan yang hadir |
Ada banyak lagi gambar yang cun-cun dorang tangkap. Kalau korang nak tengok boleh klik Blog Norfa ni.
Antara blogger yang Hadir..
Tok Esah: http://taq6889.blogspot.com/
Iqbal Hakimi: http://iqbalhakimi.blogspot.com/
Hazim Ismail: http://azza1621.blogspot.com/
faizal harnis: http://lineputihlinehitam.blogspot.com/
Puteri Iqa: http://puterizyan.blogspot.com/
Abg Tolahah : http://tolahah.com/
Dean Dang : http://anaksalam.blogspot.com/
Miss Yaty: http://sophisticatedgirllife.blogspot.com
Cik Tom: http://www.ciktom.com
Aiydalela: http://www.baliklah.blogspot.com/
P/s: Kalau ada blogger yang takde dalam list..sila tinggalkan link anda di komen entry ni ye. Nanti Miss Yaty update balik.
P/s: Miss Yaty minta maaf sebab tak dapat terjah semua blogger yang hadir petang tadi malam ni. Sebab Miss Yaty dah mengantuk. InsyaAllah esok kalau di panjangkan umur Miss Yaty terjah blog korang ye.
P/s: Happy sangat sebab dapat tanya macam-macam dekat Abang Ben tadi. Memang puas hati sebab dapat tanya face to face macam tu. Err ada yang jeles tak ??
P/s: Minta Maaf ye Abang Ben sebab Miss Yaty banyak tanya tadi. =,="


