Thursday, August 2, 2012

Pilihan Kerjaya Yang Ideal

Assalamualaikum dan salam sayang.

Alhamdulillah, hari ni kita masih lagi bernafas di bulan Ramadhan. Pada yang masih puasa tak puasa tu insaflah. Besar pahalanya berpuasa di bulan Ramadhan. Lagi besar pahalanya bila kita menambahkan amalan baik yang lain seperti bersedekah dan membaca al-Quran. Perkara yang sangat mudah dan memang kita sentiasa praktik kan dari dulu. Apa salahnya di bulan Ramadhan ni kita buat extra untuk mendapat extra pahala. Kan. Tak gitu?

 
Jom Pergi Bengkel Hijab Sunsilk

Okeh lah, Miss Yaty cakap-cakap gini bukannya nak tunjuk baik atau nak memandai. Just nak sharing dan pesan memesan dan juga peringatan pada diri sendiri agar jangan cakap tak serupa bikin. Lagipun sharing ilmu tu kan bagus. Lagi banyak kita sharing lagi bertambah pahala kita. Bertambah lagi pahala bila ilmu tu orang lain kongsikan pada orang lain pula. Miss Yaty ingat lagi pensyarah Audit Miss Yaty dulu selalu pesan macam tu kat kitorang. Betapa besarnya nikmat memberi ilmu pada sesama manusia. Sebab tulah agaknya pensyarah Miss Yaty memilih pendidikan sebagai kerjayanya.

Miss Yaty tak nak jadi pensyarah ke? Kadang-kadang penah terfikir yang Miss Yaty patut menjadi pensyarah atau cikgu kerana ada orang cakap muka Miss Yaty ni muka cam cikgu-cikgu je. Fuhlamak. Tu bukan sebab untuk Miss Yaty jadi cikgu lah. Antara sebab-sebab Miss Yaty teringin dan penah terfikir nak jadi cikgu adalah kerana pensyarah boleh balik on time. Hari minggu tak de kena datang office buat closing. Hari cuti am pensyarah dapat cuti macam biasa. Labor day tak kena kacau. Hari-hari biasa pun pensyarah boleh relax tu bagi senior pensyarah lah sebab dah expert dengan subject di ajar jadi memang relax dan cool je masuk kelas. Tu berdasarkan pemerhatian pensyarah Miss Yaty yang mengajar masa degree dulu.

Tetapi setelah di nilai dan di selidik dan di kaji, Miss Yaty rasa profesion tu macam tak sesuai dengan jiwa Miss Yaty yang selalu merepek ni. Kang tak memasal student jadi macam aku pulak! Tak betul ikut sesuka hati je. Hahaha. Miss Yaty paling suka bercakap dalam kelas. Kalau Miss Yaty jadi pensyarah macam tak kena je nak menegur student bercakap dalam kelas sebab dulu diri ini juga sebegitu. Kang habis satu kelas ignore apa yang Miss Yaty ajar sebab lebih suka layan blues memasing je. Satu lagi sebabnya Miss Yaty kuat mengantuk bila dalam kelas. Kiranya bila masuk kelas je tak kiralah bila lecturer dah duk depan mata pun kalau dah nak tersengguk memang tersengguk lah juga. Walau pun penah di 'sound' oleh pensyarah mata ini tetap tak kenal erti insaf. So pabila memikirkan sebab-sebab ni buat Miss Yaty tak layak untuk menjadi pensyarah dan secara tak langsung tak layak mendidik anak-anak bangsa sekarang. 

Tapi tu sumenya adalah alasan semata-mata. Miss Yaty sebenarnya memilih untuk mencari pengalaman di dalam bidang sekarang dulu supaya nati masa akan datang pabila dah bersedia menjadi pensyarah Miss Yaty boleh sharing pengalaman pada student Miss Yaty kelak. Niat tu memang ada tapi bila tu tak tahu lagi. Lagipun Miss Yaty baru masuk bulan ke-4 keja kat sini. Apa pun Miss Yaty harapkan korang tolong doakan Miss Yaty berjaya capai impian jangka masa panjang tu.. InsyaAllah.

Rasanya tak terlambat nak ucapkan tahniah pada kawan-kawan baik Miss Yaty kerana mereka sume sudah bekerjaya. Majoriti dari nya sudah menjadi pensyarah. Tahniah korang!!! Miss Yaty doakan korang sume di permudahkan dalam apa jua bidang yang korang ceburi sekarang. Semoga Allah memberkati pekerjaan kita sekarang. InsyaAllah. Amiin.

Ok take care. 

17 comments:

khairul akmal bin azman said...

kawan2 berjaya kita pun le berjaya..

Nurul Aini said...

Assalamualaikum, waaa..bestnya entry nie..suka baca..Miss Yatty cikgu ke? Saya pun, orang selalu cakap muka saya muka cikgu. Hehe, memang cita-cita saya nak jadi cikgu.

JebengOtai™ said...

penah juga minat nk jdik cikgu atau pensyarah..tp tkut diorg x faham lak saya ajar..hehe

khairul akmal bin azman said...

kadang2 kerjaya x blh memilih..

Cikgu Ma said...

insyallah...Allah dah tentukan rezeki kita
saya pun tengah tunggu posting...insyallah..
=)

puteri kasih said...

semoga terus berjaya di masa depan :)

Woofer Storm said...

jadilah seperti apa yang kita INGINI cik yati..moga bahgia sentiasa ye..amin3

salam ramdhan^^

JebengOtai™ said...

minat jdik cikgu..tp tkut anak murid x phm..huhu

Miss Yaty said...

@khairul akmal bin azman : ye betol tu..

Miss Yaty said...

@Nurul Aini : thanks sebab suka entry ni. owh yeke minat jadi cikgu ye..good luck taw..semoga tercapai cita-cita awk :)

Miss Yaty said...

@JebengOtai™ : belum cuba belum tahu kan ? :)

Miss Yaty said...

@khairul akmal bin azman : aah. kalau memilih sangat alamak nye memang susah lah dpt keje..

Miss Yaty said...

@Cikgu Ma : alhamdulillah. tahniah ye. semoga menjadi pendidik yang berjaya dan di hormati :)

Miss Yaty said...

@puteri kasih : thanks puteri kasih. semoga awk berjaya juga :)

Miss Yaty said...

@Woofer Storm : betul tu. tapi kadang2 apa yang kita INGINI tak sume boleh di kecapi. accept je mana rezeki kita dapat. tak gitu ?

salam ramadhan :)

Miss Yaty said...

@JebengOtai™ : konsepnye macam sama berblog. awk rasa sekarang readers paham tak apa yang awk kongsi dalam blog awk? kalau paham means awk dah jadi pendidik dah tu. :)

✽ ⓔ ⓔ ⓘ ⓨ ⓢ ⓢ ✽ said...

is xdak bakat nak jadi cikgu... dulu cita2 nak jadi cikgu, bila dah besaq, jadi len pulak (^___^)