Saturday, December 22, 2012

Hidup

Assalamualaikum.

Dah lama tak post entry kan. Tak tahu nape blog kena block plak kat office. Ntah mana silap blog Miss Yaty kena blacklist. Hati mula cuak dan macam-macam fikir. Mungkinkah kantoi dengan bos sebab curik-curik buat entry dalam office? Sebab tu ke ek ? Hurm...

Bulan ni dah masuk bulan December. Bulan terakhir dalam kalendar. Maknanya 2012 mula la menutup tirai. Masa ni lah mula terfikir dan tertanya-tanya sama ada semua azam dan impian pada awal tahun tu tercapai ke tak. Korang pun mesti terfikir gak kan?

Banyak benda nak share kenangan 2012. Banyak story tak sempat nak share dalam blog ni. InsyaAllah tunggu next entry. Nak list kan apa kenangan terbest dalam tahun ni. InsyaAllah.

Alhamdulillah. Rasa sangat bersyukur kerana Allah masih memberi peluang tuk Miss Yaty bernafas di muka bumi ni dan masih ada mereka di saat Miss Yaty memerlukan. Terima kasih ya Allah.. 

Sekarang tengah dilema sama ada nak pegi majlis tunang Ana sayang pada esok hari atau tak. Plan A dah cancel. Yalah kita manusia hanya mampu merancang dan Allah sahaja yang menentukan apa yang terjadi. Sama ada nak guna Plan B atau Plan C. 

Plan B pegi Temerloh dengan bas. Kebaikan : Dapat jumpa ana dan kawan-kawan dan dapat tengok Ana tunang. Keburukan : Takut nak pegi sorang-sorang ke stesen bas dan takut menyusahkan kawan-kawan nak kena tunggu.

Plan C duk umah tak buat pape.  Kebaikan : Tak susahkan hati sesapa. . Keburukan : Tak dapat tengok Ana tunang, Tak dapat jumpa kawan-kawan, kecilkan hati Ana. . Maybe..


P/s: Miss Yaty nak ucapkan takziah pada officemate Miss Yaty kerana ayah dia baru meninggal hari jumaat minggu lepas. Tolong sedekah kan al - Fatihah pada arwah ye. Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang yang beriman. InsyaAllah. Amiin.

P/s: Dan takziah pada ahli keluarga Mr Gugu kerana atok Mr Gugu baru meninggal malam tadi. Malam 21 December 2012. Al - Fatihah. Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang yang beriman. InsyaAllah. Amiin.