Pok, ti tertinggal spek. Bisik aku slow dari seat belakang.
"Laa macam mane boleh tertinggal . Lainkali pakai terus spek tu jangan tanggalkan dah. " bebel ayah aku kerana kealpaan aku.
Minggu tu adalah minggu ketiga aku memakai spek. Sewaktu darjah 4. Usia yang terlalu muda untuk mendapat title rabun.
Rabunku bukan kerana aku ulat buku tapi kerana keasyikan menonton tv jarak dekat. Itulah puncanya yang menyebabkan aku mendapat gelaran gadis bermata empat sampai sekarang.
Ada juga kelebihannya kerana aku lebih di kenali antara rakan sebaya kerana aku antara murid pertama pakai spek.
Kalau mahu di hitung berapa biji spek sudah aku gunakan mungkin tidak terkira bilangannya kerana terlampau banyak.
Kesemuanya selamat menjadi sejarah.
Motif cerita nak tunjuk spek baruku. Huahuahua. Setelah dua tahun bersama, aku mencari pengganti baru untuk spek lamaku. Agak berat untuk melepaskannya kerana itu hasil titik peluhku sewaktu praktikal. Tapi di sebabkab kerabunanku yang melampau aku tamatkan perkhidmatan beliau. Rest in peace wahai spek lamaku.
1 comment:
awal juga tu darjah 4... saya pakai spaki masa darjah 6... :D
Post a Comment