Miss Yaty dapat kejutan hari ni. Siyezly kejutan ni buat Miss Yaty tangkap leleh. Miss Yaty memang tak dapat tahan sebak bila Miss Yaty dapat bungkusan dari NurFadhilah dan Nur Atiqah sahabat baik Miss Yaty.
Pada tanggal 21st December 2010 Miss Yaty ada buat entry Happy Birthday Sayangku Atiqah. Betapa bertuahnya Miss Yaty sebab ada kawan seperti Tiqah dan Dila. Mereka berdua memang sangat memahami Miss Yaty sampaikan Miss Yaty tak sanggup berpisah dengan mereka masa akhir semester untuk Diploma di jengka dulu.
Miss Yaty tak sempat nak buat entry untuk birthday Dila pada 5th December 2010 sebab masa tu Miss Yaty agak kelam kabut sebab baru masuk praktikal dah kena pergi Semniar dan Bengkel anjuran syarikat Miss Yaty bekerja. Kalau korang tak tahu korang boleh baca entry bertajuk Pengalaman Praktikal [ Hari Pertama ] dan Pengalaman Praktikal Siri 2.
Miss Yaty masih terkejut dengan kejutan ni sebab padahal Birthday Miss Yaty pada 19th October 2010. Dah lepas pun tapi mereka masih ingat untuk memberi hadiah pada Miss Yaty.
Sebak plak bila teringat kenangan manis kami dulu. Miss Yaty dan Dila dulu sokmo gaduh tapi gaduh-gaduh manja je dan Tiqah la yang menjadi pendamai keadaan. Salah satu yang Miss Yaty rindukan ialah kami suka belajar sama-sama di library apabila menjelang peperiksaan akhir semester.
Miss Yaty memang tak boleh nak tahan air mata bila tahu nak buat cerita sebak ni. Dah bertakung air mata ni. Kalau korang tahu korang leh baca entry ni Tribute to mereka. Entry ni dari Tiqah. Dia jugak seorang blogger. Blog beliau macam blog Miss Yaty jugak lebih menjurus personal dan luahan hati.
Miss Yaty memang akan sebak bila baca entry Tribute to mereka dan Selamat hari lahir sayang. Tiqah kalau buat entry macam ni memang buat Miss Yaty tangkap leleh.
Miss Yaty nak ucapkan Terima Kasih sahabatku sebab korang masih ingat Miss Yaty walaupun kita makin susah nak jumpa dan berhubung. Miss Yaty sayang korang sangat-sangat.
Miss Yaty sentiasa terkenang kenangan terindah kita bersama. Kat bawah ni antara gambar kenangan Miss Yaty dengan Tiqah dan Dila. Gambar hadiah tak dapat nak ambil lagi sebab Miss Yaty takde kamera. Bese guna kamera Cik Tom. Tapi handphone Cik Tom pulak rosak.
Tiqah dan Dila |
Miss Yaty dan Dila tunjuk rajin. |
Nampak matang je Miss Yaty dalam gambar ni. |
Dinner last kami masa Diploma di Jengka. |
Pemain dan penyokong tegar pasukan Diploma in Accountancy |
Miss Yaty, Tiqah, dan Dila. Luv you. Muah! |
P/s: Gambar Miss Yaty masa Diploma memang tembam masa ni. Sekarang? Err..
P/s: Gambar hadiah Miss Yaty update balik.
10 comments:
wahhhh bestnya dapat thu akak hppy..
*akak dh pndai gunakn link entry dalam entry skrg yew..huhu bagos2
Slalu tengok ci yaty je.. Cik tom ada ke? X penah lg Jai tengok cikgu Jai sorg ni..
alalalala...tachingnyer cik yati....jgn nangis2..nanti kena jual...kiter berkawan ni bukan untuk sementara...berdoa la semoga persahabatan yang bermula di dunia ini akan berterusan di syurga kelak...amin...
Wahhhh...!! kak yati dpt hadiah tuh...!! bestnyew...mau hadiah jugakkk..hehehe.. :P
comelnya yaty..happy birthday untuk akan datang ;p
Sahabat selamanya - Padi ^_^
ko mmg touching la.. hahaha. nway, tkde hal sgt la.. kredit kt dila sbnr nyer. aku tukang menyibok je. hahaha. nway, love u!! =))
semoga persahabatan tu kekal k..
anne pun syg kwn anne..hehe;)
semoga ukhwah berpanjangan..amin..tq lawat blog akak..nak tgal jejak kat shoutmix xkeluar plak dia
Cik Yaty bambam :P Tomel lah Yaty. Shag dah lama tak jumpa 2 best-friends Shag. Uhuu~ Rindu dorang tak tertanggung bila baca entri Yaty ni ;'(
Post a Comment