Sunday, January 9, 2011

Akta Kad Pengenalan Yang Perlu Tahu



PUTRAJAYA: Hanya mereka yang diberi kuasa secara bertulis saja dibenarkan memegang dan menyimpan kad pengenalan seseorang individu, sama ada untuk memasuki bangunan kediaman, syarikat, kementerian atau agensi kerajaan.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jainisah Mohd Noor berkata, tindakan itu diambil untuk melindungi maklumat peribadi dalam MyKad, sekali gus mengelakkan ada pihak mengambil kesempatan melakukan perkara tidak bertangggungjawab.

“Tak kira siapa, semua pihak tidak boleh menyimpan kad pengenalan orang lain, kecuali mendapat kuasa secara bertulis daripada Ketua Pengarah JPN.

“Ia bertujuan melindungi maklumat di dalam Mykad, apatah lagi ketika ini, banyak maklumat peribadi dalam kad pengenalan mungkin boleh disalahgunakan pihak tidak bertanggungjawab,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Jainisah berkata, mengikut Akta Pendaftaran Negara 1959 (Akta 79), di bawah Peraturan 8A, Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 78) adalah menjadi kesalahan kepada mana-mana pihak untuk memegang dan menyimpan kad pengenalan orang lain.

Beliau berkata, mengikut peraturan itu, pemilik bangunan atau pengawal keselamatan yang bertanggungjawab terhadap bangunan terbabit hanya berhak meneliti dan menyemak kad pengenalan.

“Selepas berpuas hati, mereka perlu mengembalikan semula kepada individu terbabit sebelum mengeluarkan pas atau permit sementara untuk berada di kawasan premis mereka.

“Mereka tidak boleh menyimpan jika tidak mempunyai surat kuasa secara bertulis,” katanya.

“Jika masih berdegil, mereka boleh dikenakan hukuman mengikut Peraturan 25 yang boleh dihukum penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” katanya.

Sehubungan itu, katanya JPN menasihatkan pemilik bangunan supaya mencari satu mekanisme baru untuk membenarkan pelawat memasuki premis mereka tanpa perlu meninggalkan kad pengenalan di kaunter pengawal keselamatan.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


P/s: Bila Miss Yaty kerja dekat bahagian CDS ni baru Miss Yaty tahu pasal Akta Kad Pengenalan ni jadi sila jangan ambil lewa. Ada macam-macam sindiket yang guna Kad Pengenalan kita untuk tujuan tak baik. Jadi Miss Yaty nak berpesan pada diri sendiri dan korang semua jagalah kad pengenalan korang baik-baik. Kalau buat salinan kad pengenalan silalah tulis kat atas kad korang tu untuk tujuan apa salinan tu di buat. 

p/s: Mencegah lebih baik dari megubati. Betul tak?

26 comments:

sarah-najwan said...

jagalah elok2 ic tu
akak mmg xpenah hilang ic..hehe

Aretikz said...

Weehuu ~ rupanya.. mcm tu.. wokey2.. pasni alert.. ahakz.. thanx 4 da info.. hehe..

Unknown said...

hurm2..nak kena tanye dulu le orang tu ader tak kebenaran dari jpn eh..

najihah sahami said...

err..mish salu je tertinggl ic ni..huhu

Padin said...

umm, perkongsian yang baik ni yaty, yelah ic ni memang sangat penting..

Unknown said...

oh baru tau..thanks for sharing

Puan Besar Shag Yahaya said...

Wow! Maknanya, pusat karok kat Alam tu mintak IC Shag tak payah kasi lah? Kena tanya dulu atas arahan JPN ke sapa. Haha. Okay! Thanks for the info Yaty! Lepas ni mmg tak kasi sesapa dah IC. Haip~

Solihin Zubir said...

aik.. tu awk simpan i/c mr bean xpe plak? x salah ke? heheh.. ;-p

Muhammad said...

haha..encik bean pun ada mykad..
haha..nice entry..

siti faridah harun (nama penuh tu) said...

salam kak yati !!, hehe

owh,, ok2,, kita kena jaga ic betul2,, hik3,, mr bean,, huhu!!

DeCrewz said...

Cik Yati.. Kenapa chip mudah rosak ye.. Jai da 3 kali tuker. Baru2 ni g maybank, xleh guna, xleh detect chip..

Miss Yaty said...

@sarah-najwan : baek kak sarah..yaty pun tak penah ilang ic lg..huhu~

Miss Yaty said...

@aReTikZ : welcome aretikz ;)

Miss Yaty said...

@JIJI YU : yup..hihi..tapi tak ramai org melayu alert pasal ni..

Miss Yaty said...

@najihah sahami : kalau tertinggal kat umah je takpe mish..cume kalau kena tahan polis memang kena tahan jadi pendatang tanpa izin la.hihi~

Miss Yaty said...

@padin: thanks padin. memang niat nak sharing benda penting ni..hihi

Miss Yaty said...

@ferry : welcome ferry..

Miss Yaty said...

@Shag: aah...sepatutnya memang takleh bagilah ic kite sebab wisokan keselamatan ic kita tu..huhu~

Miss Yaty said...

@Solihin Zubir : saya de kebenaran dr jpn nk pegang ic mr bean nih ;p

Miss Yaty said...

@Matika: mr bean baru dpt kelayakan jd penduduk malaysia..hihi~

Miss Yaty said...

@siti faridah harun (nama penuh tu) : bagus2..jadikan peringatan agar kita boleh elakan ic hilang..

Miss Yaty said...

@DeCrewz : mane de..tak sume chip ic cepat rosak..mungkin jai yg xpandai jage ic kot..hihi;p

Unknown said...

Apa ka kes yg disabitkan seandainya keluarga menyimpan ic saya
Salah ke dari sisi undang2 keluarga menyimpan harta benda saya,,
Keluarga saya perempuan menyimpan ic sorang lelaki

rizallangkawi said...

Ada kah kaunter daftar kerusi roda hospital sultan abdul halim sg petani mempunyai kuasa untuk meyimpan kad pengenalan penguna kerusi roda..minta pencerahan

Anonymous said...

Boleh mencatat no kad pengenalan seseorang bagi urusan pendaftaran homestay.

Alya Najibah said...

Kalo cm tu guard sekolah x de kuasalah nk ambik ic dan pgg ic kite kan
Bole bg tau tak nk buat aduan kt siapa? Sbb guard sekolah ni degil sikit kang dia kata kite memandai plk padahal mmg dh termaktub dlm undang2 pon