Tuesday, December 7, 2010

CONTEST CERPEN SESEDAP RASA






Jom join Contest cik Ain Zulaikha ni. Best dan menarik. Tapi pecah otak sikit sebab kena cari idea.hihi.

Jom tengok cara penyertaan dan sila alert : 


Hadiah pulak memang menarik. Sila tengok bawah :


Amacam menarik tak? Kalau ada sebarang solan yang tak paham klik je BANNER kat atas tu ataupun BANNER kat sidebar Koleksi Miss Yaty ye. 

Okay. Ini cerpen saya pertaruhkan. Sila baca sambil makan pop corn :)

________________________________________________________________




Ini kisah Budak cun namanya Ain Zulaikha. Ain Zulaikha ni budak baik. Dia suka tolong mak dia memasak. Lauk kegemaran dia mesti nasik dengan ayam goreng. Kalau ada air coke lagilah dia berselera. Mak dia hanya geleng kepala tengok anak dia makan sebab sampai tambah 3 pinggan. Tapi nasib baiklah dia makan banyak pun badan tetap maintain kurus je. Sampai ramai kawan dia jeles tengok body ala-ala model dia tu. Hobi dia yang paling best suka jalan-jalan dengan peneman terbaik dia iaitu si Bool yang comel merangkap kucing kesayangan dia. Kucing dia comel berwarna kelabu. Si Bool sangat manja dengan Ain Zulaikha. Pantang tak Nampak Ain Zulaikha je teruslah mengiaw tak henti-henti sampai mak dia kena masukkan kapas dalam telinga tiap kali Ain Zulaikha takde kat rumah.





Pada satu hari tu Ain Zulaikha macam biasalah akan bawak si Bool jejalan pusing taman. Si Bool happy sangat sampai tunjuk aksi manja pusing-pusing kaki Ain Zulaikha lepas tu pandang Ain Zulaikha sambil mengiaw. Ain Zulaikha teruslah gosok-gosok badan Bool. Suka sangatlah Bool. Lepas selesai aksi manja-manja tu teruslah mereka pergi ke taman. Tak jauh pun dari rumah Ain Zulaikha. Masa Ain Zulaikha dan Bool nak melintas jalan tetiba ada sebuah teksi yang di bbawa oleh seorang apek marah-marah kat Bool. Rupanya si Bool melintas jalan sampai teksi tu kena brek mengejut. Nyaris teksi tu nak melanggar si Bool. Ain Zulaikha capat-cepat dukung Bool dan minta maaf kat apek tu. Apek tu terus tak membebel dah lepas Ain Zulaikha minta maaf. Lepas apek tu pergi Ain Zulaikha terus berceramah kat si Bool. Dia membebel kat si Bool lainkali hati-hati kalau nak melintas jalan. Nasib baik apek tadi sempat brek kalau tak..



Lepas tu mereka meneruskan perjalanan ke taman. Si Bool gembira bermain dengan rama-rama. Ain Zulaikha senyum je. Di biarkan aje Si Bool main kat situ. Kat taman tu ada tasik dia pun pergilah kat situ. Tup tup tup. Ain Zulaikha ternampak senior idaman dia jejalan sorang-sorang kat situ. Ain  Zulaikha memang dah lama usha abang senior dia yang sangat hensem tu. Namanya Awal Ashaari. Nama macam artis tapi tu kebetulan semata-mata. Tetiba Awal Ashaari berjalan ke arah Ain Zulaikha. Mengeletar seluruh badan Ain Zulaikha sebab berdebar-debar. Bila je Awal Ashaari berdiri betul-betul depan Ain Zulaikha tetiba Awal Ashaari berbisik di telinga Ain Zulaikha.

“Awak pakai sandal lain-lain warna. "

Apa lagi terus Ain Zulaikha tengok sandal dia. Terkejut sangat Ain Zulaikha sebab dia tak perasan langsung pun dia dah tersilap pakai sandal lain-lain warna. Malu gila dia. Ain Zulaikha terus sengih-sengih macam kereng busuk dan menjawab.

“ Eh, taklah ni memang design baru."

“hahaha”

Tetiba Awal Ashaari tergelak besar.

“Lawaklah awak ni.hihi. Nama saya Awal Ashaari. Bla bla bla"

Bermulalah kenalan Ain Zulaikha dan Awal Ashaari pada saat itu. Suka sangatlah Ain Zulaikha. Tak kisahlah malu pun asalkan dapat kenal dan berborak dengan Awal Ashaari yang dah lama dia usha tu.




Dah genap 3 bulan Ain Zulaikha berkawan dengan Awal Ashaari. Mula-mula masa awal kenal Awal Ashaari baik sangat. Sopan sangat bila bercakap. Tapi sekarang semua tu takde dah. Rupanya itu tipu helah semata-mata. Awal Ashaari berkenalan dengan Ain Zulaikha sebab nak pergunakan Ain Zulaikha je. Kesian Ain Zulaikha. Awal Ashaari suka message Ain Zulaikha untuk mintak kredit je. Dah lah sekarang takde dah guna ayat sopan-sopan. Akhirnya Ain Zulaikha nekad tak nak berhubung dengan Awal Ashaari dah. Dia sangat sedih tapi sekarang dia mula sedar. Rupa paras bukan segalanya yang penting hati budi yang baik dan tulus ikhlas.




Moral Story : Jangan pentingkan paras rupa untuk kenal sesorang. Yang paling penting ialah HATI BUDI seseorang itu. Don't judge something by its cover.  





p/s: Cerita ini hanya rekaan semata-mata. Harap Ain Zulaikha tak marah yaty buat entry macam ni.

8 comments:

Ain Zulaikha said...

hehehe yaty nak buat cerpen macam mana pun takpe.. hehe ok2.. thanks ya join.. apa2 akan diberitahu :) goodluck ..

Tomato Gurl's Life said...

good luck!!!menang share hadiah ek..huhu...

Ciao Annin-sama said...

Hahaha! Interesting! Good luck ya :)

p/s: Yaty-chan, Ciao Annin-sama tag Yaty-chan untuk edit photo contest! Jom join! :D

Eyriqazz said...

good luck..

P/s : dijemput join my give away haven restaurant voucher worth RM100 di http://www.eyriqazz.com/2010/12/giveaway-haven-restaurant-cash-voucher.html

Matika Love said...

akak btul2 nk buat cerpen ke??

Miss Yaty said...

@AinZulaikha: thanks ye. harap2 yaty menang..hihi :)

Miss Yaty said...

@sis : thanks.doakan dpt menang..hihi :)

Ain Zulaikha said...

ADA UPDATE UNTUK CONTEST INI, SILA TINGGALKAN KOMEN

http://ainzulaikhas.blogspot.com/2010/12/update2-contest-cerpen-sr.html