Sunday, January 16, 2011

Contest Cintai Alam Sekitar | Contest



Miss Yaty telah di jemput oleh Ammar Yasir untuk join contest dia. Contest dia ni memang menarik jugak sebab contest mencintai alam sekitar. Bagus untuk jadikan peringatan pada kita semua.

Memang zaman sekarang orang dah tak hiraukan alam sekitar. Banyak pencemaran yang dah berlaku. Contohnya pencemaran air, udara, sampah dan bunyi. Banyak lagi pencemaran yang berlaku kat negara kita yang kita semua telah abaikan.

Berbalik pada contest, salah satu syarat contest ni ialah kena kongsikan pendapat kita langkah-langkah mencegah pencemaran alam sekitar. Sebelum kita nak tahu langkah-langkah mencegah korang kena tahu dulu punca terjadinya pencemaran alam sekitar.

Punca-punca Pencemaran alam sekitar [LINK] :

1. Pencemaran ini dikaitkan dengan larutan pelbagai bahan kimia toksik dan bahan buangan.

2. Punca utama pencemaran air ialah bahan buangan domestik. Bahan-bahan buangan domestik yang terdiri daripada sampah sarap dan bahan kumbahan dibuang sewenang wenangnya ke dalam sungai.

3. Kilang-kilang juga dianggap sebagai punca pencemaran air yang utama.

Langkah-langkah mengatasi Pencemaran Alam Sekitar [LINK] :

1. Kerajaan perlu mengkaji setiap permohonan sebelum mendirikan kilang dengan lebih teratur dan teliti.

2. Memastikan tiada penerbangan hutan di lakukan secara terbuka ataupun tertutup tanpa sebab yang munasabah.

3. Kaedah-kaedah alternatif pengawalan serangga seperti pertanian organik dan pertanian dalam rumah kaca patut diperluaskan untuk mengelakkan dari menggunakan racun serangga yang boleh menyebabkan barah dan kerosakan buah pinggang.


gambar alam sekitar
Gambar alam sekitar yang indah damai.

gambar hutan rimba yang masih segar
Hutan adalah untuk di simpan bukan untuk di gondolkan. Peace!

gambar hutan keluarga yang damai
Ya Allah, Kau sejukkanlah bumiMu ini kembali Ya Allah,

4 comments:

AMMAR YASIR said...

Terima kasih sebab join... Semoga berjaya

Miza Yusof said...

good luck yaty :)

Cik Shag said...

Good Luck Yaty! Hehe. Shag terlepas pandang kontes ni. Tu lambat mai doakan Yaty menang :P

Belakang rumah Shag ada 1 pokok besar. Tak nampak dah rumah Shag. Haha. Sejuk je rumah :D

Tok Esah said...

gud luck miss yaty!!!