Monday, January 10, 2011

Keputusan Anugerah Juara Lagu 25 | Pemenang AJL 25 | Pemenang Kategori Lagu AJL 25

pemenang anugerah juara lagu ke 25


Anugerah Juara Lagu ke 25 kali ni memang meletup. Semua finalis Anugerah Juara Lagu 25 kali ni memang memberi saingan sengit kerana semua lagu best dan vokal mantap. Miss Yaty nak share keputusan pemenang juara lagu, persembahan terbaik dan vokal terbaik pada AJL 25 malam ini. Pujian kepada pengacara Ally Iskandar, Cheryl Samad dan Faizal Ismail kerana sekali lagi menunjukkan keserasian dengan kolobrasi mereka bertiga yang berjaya menceriakan suasana Stadium Putra Bukit Jalil. Senarai

Pemenang juara lagu dalam AJL 25 ialah Ana Raffali dengan lagu nyanyian Tolong Ingatkan Aku. Tahniah Miss Yaty ucapkan kepada Ana Raffali kerana berjaya menjulang Trofi Anugerah Juara Lagu ke 25. Hadiah bagi Juara AJL ialah RM35,000 berserta trofi.

Naib juara AJL 25 mendapat hadiah RM15,000 beserta trofi kemenangan dimenangi oleh Meet Uncle Hussein feat Black Drama King. Komposer bagi lagu ini ialah Taja manakala lirik oleh Tun Teja.

Pemenang ke 3 ialah lagu Noktah Cinta nyanyian Hafiz. Komposer Ajai dan lirik oleh Sheikh Qalam. Hafiz memang wang tunai RM10,000 berserta trofi.

Pemenang bagi kategori persembahan terbaik ialah Faizal Tahir semasa menyanyikan lagu Hanyut. Persembahan lagu Hanyut dari Faizal Tahir memang terbaik. membawa pulang hadiah RM10,000 beserta trofi.

Pemenang bagi kategori vokal terbaik ialah Hafiz melalui lagu Noktah Cinta. Hadiah bagi katogeri ini yang dimenangi oleh Hafiz ialah RM10,000 berserta trofi.

Kebanyakan lagu yang tersenarai memang lagu kegemaran Miss Yaty seperti Shahir | Peminat misteriku mungkinkah justin bieber atau mungkin shahir af8 , Faizal Tahir | Aku Punya Kamu MR GUGU! , Hafiz | Noktah Cinta Hafiz , Tomok | Tomok Bagaikan Bidadari Padaku dan Noh Hujan | Percintaan Penyanyi Noh Hujan Yang Macho dan Mizz Nina Yang Cunz". Tahniah kepada semua pemenang. Anda semua telah memberikan yang terbaik :)

6 comments:

iwan_dextrous said...

hihihi...kan dh kata ana raffali mng..

lupa lagi satu..MU pun mng..hhiihihih


Dextrous cyber life

Matika said...

tahniah pada yg menang..
huhu..laju betul akak buat entry...

Tok Esah said...

salam miss!! hehehe tahniah buat para pemenang dan tahniah juga buat miss yaty kerna berjaya menjadi johan!! ehhe Giveaway tok esah.. sila email apa2 yg patut ye, kat blog tok esah ada segalanya..

JuanYuan said...

agak tak puas hati dengan keputusan tu..haha

Ain Zulaikha said...

untungkan ana sebab dia artis baru pastu terus menang ajl..

Shag said...

Yaty~ Amboi siap tinggal pesanan tu melalui Cik Tom. Kiki. Busy praktikal ye? Tak apa. Buat kerja baik baik. Markah tu! Bila free jangan lupa buat entri. Shag nak baca :P

TAKE CARE, Sweetie! :D