Sunday, November 28, 2010

Kisah Cinta Mozilla, Chrome dan Opera

Dulu saya sayang sangat dekat incik Mozilla sebab dia best. Loading pun laju. Banyak function hebat. Tapi bila dah lama berkasih dengan dia mulalah dia buat perangai. Jadi saya pun malas nak layan dia dah lagi-lagi bila ada kawan promote incik baru kat saya. 






Sapa lagi kalau tak bukan incik Chrome. Incik Chrome ni baik sangat. Loading dia memang laju. Jaranglah kalau ada hang ni. Dia pun mesra pengguna. Tapi ada satu hari tu dia pun mula buat perangai tak senonoh. Ada ke patut dia tak bagi saya buka yahoo. Kalau ye pun jeles tak kan lah sampai nak loading yahoo je mesti tak dapat. Sampaikan saya tak boleh nak buka email saya. Semunya pasal awak incik Chrome. 





Terpaksa saya tebalkan muka menghadap incik Mozilla balik. Malu saya awak buat saya macam ni incik Chrome. Tapi incik Mozilla macam dah benci dekat saya sebab saya dah pernah tinggalkan dia. Tapi eh jap jap awak yang buat hal dulu ye incik Mozilla sebab tu saya pandang incik Chrome. Kenapa nak salahkan saya pulak. Incik Mozilla terus jugak buat hal sampaikan saya nak tengok email pun tersekat-sekat dan hang.  





Tak lama lepas tu saya tengok housemate saya berkawan dengan incik Opera saya terus tertarik. Saya pun teruslah download incik Opera. Saya berkawan dengan incik Opera tapi kadang-kadang benci gak kat incik Opera ni sebab dia suka kacau saya online. Incik Opera suka hang! Dahlah hang lama. 


Saya mula rindukan incik Chrome. Saya nekad nak download incik Chrome balik walaupun sebenarnya dah lebih 3 kali saya download incik Chrome dan setiap kali lepas guna je mesti dia buat hal balik. 


Sekarang saya berkawan dengan incik Chrome. Incik Chrome memang terbaik. Dia layan saya dengan baik. Eh dengan lebih baik. Tapi sejak semalam entah kenapa dia buat hal balik. Dia tak bagi saya post entry kat blog. Adakah incik Chrome jeles lagi? Saya pun tak tahu. 


 Tak kenal rapat dengan incik Explorer


So sekarang saya terpaksa berkawan dengan incik Opera balik kalau nak post entry dan guna incik Chrome untuk blogwalking dan comment. Kenapa tak guna incik Opera je teruskan. Masalahnya incik Opera suka buat hal. Hang je memanjang sampaikan kalau saya komen blog kawan-kawan saya mesti dia hang sampaikan saya kena tekan refresh banyak kali dan sampaikan kepala berasap macam bakar satay dalam umah. 




Okay sekarang saya dah tak tahu nak pilih sapa dalam hidup saya. Tolonglah saya. Saya nak online dengan mudah, senang dan lancar gitu. Tolong jangan buat hal lagi ye incik Chrome sebab bagi saya incik Chrome lagi best dari yang lain cume masalah dia ada sesetengah link dia jadi stuck. Saya kena uninstall awak balik ke incik Chrome? Ataupun saya ada buat salah lain kat awak?














Korang ada masalah macam ni tak?




9 comments:

~** PROFFY **~ said...

ada...
pakai la Mozilla yang latest... Mozilla 4.0 Beta!!

yang lama selalu hang..!

Chrome pun saya guna.. memang kadang ada masalah jgk..! Mozilla yang latest ni ok sikit..! jarang hang dan lebih laju..

Matika Love 131020 said...

chrome lgi laju sya rasa miss..

padin said...

chrome paling best, view lebih cantik.

Miss Yaty said...

proffy: thanks. nati yaty try download.

Miss Yaty said...

mamat: aah memang pun tapi bila nak post entry jadi stuck nak loading. hurm..

Miss Yaty said...

mamat: aah memang pun tapi bila nak post entry jadi stuck nak loading. hurm..

Miss Yaty said...

padin: yup..betul3..tapi chrome memang sokmo ada masalah macam ni ke?

Matika Love 131020 said...

miss....mlm ni sya msuk kn entry bru yew..sory di atas kesilapan...

Miss Yaty said...

mamat: dah pegi jenguk dah..hii..
kesilapan pe ek?