Bestnya tengok keluarga yang pergi bercuti masa cuti sekolah. Teringin nak merasa pergi bercuti bersama keluarga tapi tak berkesampaian. insyaAllah suatu hari nanti nak bawak keluarga Miss Yaty pergi bercuti jugak.
Sekarang pelbagai jenis lokasi percutian yang ada. Pelbagai pakej yang menarik di tawarkan sampai kan keliru nak pilih yang mana satu kan. Antara lokasi yang sesuai untuk pergi bercuti ialah di pulau-pulau. Bestnya kalau pergi bercuti di pulau-pulau. Ramai pasangan yang baru lepas kahwin lebih suka pergi bercuti di pulau-pulau sebab kat kawasan ni suasana sangat tenang dan romantic. Antara pulau yang best adalah Pulau Redang, Pulau Perhentian, Pulau Tioman dan banyak lagi.
Pulau Redang (Credit : Link)
Selain tu, lokasi yang ramai keluarga dan pelajar-pelajar pergi bercuti adalah tempat bersejarah. Secara tak langsung boleh tahu serba sedikit pasal sejarah kan. Khazanah Negara kita masih banyak yang perlu kita tahu. Bila pergi bercuti di tempat bersejarah contohnya di Melaka memang terkenal dengan bandaraya bersejarah. Tapak sejarah yang dekat je tu memudahkan keluarga yang pergi bercuti untuk berjalan bersama ke setiap tapak bersejarah.
Kota A' Famosa (Credit : Link)
Taman tema juga salah satu lokasi percutian yang amat menarik. Pelbagai jenis taman tema dah di buka di Negara kita sekarang ni. Kita pilih je mana yang kita suka dan menarik hati. Taman tema ni memang sesuai untuk keluarga yang mempunyai anak. Bila pergi bercuti macam ni anak-anak korang mesti bergembira dan ceria je.
Taman Tema Air (Credit : Link)
Tempat peranginan tanah tinggi seperti Genting Highland dan Cameron Highland memang lokasi yang amat sesuai untuk pergi bercuti. Tempat peranginan yang sejuk ni memang menambahkan rasa damai dan ketenangan dalam diri. Bila bersama keluarga korang boleh menghayatikan suasana yang aman damai di sana.
Genting Highlands (Credit : Link)
Esok lusa dah nak buka sekolah pun kan. Hihi. Tapi takpe korang boleh rancang lokasi korang dari sekarang. Nanti dah musim cuti sekolah korang boleh terus je pergi bercuti bersama keluarga. Tak rugi untuk pergi bercuti sekali sekala. Secara tak langsung dapat mengeratkan silaturahim antara keluarga dan yang tersayang.
10 comments:
wah bestnye kalau leh cuti2 kan.. kalau miss nak g, jgn lupe ajak tok sekali yer.. ngeh3x
yaty, tak pernah lagi pergi pulau redang , ni yang nak cuba pergi ni... nampak cantik lah tempatnya..
kalo byk duet best la melancong~huhu
Jom Yaty kita p esok! LOL~ :P
http://shagcomot.blogspot.com/
sy suka melaka...
terlalu byk nostalgia kt situ.. huhu..
salam...
dalam negara pun banyak tempat2 yg menarik dan cantik kan?>
follow ur blog..
**313**nice number.
@tok: aah..memang best kalau dpt bercuti :)
haha..beres tok..kalau yaty nak pegi bercuti yaty roger tok ye..hihi ;p
@tok: aah..memang best kalau dpt bercuti :)
haha..beres tok..kalau yaty nak pegi bercuti yaty roger tok ye..hihi ;p
@ain: tmpt ni memang lawa dan best...tak rugi kalau pegi..hihi..
tpikan yaty sendiri pun belum pernah pegi pulau redang..hihi ;)
Saya nak pergi Pulau Redanglah...
Boleh tak Entri saya kawan ngan Entri Yaty nie..Hehehehehe
Tips sebelum melancong
Post a Comment