Friday, December 24, 2010

Para Malaikat Doakan Jika Kita Amal Selalu

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

P/s: Sila baca sampai abis ye. Ni ilmu agama untuk kita sesama manusia tahu dan amalkan. :)

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, di kalangan malaikat akan mendoakannya: "Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikatNya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.."

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

5. Di kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al- Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."


P/s: Mudah je untuk kita sama mengamalkannya :)

6 comments:

ahsfantasy24 said...

indah kan hidup nei,
nak bhagia Allah dah sdiakan
byak bnda tuk mmuliakan kte..

tp kdg2 kte slalu lupa kan,
tganx dear tukperingatan nei ^^,

sugar2 kapas strawberry said...

amalkn la selalu.pasti hidup tenang :)

Miss Yaty said...

@ ahsfantasy24: welcome dear..setuju dengna pendpat awak tu...marilah kita sama2 mengingati diri masing2... :)

Miss Yaty said...

@sugar2: betul2..sama2 lah kita amalkan selalu :)

CIK TOM said...

nice sharing!

honeyvsbee said...

hurm bagus entry nih :)