Monday, January 10, 2011

Tips Sebelum Melangkah Ke Alam Pekerjaan


1. Matlamat, hasrat dan visi syarikat.
Kita hendaklah tahu matlamat, hasrat dan visi syarikat yang bakal kita kerja. Ini adalah memudahkan segala urusan kerja kita kelak di syarikat berkenaan. Jangan ambil mudah perkara ini kerana sebagai pekerja mengetahui history syarikat adalah penting.
2. Sikap yang matang.
Hendaklah berperangai matang. Jangan menunjukkan perangai kebudak-budakan di pejabat. Jika tidak faham jangan malu untuk bertanya. Ingat Malu bertanya anda mungkin sesat jalan.
3. Pergaulan sesame rakan sekerja.
Kita hendaklah pandai berinteraksi dengan orang lain. Kita juga hendaklah menjaga tingkah laku dan pertuturan agar apa yang kita lakukan itu tak menyinggung perasaan rakan sekerja kita kelak. Kita hendaklah sentiasa bersedia untuk berkawan.
4. Suasana di tempat kerja.
Kita juga hendaklah pandai menerima keadaan tempat kerja. Kita tak tahu keadaan dan suasana di tempat kerja kita kelak mungkin di sana suasana yang bising ataupun suasana yang sunyi sepi. Walau apa pun keadaan tempat kerja kita kelak kita hendaklah menerimanya dengan baik.
5. Terima kerja sebagai ibadah.
Yang paling penting ialah terima pekerjaan sebagai satu ibadah. Seperti yang kita maklum melakukan pekerjaan adalah satu ibadah pada kita semua. Jangan mudah merungut jika kita menghadapi masalah kelak.


P/s: Semoga info ni berguna untuk kita semua.

18 comments:

Hairun Azmi said...

Very good info..thanks Sis

Jepun Vs Melayu

Puan Besar Shag Yahaya said...

Hehe. Dulu Shag praktikal main hentam je pergi office. Tak selidik pun company tu punya background. Haha :P

Entri terbaru Shag : Ana Rafali tak patut menang AJL25

JuanYuan said...

thanks akak :)

Ain Zulaikha said...

agree tak lupa juga utk ngorat bos nanti.. heheheh gurau2..

nice :)

Mohd Hazwan said...

bila la nak masuk alam pekerjaan ni..
semak dah otak study lama-lama hehe

DeCrewz said...

Huh.. Kingtakan senang dialam pekerjaan, rupanya ssh jgak..he3.. Terpulang pada individu itu sendiri menyesuaikan dengan keadaan.. Tapi percyalah, alam belajar lebih enak dong dari alam pekerjaan...

si para para said...

5'jangan di lupa..
tonggak 12 perlu di amalkan..hehe

Ana syaiza - chan said...

wahhh...!!! tips yg bgus tuh..but..stu je yg ssh sket nk wat iaitu bersikap matang..hehe :))

fiezah91 said...

sangat berguna.. haha.. kalau kerja memang kena tahu semua tu

Ati Masrif said...

bila buat kerja dengan ikhlas
banyak faedah yg akan kita dpt nanti

Kalamhati said...

yup betul tu..itu yg mesti ada dlm setipa diri kita sebagai pekerja..

tq yat sbb ingatkan benda2 gini..mmg kadang kita lupa kt mana kita patut letak diri kita dlm organisasi kan?

-telOrDibAsuh- said...

yaty..bekerje lebih penat dari stady hehehee

Puan Besar Shag Yahaya said...

Drop by nak bagi tahu Yaty :

Shag ada cabar YATY utk satu kontes ;)

Admin said...

lmbatnya nk abeh blajar..
huk3~

muhammad iqbal hakimi bin tahir said...

hehe..iqbal lambat lagi la =p

hehe..mana ada kuat ngorat,nakal yg kuat ngorat.. =D

Unknown said...

muahha..betol2..yaty dah keje ke..

Raz said...

thanks for the info!

Unknown said...

Amat terkesan dengan point no 5. Itulah yang sebaiknya, ramai yang tidak endah dalam melakukan kerja dan menjadikan kerja bukan dari satu ibadah:D

Cara nak mencari Kerja