Showing posts with label HOPE. Show all posts
Showing posts with label HOPE. Show all posts

Thursday, January 27, 2011

Hadiah Hari Jadi Dari Sahabat Miss Yaty Yang Di Sayangi Selamanya

Salam sayang dari Miss Yaty. Korung ingat lagi tak entry Miss Yaty mengenai Sahabat Baik Miss Yaty Yang Di Sayangi Selamanya. Kalau korang dah tahu mesti korang nak tahu apa yang kawan baik Miss Yaty bagi kat Miss Yaty kan. 

Dila dan Tiqah bagi hadiah sebuah kotak yang de hamper Famous Amos. Terima kasih korang. Miss Yaty suka sangat-sangat. Memang tahu-tahu je Miss Yaty tengah teringin nak makan coklat.

Dila bungkus hadiah ni memang kemas sangat. Entah bape helailah surat khabar lama dia guna untuk bungkus kotak pastu hamper tu sebab taknak kasi mug dalam hamper tu pecah.

Alhamdulillah hamper ni memang sampai dengan selamat. Kat bawah ni antara gambar yang Miss Yaty ambil. Owh ye dalam mug tu de bear kecik  yang cumil. Lupa nak tangkap gambar yang tu. Memang cumil.

Dapat je hadiah tu Miss Yaty terus call tapi dorang dua-dua tak angkat call sebab ada hal. Malam sikit baru dapat contact dorang. 

Korang, Dila dan Tiqah. . . Lepas ni takyah susah beli hadiah untuk Miss Yaty lagi ye. Kesian korang sibuk kerja masih nak pos hadiah ni. Miss Yaty cuma harapkan korang takkan lupakan Miss Yaty dan tetap anggap Miss Yaty ni kawan baik korang pun dah cukup sayang. 

Thanks for being kind for me dear. You know you always make me cry because miss the moment with you all. How sweet to remember that moment.

Speaking sikit. Kalau salah jangan gelak ye. :)





gambar kad birthday miss yaty

gambar hadiah hamper birthday famous amos

gambar hadiah birthday perempuan

gambar kotak hadiah birthday

gambar hadiah birthday comel

gambar bukti pos ekspres hadiah
Motif? Tunjuk bukti ada orang pos hadiah ni. ;P




Dah tengok atas kan? Jom tengok bawah pulak.


Okay jom kita sama-sama membantu adik Hairuman, mangsa renjatan elektrik. 


Yang dah kerja mesti dah dapat gaji kan. Apa salahnya hulurkan sedikit bantuan pada adik Hairuman yang malang ni. Sesungguhnya Allah saja dapat membalas jasa korang semua yang sudi tolong.

Thursday, January 20, 2011

Keliru Membuat Pilihan Untuk Masa Depan Yang Lebih Baik

Miss Yaty keriangan hari ni sebab hari ini cuti. Siyez Miss Yaty rasa lapang dada ni sebab hari ni tak penat. Bila dah merasai suasana di alam pekerjaan walaupun sebenarnya Miss Yaty cuma praktikal sahaja tapi suasana dan perasaan tu akan timbul rasa kelainan.

Miss Yaty tak dapat nak terangkan apa perasaan itu. Tapi perasaan itu membuatkan Miss Yaty berpikir berkali-kali adakah Miss Yaty mampu untuk bekerja apabila habis degree akhir tahun ni?

Sebenarnya dalam perancangan awal Miss Yaty rasa dah malas nak sambung belajar bila habis degree ni. Miss Yaty ingat nak terus cari kerja. Tapi Miss Yaty dapat banyak tentangan dan banyak pendapat dari orang lain supaya Miss Yaty teruskan belajar samaada sambung Master ataupun ambil bidang profesional seperti ACCA.

Miss Yaty keliru. Memang banyak lagi masa untuk Miss Yaty pikirkan mengenai hal ni tapi Miss Yaty rasa hal ni bukan hal kecik ini merupakan masa depan Miss Yaty jadi Miss Yaty jadi keliru dengan perasaan sendiri.

Ada kawan yang tak sambung belajar kononnya nak sambung balik lepas dah kerja tapi bila dia dah kerja Miss Yaty tanya : "Kau taknak belajar dah ke? "  Dia jawab : " Nantilah dulu. Rasa macam malas dah je. Lagipun otak macam dah kosong je. Macam dah susah je ilmu nak masuk dalam otak ni. "

Itulah antara risiko kalau dah mula bekerja, bila dah merasa duit dalam poket terus jadi lupa untuk mencari ilmu bak pepatah mencari ilmu biarlah sampai ke negeri China. Tapi Miss Yaty tahu sesetengah orang je macam tu tapi Miss Yaty takut Miss Yaty jadi macam tu. 

Pernah dulu masa Diploma ada seorang pensyarah Miss Yaty yang mengajar akaun. Walaupun dah kahwin, dan dapat ramai anak beliau masih tabah mencari ilmu untuk bekalan hidup. Walaupun mempunyai banyak komitmen, result beliau sentiasa DL. Miss Yaty bangga sebab mempunyai pensyarah seperti beliau.

Miss Yaty berharap dapat menjadi seperti pensyarah Miss Yaty kelak. Tabah menghadapi kehidupan dan mengejar ilmu selagi mampu.

Miss Yaty harap Miss Yaty dapat buat keputusan yang terbaik untuk masa depan Miss Yaty kelak. Amiin.

gambar menceriakan suasana dan menghindari masalah
Wallpaper honeybunny Miss Yaty masa Diploma dulu.

Sunday, January 9, 2011

Akta Kad Pengenalan Yang Perlu Tahu



PUTRAJAYA: Hanya mereka yang diberi kuasa secara bertulis saja dibenarkan memegang dan menyimpan kad pengenalan seseorang individu, sama ada untuk memasuki bangunan kediaman, syarikat, kementerian atau agensi kerajaan.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jainisah Mohd Noor berkata, tindakan itu diambil untuk melindungi maklumat peribadi dalam MyKad, sekali gus mengelakkan ada pihak mengambil kesempatan melakukan perkara tidak bertangggungjawab.

“Tak kira siapa, semua pihak tidak boleh menyimpan kad pengenalan orang lain, kecuali mendapat kuasa secara bertulis daripada Ketua Pengarah JPN.

“Ia bertujuan melindungi maklumat di dalam Mykad, apatah lagi ketika ini, banyak maklumat peribadi dalam kad pengenalan mungkin boleh disalahgunakan pihak tidak bertanggungjawab,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Jainisah berkata, mengikut Akta Pendaftaran Negara 1959 (Akta 79), di bawah Peraturan 8A, Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 78) adalah menjadi kesalahan kepada mana-mana pihak untuk memegang dan menyimpan kad pengenalan orang lain.

Beliau berkata, mengikut peraturan itu, pemilik bangunan atau pengawal keselamatan yang bertanggungjawab terhadap bangunan terbabit hanya berhak meneliti dan menyemak kad pengenalan.

“Selepas berpuas hati, mereka perlu mengembalikan semula kepada individu terbabit sebelum mengeluarkan pas atau permit sementara untuk berada di kawasan premis mereka.

“Mereka tidak boleh menyimpan jika tidak mempunyai surat kuasa secara bertulis,” katanya.

“Jika masih berdegil, mereka boleh dikenakan hukuman mengikut Peraturan 25 yang boleh dihukum penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” katanya.

Sehubungan itu, katanya JPN menasihatkan pemilik bangunan supaya mencari satu mekanisme baru untuk membenarkan pelawat memasuki premis mereka tanpa perlu meninggalkan kad pengenalan di kaunter pengawal keselamatan.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


P/s: Bila Miss Yaty kerja dekat bahagian CDS ni baru Miss Yaty tahu pasal Akta Kad Pengenalan ni jadi sila jangan ambil lewa. Ada macam-macam sindiket yang guna Kad Pengenalan kita untuk tujuan tak baik. Jadi Miss Yaty nak berpesan pada diri sendiri dan korang semua jagalah kad pengenalan korang baik-baik. Kalau buat salinan kad pengenalan silalah tulis kat atas kad korang tu untuk tujuan apa salinan tu di buat. 

p/s: Mencegah lebih baik dari megubati. Betul tak?

Sunday, January 2, 2011

Blog Miss Yaty Di Review Sempena 2011

Assalamualaikum. Selamat tahun baru 2011. Semoga tahun baru ni membawa tuah pada korang semua dan semoga tahun baru ni lebih baik dari tahun sebelumnya. Miss Yaty rasa sedih bila terkenang ada azam yang belum terlaksana pada tahun lepas. Tapi kebanyakan azam yang Miss Yaty buat tahun lepas berjaya terlaksana alhamdulillah. Antara azam yang berjaya Miss Yaty laksanakan Miss Yaty ada share kat entry bertajuk Sekali Rasa Nak Lagi. Syukur Alhamdulillah.

Entry kali ni Miss Yaty nak share azam baru Miss Yaty iaitu semoga blog Miss Yaty boleh di terima oleh semua blogger. Miss Yaty sangat jelez bila tengok mereka yang berjaya di review oleh blogger-blogger hebat. Mereka memang layak sebab mereka berusaha. Miss Yaty bukan tak berusaha tapi belum ada rezeki contoh blogger yang sedang review blog sekarang blogger Aried dan blogger Cik Tom. 






dan



Miss Yaty ucapkan tahniah pada korang yang berjaya di review. Miss Yaty harapkan korang berjaya menjadi blogger hebat suatu hari nanti. Miss Yaty sendiri pun teringin dan berharap blog Miss Yaty di review. Tapi takde rezeki lagi. Hope suatu hari nanti ada yang sudi review blog Miss Yaty ni.

Cik Tom dah banyak kali promote blog Miss Yaty ni tapi masa tu memang Miss Yaty segan sikit sebab blog Miss Yaty masa tu kosong je. Sekarang Miss Yaty rasa tak kosong macam dulu dah. Harapan pada blog Miss Yaty bermula tahun 2011 ni Miss Yaty nak share tutorial jugak.

Miss Yaty harap azam Miss Yaty tahun 2011 ni berjaya di laksanakan. Amiin. Miss Yaty pun harap azam tahun baru korang terlaksana. Apa yang paling penting kita kena sentiasa berdoa dan berusaha. InsyaAllah semua harapan, doa dan azam akan terlaksana.



Saturday, January 1, 2011

Apa Azam Tahun 2011 Kena Tahu dan Perlu Tahu





Happy New Year pada semua bloggers tersayang terkasih. Lawa tak flash kat atas ni?
Mesti lawakan. Flash chanteq ni saya curik dari blog Ayeem Ayam yang femes tuu. Thanks ye Ayeem sebab bagi free. Hihi.


Berbalik tahun baru ni Miss Yaty nak ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2011 kat korang. Di harapkan tahun 2011 ni menjadi tahun yang lebih baik dari tahun sebelumnya pada kita semua. Sempena tahun baru ni Miss Yaty nak membahasakan diri Miss Yaty dalam setiap entry Miss Yaty. Untuk menunjukkan Miss Yaty lebih mesra dan dekat dengan korang. Apa azam Miss Yaty tahun ni??
Jeng Jeng Jeng. Nak tahu ke?


Banyak untuk di senaraikan tapi yang Miss Yaty perlukan dan harapkan dan doakan:


Semoga keluarga Miss Yaty di selamatkan di dunia dan di akhirat.
Semoga adik bongsu Miss Yaty cepat sembuh dari sakitnya tu.
Semoga kami adik beradik menjadi anak yang soleh dan solehah untuk mok dan pok.Semoga Miss Yaty berjaya mendapat Dean List lagi pada Semester 8 nanti.
Semoga berjaya grad Bachelor In Accountancy (Hons) pada akhir tahun 2011.
Semoga .. semoga .. Semoga ..Semoga blog Miss Yaty lebih di terima oleh semua 
            blogger pada tahun 2011 dan tahun seterusnya. Amiin.




Banyakkan. Ada lagi yang Miss Yaty tak disclose kat sini. Itu Private and Confidential youu.


Pada semua blogger yang kenal Miss Yaty.


Miss Yaty sayang korang ketat-ketat.
^_^

Wednesday, December 29, 2010

Miss Yaty Suka Shawl Crumple Two Tone

Wah! Sekarang kalau blogwalking je mesti tengok gambar pakai shawl. Lawa sangat. Teringin jugak nak mencuba pakai. Tapi malulah. Lagipun sebab pakai spek ni jadi terbatas sikit nak pakai shawl. Rasa muka sendiri macam badut je bila pakai shawl. Hihi.

Tapi kalau korang nak tahu saya ada 3 helai shawl dan 2 inner. Tapi semua tu duk simpan molek-molek dalam almari saya. Paling pantang tengok kat kedai kalau ada shawl yang cantik laju je tangan ni membelek shawl tu. Beli memang best sebab shawl murah-murah je sekarang.

Tapi confident tu belum ada untuk mencuba. Saya ingat nanti nak mencuba pakai shawl jugak. Inner yang di jual pun dah banyak yang tak melekat kat muka. Salah satu sebab saya makin nak mencuba. Saya baru tahu kawan saya ada jual shawl online. Kalau korang nak kenal blogshop yang baru berjinak-jinak dalam dunia business ni korang leh klik SayaSukaShawlsss.

Memang best dan tak sangka kawan saya yang pendiam plus pemalu tu berjaya membuat blogshop untuk pelbagai jenis shawl dan inner. Inner dan shawl yang dia jual semuanya murah-murah. Sempena akhir tahun ni dia ada bagi discount untuk setiap Crumple Tone Shawl, Inner Cotton dan New Updated Shawl. Tapi korang kena follow Saye Suke Shawl kat Facebook dulu ye. Klik SINI.





Ada lagi sempena akhir tahun ni jugak dia bagi FREE POSTAGE. 

FREE POSTAGE FOR CRUMPLE TONE SHAWLS..IF BELI CRUMPLE SHAWLS, ANDA JGA BOLEH ADD ON OTHER SHAWL WITH FREE POSTAGE...FOR DECEMBER ONLY..HURRY UP...


P/s: Apa tunggu lagi jom sama-sama serbu blog Saya Suka Shawl. 

Thursday, December 16, 2010

Play More Learn More



Jom Minum Milo. Pagi tadi dengar dalam radio Hot Fm Milo- LEARN MORE PLAY MORE sedang ada kempen menarik minat budak umur bawah 12 tahun untuk bersukan. 

Pendapat saya memang bagus adakan kempen macam ni sebab dengan cara tarik minat budak sekolah bawah umur 12 tahun leh elakkan dari budak-budak zaman sekarang bergaul dengan budak-budak bermasalah. Jarang budak sukan bermasalah sebab budak bersukan kena ikut peraturan kan. 

Jadi saya setuju sangat dengan kempen ni. Majulah Sukan Untuk Negara! :)


Terkejut baca paper Metro pagi tadi pasal video budak lelaki dalam lingkungan 11 atau 12 tahun dan budak perempuan dalam lingkungan 13 atau 14 tahun yang melakukan adegan panas. Lagi terkejut sebab mereka berkemungkinan adik beradik. Nauzubillah. Apakah yang terjadi di dunia akhir zaman ni.


Tepuk dada tanya iman masing-masing.

Wednesday, December 15, 2010

Jangan Stalker Saya Ye

Alhamdulillah. Rezeki mencurah-curah pulak bulan ni. Gembira sangat yelah baru je sharing entry happy kat SINI pas tu happy bertambah lagi bila tengok result. Tu lah rahsianya sekali rasa nak lagi. List azam baru banyak gila. Harap-harap list azam 2011 saya nanti saya dapat tunaikan. Amiin.

Balik praktikal semalam seperti biasa cepat-cepat online. Alahai intenet macam siput. Memang tension yang amat. Sikit-sikt dia loading. Kepala dah berasap tunggu satu-satu page loading. Page yang mula-mula saya buka dashboard dan nuffnanglah. Nuffnang memang wajib. Hihi. Tak sempat nak blogwalking pun sebab internet parah sangat.

Tengok entry sticky post terus teringat Blog Baru Pilihan Malaysia. Terus saya klik. Alahai ciput nya undi saya kalau nak banding dengan blogger lain. (Blog ko tak best padanlah). Tapi saya sangat hargai bloggers yang sudi undi saya. Saya sedang cari sape 20 orang yang undi saya tu. Thanks sangat-sangat.


Saya macam kena tukar cara promote blog saya kot. Gilalah dengki lagi. Takpe dengki saya untuk melakukan lebih baik ye. Nak promote guna Facebook alahai malulah i! Sogunlah. Tak ramai yang tahu saya ada blog. Kalau tahu pun just kawan yang ada blog jugak. Tapi tak tahulah kalau-kalau salah seorang stalker blog saya ni kawan sekelas saya jugak kan. Huhu. 

Saya tak halang sape-sape nak stalker blog saya ni Cuma jangan bawak mulut bukan-bukan dahlah. Saya rasa entry saya tak pernah lagi mengaibkan sesape.

Aiseh ayat macam berbaur ugutan. Haha.

Takdelah acah je tu. Padahal sapelah yang nak stalker blog saya yang pinky-pinky coklat ni. Heheh.


Saya ada berita gembira nak kongsi dengan korang. Tunggu next entry ye. 

Saturday, December 11, 2010

Sekali Rasa Nak Lagi!

Saya ingat lagi entry pertama pasal saya nak cek result masa semester pertama degree kat SINI. Memang masa buat entry ni hati memang serabut gila. Resah gelisah dan menyesal. Lepas je cek result, siyezly saya amat lemah semangat. Seumur hidup tak pernah capai record fail tapi pada semester tu saya dah burukkan mini transkrip saya bila ada repeat. Betapa sedihnya saya bila menaip entry kat SINI. Tapi setelah mendapat dorongan dan sokongan dari keluarga tercinta, kawan-kawan yang tak pernah putus memberi kata semangat dan juga insan tersayang saya terus membuat azam tahun baru (2010) di entry This is the time

Pada semester kedua saya makin bersemangat belajar. Belajar dan terus belajar. Bila tiba masa nak final saya post satu wish entry dedicated to all my friends kat SINI. Alhamdulillah masa semester kedua saya dapat buat yang lebih baik dari semester pertama. Tapi saya kena ambil intersesi sebab saya pernah repeat paper. Tapi saya hanya fikir ke arah positive. Masa saya buat intersesilah saya kembali berblogging setelah setahun main-main caakk dengan dunia maya ni. Entry semalam adalah sejarah..esok adalah accounting~ sebelum saya buat intersesi. Entry tu pasal semangat dan azam baru saya masa intersesi. Saya dapat buat yang terbaik untuk paper intersesi ni. Alhamdulillah. Bertambah lagi cgpa saya. 

Pada semester ketiga saya terus berusaha dan berusaha di samping doa dan tawakkal. Saya memang terlampau fokus pada semester ketiga sampai update blog pun jarang-jarang. Tapi ada jugak curi-curi update macam entry Iklan Aidilfitri 2010 timbul kontroversi dan Keseronokan Mengedar Pil Kuda.

Alhamdulillah Berakhirnya semester 2010 . Saya sangat gembira dan tenang menjawab final pada semester ni. Pagi tadi saya cek result Syukur Alhamdulillah, berkat DOA, USAHA dan TAWAKKAL, dan tak lupa dorongan dan bantuan dari keluarga, Mr. gugu dan jugak kawan-kawan terutamanya Lyn, Kak Naim dan Tqah, result saya semester ni makin naik walaupun tak lah sampai 4 flat tapi saya berjaya capai target utama saya, mendapat Anugerah Dekan.

Dulu masa Diploma dah pernah 'merasa sekali' tapi tak puas lagi, syukur Allah masih memberi saya peluang. :)

Pada bloggers yang lain jangan cepat putus asa bila result kita teruk yang penting kita terus berusaha, berdoa dan bertawakkal. 

"GAGAL SEKALI BUKAN BERMAKNA GAGAL SELAMANYA"

Saya berjaya membuat keluarga saya tersenyum lagi.




Nak siapkan WISHLIST untuk tahun 2011 selepas ni :)

Wednesday, November 24, 2010

Iklan nuffnang

Dah lama dah join blog ni dan pasang nuffnang tapi sampai sekarang tak pernah pun dapat cashout lagi. duit pun sikit je lam nuffnang. adoilah. mesti something wrong somewhere kan. so tadi saya godek2 lah blog cik tom dan terjumpalah tips Apa itu Buffered Earning dan tips untuk mendapatkan BE.


lepas baca semua tips tu saya dah tahulah apa kelemahan blog saya nih. memang kena kerja keras sikitlah kalau nak duit masyuk kan. banyak gak lah tips berguna kat blog cik tom ni. rasanya saya pun tak pernah buat tips. hihi.


owh ye pada kawan2 blogger nak tahu lebih banyak pasal tutorial blog ni jom lah tengok blog cik tom yea. [link]  


sekarang sedang perah otak cari idea nak perbanyakkan entry :)



Monday, November 22, 2010

wah! suka suki blog


date hari 22 NOVEMBER 2010, follower saya dah sampai seratus!
alhamdulillah :)

last entry pasal perasaan.
windukan kenangan school!
sampaikan terdetik kenapalah lambat sangat kenal blog nih.
sebab kalaulah saya tahu dan kenal blog nih.
mesti saya dapat simpan dan kongsi kenangan2 lalu.
hurm.
kenapa tak kongsi je sekarang?
hurm.
problem.
saya pelupa.
mudah lupa.
banyak makan semut kot.kikiki~
tak semua kenangan lalu saya still ingat.
problem kan.
harap2 kenangan sekarang tak lupa.
sebab saya ada blog untuk saya simpan semua memories saya.
:)


jom berbloging!