Thursday, August 9, 2012

Penangan Nasi Kukus Ayam Berempah

Assalamualaikum. 

Minggu lepas macam-macam benda jadi. Memang dugaan dan cabaran di bulan yang mulia ni. Antaranya gigi geraham bongsu sakit. Memang sakit gile oh. Tapi lepas makan ubat gusi yang bengkak tu kembali ok dalam 3 hari gak la. Akhirnya dah boleh kembali senyum dengan seikhlas hati. Hohoho.
Hal gigi satu hal. Hal perot meragam pun satu hal. Ni lah angkara berbuka dengan juadah dari bazar Ramadhan teeet. Hari tu hari pertama berbuka kat umah sewa merangkap puasa yang ke-4. Almaklum le hari petama puasa Miss Yaty berbuka dengan keluarga. Seronok sangat-sangat. Macam dak kecik pun ade. Tapi bukan selalu dapat merasa nikmat bulan Ramadhan kan jadi masa nilah kita eratkan silaturahim dengan ahli keluarga. Memang tu antara sunnah bila masuk bulan Ramadhan. :)

Miss Yaty teringin sangat nak makan nasi kukus ayam berempah, ( macam pregnant pulak kan sampai teringin sangat. Hahaha. ) jadi Miss Yaty pun belilah nasi kukus ayam berempah kat bazar tu. Dah perasan si owner kedai tu macam kelam kabut je nak bungkus nasi kukus tu. Macam baru kali petama meniaga. Kalau dah lama meniaga takkan kelam kabut lagi kan, kan kan.

Di pendekkan citer ayam berempah yang Miss Yaty beli tu busuk. Geram sangat-sangat sebab kena tipu dan sangat kecewa sebab memang dah lama nak makan nasi kukus ayam berempah. Sob sob sob. Nak marah lebih-lebih kang kurang pahala.

Housemate Miss Yaty pun beli makanan yang sama so kitorang plan nak pegi lah tegur akak yang meniaga tu. Konon-konon berani menegak kan keadilanlah kira nya ni. Tapi tup-tup masing-masing terlupa tak tahu lah sebab terlupa atau tak berani. Huahuahua. 

Minggu lepas, Miss Yaty perasan gerai akak tu dah takde kat bazar tu. Kemungkinan kedai tu kena ban. Kepada akak tu anak beranak kalau nak meniaga biarlah lebih berhati-hati lagi-lagi nak meniaga makanan. Kasihanilah kami ni. Kami beli guna duit makanan tu bukannya main amik pas tu blah. Kalau buat gitu tak sampai sesaat dah kena pelangkung dah kan. 

Pada para peniaga sekalian janganlah mengejar keuntungan je masa bulan Ramadhan ni. Kuantiti memang dah kurang tapi sekurangnya pentingkanlah kualiti makanan korang tu ye. Jagalah kebersihan dan juga kesedapan makanan korang tu.

Angkara ayam berempah busuk tu seminggu Miss Yaty cirit. Adoih penangan makanan bazar betul. Jadi selim melim la Miss Yaty raya tahun ni.

Oh nasi kukus ayam berempah.

P/s: Teringin nak makan nasi kukus ayam berempah kat Dungun.


4 comments:

JebengOtai™ said...

mmg x pt la peniaga jual makanan yg kualitinya kureng..

Unknown said...

makan berbuka yang masak sendiri lagi puas rasanya kan.... (^___^)

Miss Yaty said...

jebeng otai : betul3...

Miss Yaty said...

is : aah memang betul pn..tapi balik keje tak sempat nak masak la..tambah pulak penat dah..weekend je biasenye memasak..hihi . :)