Thursday, August 30, 2012

Di Sebalik Bendera Jalur Gemilang - Hari Kemerdekaan Malaysia ke - 55

Assalamualaikum.

Semangat 1 Malaysia 1 Merdeka
Fuhh perut sedang kekenyangan lepas makan-makan kat SDCC. Sekarang duk kat opis sambung buat keje. Ade ke keje masalahnye. Belum closing lagi so tak banyak keje sangat. Termenung layan perut je. Eh esok dah 31 Ogos lah. Korang dah kibarkan bendera? Arap-arap dah kibarlah ye. Ayah Miss Yaty memang tiap tahun  letak jalur gemilang depan umah. Nak tunjuk hormat dan semangat kemerdekaan. Bukan senang nak dapat merdeka dulu. Korang pun belajar sejarah kan ofkos tahu. 

Jom update balik apa maksud di sebalik Jalur gemilang : 

Lambang Jalur pada bendera menggambarkan satu laluan yang lurus, hala tuju yang sama dan arah yang sama yang dianuti oleh rakyat negara ini. 

Gemilang bermaksud bercahaya, terang benderang dan cemerlang. Oleh itu Jalur Gemilang melambangkan kecemerlangan negara dan rakyat Malaysia dalam mengharungi suasana kehidupan dengan penuh gigih, taat dan bersatu padu bagi menjaga nama dan menaikkan imej negara. 

Warna Merah pada jalur melambangkan kesanggupan, keberanian, kegagahan dan kegigihan rakyat menghadapi segala cabaran. 

Warna Putih melambangkan keluhuran dan keikhlasan, 

Warna Biru melambangkan perpaduan hidup yang rukun dan damai.

Warna Kuning melambangkan kesetiaan rakyat kepada Raja dan Negara.


Bendera Jalur Gemilang

Miss Yaty dah lama nak tahu sape pencipta bendera Jalur Gemilang ni. Akhirnya kesampaian jugak untuk tahu sape pereka bendera ni. 

Pereka Sebenar Bendera Jalur Gemilang

SEMASA hayatnya, Mohamed bin Hamzah merahsiakan beliaulah pencipta Jalur Gemilang, hingga ramai temannya sendiri tidak mengetahui perkara itu.

Hanya selepas kematiannya pada 1993, barulah adik beliau, Abu Bakar Hamzah (gambar), sekarang 73, mendedahkan secara terbuka perihal abangnya itu.

Jalur Gemilang menurutnya, mula dicipta pada 1947 apabila pemerintah masa itu mengadakan pertandingan mereka bendera Persekutuan Tanah Melayu.

Mohamed yang ketika itu berusia 29 tahun tidak mahu melepaskan peluang keemasan tersebut untuk menonjolkan bakat melukisnya.

Bekas kakitangan Jabatan Kerja Raya Johor itu memang berbakat dalam bidang seni lukis dan sanggup menghabiskan masa berjam-jam menyiapkan sesebuah lukisan.

“Saya masih ingat Allahyarham yang tamat persekolahan di English College (kini Maktab Sultan Abu Bakar) mengambil masa dua minggu mereka empat lakaran bendera untuk dihantar ke Kuala Lumpur.


“Dia tersenyum lebar ketika lakaran bendera diciptanya dipilih dan dipaparkan dalam akhbar-akhbar tempatan,” katanya.

Kini..JALUR Gemilang telah pun sampai ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) oleh angkasawan negara tahun lalu.


Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 19 Februari 1993, 14 hari sebelum genap usia 75 tahun di rumah keluarganya di Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru.

Allahyarham pernah meminta adiknya Abu Bakar untuk merahsiakan dirinya pencipta Jalur Gemilang dan biarlah masyarakat mengetahuinya sendiri.

Namun setelah meninggal dunia, banyak pihak tidak bertanggungjawab mengaku mencipta Jalur Gemilang membuatkannya tampil bercerita kisah sebenar meskipun memungkiri janji kepada abangnya.

Kini, perkara itu telah terungkai tetapi Abu Bakar masih memendam rasa kecewa berikutan Allahyarham masih belum menerima pengiktirafan sewajarnya.

“Jalur Gemilang sudah sampai ke angkasa lepas malah yang membawanya turut mendapat pengiktirafan tinggi tetapi pencipta bendera bagai dipinggirkan,” katanya.

Ditanya mengenai bangunan terakhir yang direka Allahyarham, Abu Bakar berkata, dia tidak mengingatinya kerana terlalu banyak yang direka bentuk oleh Allahyarham.

Antaranya bangunan Dewan Jubli Intan, Menara Johor. Bagi mengenang jasa abangnya, beliau dan saudara-mara mengadakan kenduri arwah setiap Ogos serta melawat pusaranya di Kebun Teh, Johor Bahru.

Allahyarham mendirikan rumah tangga empat kali dan terakhir bersama Robani Daud. Mereka dikurniakan seorang anak, Mariam serta empat anak angkat; Khadijah, Azizah, Mohd. Ali dan Mohd. Seth.

Bagi Abu Bakar, bendera itu melambangkan kedaulatan negara. Sebab itulah beliau sedih apabila Jalur Gemilang tidak dihormati.

Antara isu menyedihkan termasuklah ia dipasang terbalik, sudah lusuh atau koyak.
“Saya pernah memarahi individu yang sengaja mengibarkan bendera separuh tiang,” katanya.



Sumber : Link 

2 comments:

onlajer said...

ya merdaka tetap
agak2 kalau tahun 1947 dah ada photoshop berapa lama agaknya lakaran ini dapat dibuat

JebengOtai™ said...

ade juga yg beriya mengibarkan bendera asing di dataran merdeka..