Wednesday, August 1, 2012

Kelebihan Membaca Surah An-Nas Dan Al-Falaq

Assalamualaikum dan salam sayang. 

 Miss Yaty mahu kongsikan kelebihan membaca Surah An-Nas dan Al-Falaq. Surah mudah yang sentiasa kita amalkan setiap hari. Contohnya sebelum kita tidur. Tak pun untuk di baca waktu solat. Al maklumlah surah pendek dan ringkas je kan. Tapi mesti tak ramai tahu kelebihan surah-surah ni. Meh la kita tambah ilmu pengetahuan tentang ayat lazim dalam Al-quran Kareem ni. 

Kelebihan Membaca Surah An-Nas dan Al-Falaq: 

1.Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali. 

2. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah baca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. 

3. Saidatina Siti Aisyah r.anha menerangkan : “Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. 

4. Saidina Ali r.a menerangkan : Pernah Rasulullah SAW digigit kala jengking, kemudian mengambil air garam, Dibacakan surah Al-Falaq dan surah An-Nas, lalu disapukan pada anggota yang digigit. 

5. Uqbah bin Amir menerangkan, Ketika saya sesat jalan dalam suatu perjalanan bersama dengan Rasulullah SAW, baginda membaca surah Al-Falaq dan Surah An-Nas, dan aku pun disuruh juga membacanya. 

6. Uqbah bin Amir menerangkan bahawa Rasulullah SAW berkata kepadaku : "Mahukah ku ajarkan kepadamu 2 buah surah yang tidak terdapat dalam Zabur,Taurat dan Injil?" 

"Saya menjawab :Baiklah ya Rasulullah" 
Kemudian Rasulullah SAW membaca surah Al-Falaq dan surah An-Nas.    

Sumber: MelurHasanah

3 comments:

Unknown said...

bace same2 nak..ahaha

Miss Yaty said...

@JIJI YU : boleh aje. hoho

Unknown said...

bagus untuk amalan (^__^) ilmu bermanfaat pahalanya hingga ke syurga~