Monday, January 3, 2011

Misbun Sidek Letak Jawatan, Lee Chong Wei Terhutang Budi

Gambar Datuk Misbun Sidek dan Datuk Lee Chong Wei. Akrabkan dorang?

Datuk Misbun Sidek jurulatih perseorangan badminton  negara telah meletak jawatan secara mengejut dari Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Ramai yang terkejut dengan keputusan drastik dari Datuk Misbun. Keputusan yang di buat oleh Datuk Misbun Sidek memberi kesan yang amat besar dalam sukan badminton kerana Datuk Misbun dah banyak berjasa dalam industri badminton bertahun lamanya.

" Pemain Badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei meluahkan hasratnya agar jurulatih kebangsaan, Datuk Misbun Sidek yang meletakkan jawatan secara mengejut dapat kembali kepada pasukan sebelum Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia berlangsung pertengahan bulan ini " - Petikan Sinar Harian.

" Chong Wei yang juga juara Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England tahun ini mengakui hal ini sedikit sebanyak mengganggu konsentrasinya memandangkan kejohanan tersebut tinggal beberapa hari sahaj lagi. Namun, pemain nombor satu ini meluahkan yang dia tetap menyokong semua tindakan atau keputusan yang di ambil oleh Misbun. " - Petikan Sinar Harian.

Korang tengoklah salah satu kesan yang terjadi apabila Datuk Misbun Sidek menyerahkan surat meletakkan jawatan dari BAM menyebabkan Datuk Lee Chong Wei hilang semangat. Datuk Misbun Sidek ni lah yang banyak memberi tunjuk ajar sehinggalah Datuk Lee Chong Wei menjadi Juara Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England. Datuk Lee Chong Wei merasa sangat terhutang budi di atas segala tunjuk ajar dari jurulatih kesayangan beliau itu.

Di harapkan pihak Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dapat menyelesaikan masalah ini secepat mungkin. Sama-samalah kita melaungkan slogan Majulah Sukan Untuk Negara. 

13 comments:

DeCrewz said...

Betul2.. Semangat Dato' Lee bergntung pada jurulatihnya.. Kalu jurulatih kluar, anak buah confirm ikut..

p/s : cemana nak g training esok nih jurulatih da xde..wahaha

JuanYuan said...

majulah sukan untuk negara :))

aReTikZ said...

kalau masih muda.. mungkin Chong Wei tak seberpa terkesan dengan perkara ini.. sebab muda masih boleh diasah pelajaran lain.. tapi tahap chong wei sudah hampir zaman persaraan.. semestinya dia terpaksa bertahan corak latihan sama supaya kosentrasi tidak tergangu.. itu pada mentaliti dia la.. hehe..

HAZWAN17 said...

macam-macam la BAM
tak bayar gaji ke ape

cik-terompah said...

bia betul? adoi.. abis la..

Miecyber said...

Selain Dato Lee Chong Wei, ramai pemain lagi yang berjaya di bawah asuhan dia...


Tips sebelum melancong

Shag said...

Alaa. Chong Wei ni macam manja2 lah pulak. Kiki. Tak puas hati dgn Chong Wei sbb tak suka dia :P

http://shagcomot.blogspot.com/

aNnE said...

moga ada pengganti yang lebih baik :)

Ellen said...

setia betul Datuk Lee tu ngan jurulatih dia...nilah buktinya orang nak kenang budi.Apapun harap2 ianya tidak akan menganggu prestasi Datuk Lee tu..

Solihin Zubir said...

betul...
chong wei pernah kena tukar jurulatih dlu.. lpas tukar, trus down..
bila dia tukar ke misbun balik, trus tingkat mendadak..

ASaDa RyutaRo said...

macam2 hal kan.. dah bagus dah badminton malaysia sekarang ni. takut jugak sebab masalah dalaman BAM, sukan badminton malaysia jatuh macam kejatuhan bola sepak malaysia satu masa dulu.

CIK TOM said...

semoga apa je keputusan tue terbaik utk team malaysia..

Matika said...

habis laa BAM..terkena tamparan hebat jika datok lee chong wei mengikut jejak datok misbun..