Assalamualaikum.
Hari ni aku rajin nak story sikit hidup dekat Dungun ni. Memang lah bosan jugak sebab life sama aje. Pegi kelas balik kelas. Macam takde benda nak buat dah je kat Dungun ni. Tapi aku dan housmate aku tetap ada cara nak menceriakan diri kitorang ni.
Korang nak tahu tak apa cara kitorang hilang boring. Kitorang suka tengok movie atau drama. Biasanya guna laptop linda sebab laptop dia banyak citer. Kitorang lagi prefer tengok citer sama je. Antaranya, kitorang suka tengok cita Dunia Baru. Kalau ada yang tak tahu citer ape Dunia Baru tu meh aku citer. Kisah satu geng remaja remaja riang yang baru masuk universiti. Pelakon utama ramai tapi the main actress Elyana. Ye Elyana yang penyanyi lagu Tapak Sulaiman tu. Minah sempoi tu. Aku memang minat giler kat Elyana sebab dia kalau menyanyi best berlakon pun best. Dia memang sempoi.
Ok cukup puji Elyana. Banyak lagi pelakon dalam drama ni antaranya Almy Nadia, Anne Ngasri, Pierre Andre dan Wan Ellyas (Watak Tajul yang kedekut tu, haha). Kitorang memang suka sangat layan citer Dunia Baru ni sebab citer ni memang untuk remaja macam kitorang (remaja lagi okaih!) dan citer nye memang sempoi dan kelakar. Memang sesuai untuk release tension. Siyez kitorang dah ulang tengok citer ni dah banyak kali. Tak penah bosan. Dunia Baru the movie tak yah cakap la bape juta kali dah kitorang ulang tengok. Kikiki. Best woo. Lawak habih watak si Anne dan Almy Nadia.
Hari ni sebenarnya aku PMS. Aku ni setiap bulan kena PMS. Yolah dah aku ni perempuan kan apa yang pelik sangatnya pun kan. Huahuahua.
Life kat Dungun memang memenatkan. Penat cari kelas kot sebab kitorang selalu gak konpius kelas kat mana. Banyak sangat blok akademik dan nama blok pulak tak ikut turutan so jadi konpius la sikit. Sikit je kot. Sebab takde lagi kitorang sampai lambat sebab sesat. Beselah kitorang selalu pegi kelas awal. Aceceh baik betul student perempuan. Student laki cm ne pulak ? Huhuhu.
Eh esok aku ada quiz MGT la. Takleh story panjang dah. Awal awal dah start quiz memang mencabar minda betul. Tah apa aku study kat kelas pun aku tak sure. Hahaha.
Subjek BEL pun ada homework. Kena pikir tajuk nak present. Fuhyoo nak present tu. Okaih aku memang tengah kering idea. Otak tak leh pikir idea logik sume songsang je. Korang ada nak tolong aku pikirkan tak?
Ok lah aku nak tutup laptop dah. Nak study pulak jap lagi. Mitak mitak aku mudah nak study. Amiin.
OK bai!
No comments:
Post a Comment