Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts

Wednesday, January 5, 2011

Jasa Khairul Fahmi Di Balas Sebuah Rumah



Mesti korang kenal penjaga gol pasukan bola sepak Negara kita Khairul Fahmi? Kalau korang perasan sekarang ni bila korang terjah blog-blog mesti keluar isu Khairul Fahmi dan blog awek Khairul Fahmi. Bukan tu je dalam surat khabar dan radio memang ramai masih menyebut nama Khairul Fahmi. Betapa aura Khariul Fahmi terus melonjak selepas pasukan bola sepak Negara kita menjuarai Kejohanan Piala AFF Suzuki pada minggu lepas.


Sejujurnya Miss Yaty memang tak minat bola tapi Miss Yaty tetap sokong skuad Harimau Malaya ni. Ikutlah kalau korang cakap Miss Yaty cakap siang je. Sebab Miss Yaty taip entry ni waktu malam. Okay melalut jap. Sebenarnya Miss Yaty kenal Khairul Fahmi je dalam skuad Harimau Malaya ni. Kesian pulak pemain pasukan bola sepak Negara yang lain. Ke mana menghilang nama pemain bola Negara yang lain? Khairul Fahmi sorang je ahli pasukan skuad Harimau Malaya? Itu masih Miss Yaty tertanya-tanya.

Berbalik isu jasa Khairul Fahmi ni kalau korang perasan dalam surat khabar Sinar Harian ada mengeluarkan berita mengenai Khairul Fahmi bakal mendapat sebuah rumah dari kerajaan Kelantan bagi mengenang jasa dan pengorbanan penjaga gol itu. Miss Yaty memang suka baca surat khabar Sinar Harian. Sila jangan perlekehkan Sinar Harian.

Kejayaan skuad Harimau Malaya dalam Kejohanan  Piala AFF Suzuki ni mengakhiri penantian Malaysia untuk bergelar juara buat pertama kali sejak 14 tahun lalu. Bagi menghargai jasa Khairul Fahmi Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengumumkan sendiri pemberian rumah untuk keluarga Khairul Fahmi.

 “ Lokasi dan nilai rumah tersebut belum di tentukan. Bila kita dapat hadiah dalam juara bola sepak, kita dapat medal. Hadiah medal ini orang berebut satu dunia. Berapa nilai hadiah ini sebenarnya tidak penting. “ Petikan Sinar Harian.

Itu adalah kenyataan Datuk Nik Aziz mengenai lokasi dan nilai rumah yang bakal di hadiahkan pada Khairul Fahmi sekeluarga. Bukan itu saja Datuk Nik Aziz juga ada memberi nasihat pada Khairul Fahmi agar mengharungi cabaran yang mendatang setelah bergelar wira bola sepak Negara. Miss Yaty pun berharap Khairul Fahmi tetap menjadi seorang yang low profile seperti yang Miss Yaty baca dalam entry sesetengah blog mengenai Khairul Fahmi.  Almaklumlah tak kenal dan tak tahu sangat apa dan siapa pemain bola sepak Negara ni.


Miss Yaty mengucapkan TAHNIAH pada skuad Harimau Malaya yang tak pernah putus asa mengharumkan nama Negara yang akhirnya Berjaya merangkul Juara Kejohanan Piala AFF Suzuki.


Monday, January 3, 2011

Misbun Sidek Letak Jawatan, Lee Chong Wei Terhutang Budi

Gambar Datuk Misbun Sidek dan Datuk Lee Chong Wei. Akrabkan dorang?

Datuk Misbun Sidek jurulatih perseorangan badminton  negara telah meletak jawatan secara mengejut dari Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Ramai yang terkejut dengan keputusan drastik dari Datuk Misbun. Keputusan yang di buat oleh Datuk Misbun Sidek memberi kesan yang amat besar dalam sukan badminton kerana Datuk Misbun dah banyak berjasa dalam industri badminton bertahun lamanya.

" Pemain Badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei meluahkan hasratnya agar jurulatih kebangsaan, Datuk Misbun Sidek yang meletakkan jawatan secara mengejut dapat kembali kepada pasukan sebelum Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia berlangsung pertengahan bulan ini " - Petikan Sinar Harian.

" Chong Wei yang juga juara Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England tahun ini mengakui hal ini sedikit sebanyak mengganggu konsentrasinya memandangkan kejohanan tersebut tinggal beberapa hari sahaj lagi. Namun, pemain nombor satu ini meluahkan yang dia tetap menyokong semua tindakan atau keputusan yang di ambil oleh Misbun. " - Petikan Sinar Harian.

Korang tengoklah salah satu kesan yang terjadi apabila Datuk Misbun Sidek menyerahkan surat meletakkan jawatan dari BAM menyebabkan Datuk Lee Chong Wei hilang semangat. Datuk Misbun Sidek ni lah yang banyak memberi tunjuk ajar sehinggalah Datuk Lee Chong Wei menjadi Juara Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England. Datuk Lee Chong Wei merasa sangat terhutang budi di atas segala tunjuk ajar dari jurulatih kesayangan beliau itu.

Di harapkan pihak Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dapat menyelesaikan masalah ini secepat mungkin. Sama-samalah kita melaungkan slogan Majulah Sukan Untuk Negara.