Ramai perempuan dan tak kurang jugak lelaki takut nampak tua sebelum usia kan?
Jom tengok tips elakkan wajah cepat tua :
1. Sebolehnya elakkan daripada mencuci muka terlalu kerap dan secara kasar kerana ia boleh menghilangkan kelembapan kulit muka kita.
2. Jangan merokok kerana ini salah satu cara mempercepatkan kedutan pada wajah. Seorang perokok akan lebih cepat muncul kedutan di bahagian hujung mata berbanding dari orang yang tak merokok.
3. Jika korang tergolong antara individu yang serius, cubalah untuk sering tersenyum pada orang sekeliling. Menurut penelitian, kedutan pada muka akan cepat terjadi pada individu yang suka berwajah masam ataupun serius.
4. Hendaklah sentiasa menambahkan nutrisi dalam badan kerana kalau badan kita kurang nutrisi wajah kita akan mudah berkedut. Kedutan pada wajah memang tiada ubatnya, tapi korang boleh mencegahnya dengan mengamalkan pengambilan makanan yang seimbang.
5. Korang kena elakkan dari terkena pancaran matahari secara terus terkena wajah dengan memakai cermin mata hitam. Dengan cara ini dapat melambatkan kedutan pada sekeliling mata kita.
Sumber: Majalah Remaja
2 comments:
wah
thanx info!
eheee..xmo nmpk tua..
kne ikuti tips2 ne
thanks ^__^
Post a Comment