Entry Terhangat Di Pasaran!!!

Saturday, August 25, 2012

Kenal Buah Nona Tak ? - Khasiat Buah Nona

Assalamualaikum. 

Korang kenal buah nona tak? Kalau kenal korang penah rasa tak? Miss Yaty memang kenal dan penah rasa buah ni. Isinya berwarna putih dan ada biji bewarna hitam. Rasanya sangat manis taw. Tak rugi untuk mencuba. Buah ni agak jarang di kenali mungkin sebab tak berapa di komersialkan kot. Cubalah cari kat mana-mana pasar jarang ada jual buah ni kan. Besenya kat kampung je ada tanam buah macam ni. Miss Yaty dapat rasa buah nona ni pun sebab dulu kat umah arwah tok sedara ada tanam buah ni. Bes. Setiap kali pegi umah arwah mesti selalu mitak buah ni. Pokok buah nona ni memang berbuah tak ikut musim sebab tu stiap kali Miss Yaty pegi umah arwah ada aje buah nona ni. Hihi.



Bentuk die memang unik dan rasanya memang best. Seperti buah-buahan yang lain buah nona ni ada juga khasiatnya yang tersendiri taw. Meh kita baca info ni sikit untuk tambah pengetahuan.

Nama lain untuk buah nona adalah Nona Serikaya
Nama sainsnya Annona squamosa.
Famili : Annonaceae.
Nama Latin : Annona reticulata
Nama Indonesia : Mulwo, Binoa, Manowa Kawasan
Asal : Secara semulajadi ia terdapat di Amerika Tengah dan Amerika Selatan seperti Indies Barat dan sekarang ditanam di seluruh tropika. 

Sifat pokok buah nona : 

Pokoknya kecil lebih kurang 4.5 meter hingga 6 meter dan bersifat separuh umur. Buahnya berbonggol dan mempunyai banyak biji dan boleh didapati di sepanjang tahun (tidak bermusim).

Cara pokok buah nona membiak : 

Ia dibiakkan dengan menggunakan biji benih. Buah Nona Serikaya ini juga boleh dibiak dengan cantuman tunas tetapi kualiti dan hasil buahnya kurang memuaskan. Nona Serikaya boleh dimakan begitu saja apabila masak.

Jenis - jenis buah nona :

Mempunyai kulit bewarna hijau atau merah. Selain itu, buah nona yang sering dibandingkan dengan buah epal juga mempunyai banyak bahan berkhasiat seperti protein, vitamin C, Kalsium dan Fosforus.

Ini bererti buah nona mengandungi bahan-bahan penting dalam menghasilkan sel darah merah(erytrocyte), membina tulang dan gigi yang kuat serta membantu pertumbuhan kanak-kanak. 

Boleh di gunakan sebagai perubatan :

Daunnya juga boleh dijadikan penawar bagi merawat bengkak nanah, merawat luka daripada dikerumuni lalat, penyakit cirit-birit dan radang usus(najis berdarah).


Buah Nona, sedap namanya dan mudah pula untuk menanamnya. Dengan hanya menaburkan bijinya dan sedikit pembajaan, anda akan mendapat hasilnya dalam tempoh tiga suku tahun. 

Fail:Custard Apple.jpg
Isi buah nona 


Sumber : Buah Nona

3 comments:

JebengOtai™ said...

tkut juga lama2 buah ni dilupakan terus..

ahsfantasy24 said...

kita tak pernah tengok dekat buah ni,
nak rasa, jauh sekali.. asyik tengok gambar je. huhu~

Puteri Iqa Izyan said...

ohhhhh. baru kenal. hiksss.

isi tu sekali tgk mcm durian belanda. huhu :P