Baru je semalam Miss Yaty dapat berita gembira dari Sahabat Baik Miss Yaty Yang Di Sayangi Selamanya. Hari ni Miss Yaty dapat berita sedih. Tomok Bagaikan Bidadari Pada Miss Yaty bakal mendirikan rumah tangga awal bulan Julai tahun ini.
Berita ni amat menyedihkan Miss Yaty sebab Miss Yaty minat sangat kat Tomok. Tapi takpelah Miss Yaty doakan yang terbaik untuk Tomok dan bakal isteri beliau nanti. Semoga jodoh mereka berkekalan selamanya.
Miss Yaty memang suka sangat pada Tomok selepas beliau kembali ke dunia nyanyian secara solo dengan menyertai One in A Million (OIAM). Masa Shah Indrawan Ismail ataupun Tomok bergerak secara kumpulan dulu Miss Yaty kurang minat pada beliau.
Sebab muka dia jambu sangat masa tu. Kalau tak silap Miss Yaty, kumpulan New Boyz meletup masa Miss Yaty tingkatan 3. Dah lama sangat dah tu. Walaupun rasanya kenangan zaman sekolah masih terimbau.
Tomok khabarnya bakal berkahwin dengan seorang pramugari di salah sebuah syarikat penerbangan tempatan. Mesti cunlah ni. Dah keje pramugari mestilah cun kan? Agak-agak macam Scha Al-Yahya dalam Awan Dania tak ye?
Miss Yaty pun tak tahu. Tak jumpa lagi gambar Tomok dan bakal isteri dia tu dalam internet. Memang Tomok berjaga-jaga dari sebarang kontroversi yang boleh merosakkan nama beliau. Salah satu sebab Miss Yaty lagi suka kat Tomok ni. Beliau sekarang makin matang dalam dunia nyanyian.
Owh Tomok! Tergugat Miss Yaty bila Tomok menjeling (: |
Tomok yang Macho. Suka suka suka! |
Tomok Juara One In A Million |
P/s : Sedih jugak Tomok tak menang pape masa Anugerah Juara Lagu ke 25 hari tu. Tapi takpe Tomok tetap juara di hati Miss Yaty.
P/s : Errr. Mr Gugu, awak jangan marah taw. Awak tetap yang pertama :)
28 comments:
spe la ppuan yg bertuah tu ek? huhuu
mr gugu yg pertama.. tomok yg utama... cam slogan najib hihi
Haha.. Kawan saya cakap.. masa Ajl, biarpun lagu dia rancak, rambut ganas, kalau Tomok, memang Tomok jugalah.. ahakz.. jgn marah.. hehe..
dah tengok dia nyer makwe tu.. hehe.. serius comel... =)
nak kawin dah ker?? +.+
I hate tomok..kah3. Jgn mare ye miss taty..
akak minat tomok??
sama la kita..tapi masa mamat kecik dulu laa..he3
eh, dah nak kawin ke ? tahniah :)
ermm...kalau macam tu yaty beli la domain ciktomok..sebab akak yaty ciktom..ok tak
ehh..jap..jap..nak amik telur baling kat gambar tomok..larii..
bile tengok tomok,teringat tym ML tingkatan 2 dulu,tomok datang dekat skolah ML.ML pun gi beratur amek sign tomok.siap amek gamba.omaigod...cam xpecaye.kekekke..
hehehe..dulu tersangat la tak suker,sebab terlalu leleh,tapi skrang ni boleh la,sebab lagu dier besh gak
hensem ke die?hahaa
my classmate kat uitm ade sorang muka cam Tomok.. sebijik gilerr !!
@yuny khoo: aah kan..tak tawlah sape yang bertuah tu...hihi ;)
@nufa: hihi...semangat patriotik sampai termasuk dalam entry...hihi :)
aretiks: hihii...tak kesah pun..kita punya pendapat dan citarasa masing2...
tak semua suka apa yang kita suka dan tak semua tak suka apa yang kita tak suka :)
just think positif :)
@amni: tengok kat mane? miss yaty tak jumpa pun gambat awek tomok..huhu
@shaheila malik: aah...tulah yang miss yaty terbaca dalam paper..hihi ;)
@decrewz: tak pe tak kesah..tu pendapat masing2..pape pun bagi miss yaty tomok memang sweet >,<
@mamat: sekarang mamat dah besar ke?? :P
@miza yusof: rancangan je baru..tomok tak confirmkan lagi...huhu ;)
miss yaty macam jadik PA tomok plak..hihi ;P
@ferry: gud idea..haha...
eh sampai hati baling telur kat tomok..huk3
tak baik taw...tak suka takpe simpan lam hati jew..huhu :)
@ML: waaaaaa...jeleznye....tapi zaman sekolah tomok tak encem dan sweet macam sekarang.. tak jadilah jelez..hihi ;P
@kak diana : takdelah tegar sangat tapi minat lah jugak..hihi ;)
@ijatnuar87: samalah kita..hihi...lagu2 dia sekarang bolehlah tahan dari zaman dulu..hihi ;)
@telor: hensem3..*sambil angguk2 kepala ni* :P
@nurul nazira: betul ke?? tolong sampaikan salam miss yaty boleh tak?hihi :P
hehe..soalan untuk akak...mr gugu tak jealous ke akak suka tomok??he3..grau je.
Post a Comment