Saturday, November 27, 2010

Tips Sepanjang Zaman


Alhamdulillah. 

Allah masih memberi saya kesempatan kepada saya untuk share tips ini untuk korang. 
Tips ini di berikan oleh Dato Dr Fadzilah Kamsah. Credit to him.

1. Sebelum tidur seeloknya kita memaafkan semua orang tak kira siapa pun. Sesungguhnya Nabi pun memaafkan umat kan dan InsyaAllah, Allah akan melipat gandakan rezeki korang. :)

2. Sebelum tidur kita di galakkan berdoa. Ikutlah apa yang korang hendak doakan. Sesungguhnya orang yang tak berdoa itu adalah orang yang sombong. Sepanjang kita tidur tu otak akan memproses apa yang kita hajati dan InsyaAllah kita akan bersemangat untuk mencapai apa yang kita nak hajati pada esok hari.

3. Hendaklah memakan buah-buahan dahulu sebelum sarapan, makan tengah hari dan juga makan malam. Inikan memang dah di galakkan dalam Sunnah Rasulullah jadi kita akan dapat pahala jika mengamalkannya.

4. Jangan minum air semasa makan. Senang kata janganlah masa makan korang berselang seli dengan air. Seeloknya minum air selepas  15-30 minit. Ini juga salah satu tips untuk elakkan perut buncit. 

5. Semasa nak minum, tegukan pertama sahaja hendaklah di biarkan air dalam mulut lebih kurang 10 saat lepas tu baru korang telan. Tegukan kedua dan seterusnya, boleh minum terus. Air liur kita sebenarnya ada enzyme yang boleh membunuh kuman dalam pankreas, perut, dan organ lain dalam badan yang akan di bawa masuk semasa tegukan pertama.

6. Seeloknya makan malam sebelum maghrib. Ini pun Sunnah Rasulullah. Kalau sesiapa yang nak diet ini pun memang cara diet yang sihat.

7. Buang segala hasad dengki, dendam, benci dan perkara-perkara negatif dalam diri. Dengan cara ini korang dapat merehatkan otak korang tu dan menghindarkan diri dari penyakit cepat letih, wajah cepat tua, selalu sakit perut, sakit kepala dan banyak lagi.

8. Untuk dapat anak bijak, bolehlah ajar anak atau baby tidur mengiring ke kanan. Kita semua pun memang di galakkan tidur mengiring ke kanan sebab ini pun Sunnah Rasulullah. 

9. Amalkan perkara yang baik selama 21  plus plus hari secara berturut-turut. Ini boleh menjadikan perkara yang kita lakukan tu menjadi tabiat. Rasulullah SAW bersabda sesungguhnya amalan yang di amalkan sekitar 21-30 hari dan berterusan akan kekal menjadi tabiat dan kalau kita tak amalkan ilmu itu akan mati.

10. Ada 3 kategori manusia yang berjaya:

     MANUSIA BERJAYA: Hari ini lebih baik dari semalam.
     MANUSIA TERPEDAYA: Hari ini sama seperti semalam.
     MANUSIA CELAKA: Hari ini lebih teruk daripada semalam.







P/s: sama-samalah kita cuba mengamalkan amalan ini. (>.<) v

2 comments:

sarah-najwan said...

tq yaty...info ni baik sgt...bolehlah kita sama2 amalkan...:)

Miss Yaty said...

@kak sarah: welcome akak. Semoga kita dpt amalkan dalam kehidupan kita :)