Thursday, January 20, 2011

Keliru Membuat Pilihan Untuk Masa Depan Yang Lebih Baik

Miss Yaty keriangan hari ni sebab hari ini cuti. Siyez Miss Yaty rasa lapang dada ni sebab hari ni tak penat. Bila dah merasai suasana di alam pekerjaan walaupun sebenarnya Miss Yaty cuma praktikal sahaja tapi suasana dan perasaan tu akan timbul rasa kelainan.

Miss Yaty tak dapat nak terangkan apa perasaan itu. Tapi perasaan itu membuatkan Miss Yaty berpikir berkali-kali adakah Miss Yaty mampu untuk bekerja apabila habis degree akhir tahun ni?

Sebenarnya dalam perancangan awal Miss Yaty rasa dah malas nak sambung belajar bila habis degree ni. Miss Yaty ingat nak terus cari kerja. Tapi Miss Yaty dapat banyak tentangan dan banyak pendapat dari orang lain supaya Miss Yaty teruskan belajar samaada sambung Master ataupun ambil bidang profesional seperti ACCA.

Miss Yaty keliru. Memang banyak lagi masa untuk Miss Yaty pikirkan mengenai hal ni tapi Miss Yaty rasa hal ni bukan hal kecik ini merupakan masa depan Miss Yaty jadi Miss Yaty jadi keliru dengan perasaan sendiri.

Ada kawan yang tak sambung belajar kononnya nak sambung balik lepas dah kerja tapi bila dia dah kerja Miss Yaty tanya : "Kau taknak belajar dah ke? "  Dia jawab : " Nantilah dulu. Rasa macam malas dah je. Lagipun otak macam dah kosong je. Macam dah susah je ilmu nak masuk dalam otak ni. "

Itulah antara risiko kalau dah mula bekerja, bila dah merasa duit dalam poket terus jadi lupa untuk mencari ilmu bak pepatah mencari ilmu biarlah sampai ke negeri China. Tapi Miss Yaty tahu sesetengah orang je macam tu tapi Miss Yaty takut Miss Yaty jadi macam tu. 

Pernah dulu masa Diploma ada seorang pensyarah Miss Yaty yang mengajar akaun. Walaupun dah kahwin, dan dapat ramai anak beliau masih tabah mencari ilmu untuk bekalan hidup. Walaupun mempunyai banyak komitmen, result beliau sentiasa DL. Miss Yaty bangga sebab mempunyai pensyarah seperti beliau.

Miss Yaty berharap dapat menjadi seperti pensyarah Miss Yaty kelak. Tabah menghadapi kehidupan dan mengejar ilmu selagi mampu.

Miss Yaty harap Miss Yaty dapat buat keputusan yang terbaik untuk masa depan Miss Yaty kelak. Amiin.

gambar menceriakan suasana dan menghindari masalah
Wallpaper honeybunny Miss Yaty masa Diploma dulu.

16 comments:

sarah-najwan said...

bagi akak..
yaty masih muda
belum berkahwin
(xtau la kot nk kawin pahni..hehe)
otak masih fresh
(lainlah mcm akak yg sedikit tua ni..hehe)

sambung study itu
apply kat obc yer..ehheeee

iwan_dextrous said...

insyallah keputusan yg miss yaty buat adalah yg terbaek..amin......

Wan Gerrard said...

good luck in the future..banyak cara untuk berjaya dlm hidup ^_^

Puteri Iqa Izyan said...

nak tukar panggil sis yaty lah..
hee

amek akaun dlu kat uitm dgun eyk?
rasenye cik tom yang gtau :D

ijatnuar87 said...

smbung pom keputusan terbaik,maner tau dapat biasiswa ker kan...kalu nak keje,kena pastikan tempat keja tu bagi smbung atau tak pulak...

Solihin Zubir said...

pompuan kalau blajar tinggi2 pon, ke ceruk dapur jugak nnt..
tp tu org dlu2.. hhehe..
dunia skrg dh lain..
tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad.. =)

Unknown said...

Selalunya kalau dah kerja, keinginan bljar tu dah bkurang..

Hairun Azmi said...

Its your choice...

Ibu di penjara kerana main Facebook

Mr. Swift said...

Hyee! Singgah sini lepak-lepak jap tadi dan ohh polo anda!
Heyy btw lawa blog and happy blogging! Peace! :)

Psst! : Baby Comel The Bob Marley Type!
Psst! : Bloggis Comel Buat Perkara Tak Patut Jangan Tiru!
Psst! : Lelaki Bersuara Emas Jadi MrBean!

Sophie Al-Yahya said...

sebenarnya sophie pun ade masalah yg sama. tak tahu bile akan sambung blajar. taktahu nak kawin dulu sebelum masuk blajar ke camane.sbb org kata lepas kawin susah kalu nak blajar.huhuhuhuhuhu..

Puan Besar Shag Yahaya said...

Shag berkemungkinan besar tak nak amik ACCA. Terus amik master! Kiki :D

Moga Yaty dapat petunjuk mana yg lebih baik utk masam depan Yaty! ;)

Bee said...

tahniah yaty nak sambung stud lagi..

Mohd Hazwan said...

buat solat istikharah

Aretikz said...

4 me.. sekarang zaman cari kerja.. kalau sambung belajar, selagi ada kekuatan untuk belajar, pasti ada.. cuma cabaran memang ada.. hehe.. kena kental hati Yaty, insyaAllah, smua baik2 saja.. macam hazwan cakap, solat istikharah k.. hehe..

apdm said...

salam

selagi mahu dan mampu, teruskanlah....

dua-dua ada jalannya masing-masing,

ingatlah bahawa, apa yang telah ditentukan oleh kita itu adalah yang terbaik :D

Muhammad said...

10 tahun lagi,akak tengok mamat dah jadi chef..hehe
Amin...