Thursday, February 17, 2011

Misteri Seminggu Tak Update Blog!

Salam sayang semua. Tajuk entry mahu gempak sikit padahal bukan misteri pun. Biasalah tu kan kalau tak update semingu. Bukannya berbulan-bulan pun Miss Yaty menyepi macam blogger hebat Zack Zukhairi atau pun Cik Epal. Berbulan-bulan dorang menghilangkan diri readers teramat kecewa dan rindu teramat pada mereka.

Miss Yaty menghilangkan diri sebab honeybee Miss Yaty ada masalah. Tetiba je honeybee Miss Yaty tak leh nak on langsung. Memang honeybee Miss Yaty ni dah tunjuk tanda-tanda nak bermasalah tapi Miss Yaty tak ambil cakna pun. Mungkin gak honeybee Miss Yaty ni merajuk kot sebab Miss Yaty tak hiraukan kebajikan dia pun.

Eh  korang tahu tak honeybee tu ape? Mesti dah boleh agak kan. Honeybee tu laptop kesayangan Miss Yaty ni lah. 

Masa hari sabtu hari tu pun Miss Yaty tak hiraukan langsung jugak sebab masa tu ada majlis kahwin kawan sekolah Miss Yaty. Balik tu ingat nak update cerita masa kat majlis tu tapi laptop dah takleh on. Betapa sadisnya hatiku ni masa tu. 

Miss Yaty hantar format kat abang kedua Miss Yaty je. Sebab mudah, selamat dan jimat. Mudah sebab dekat je nak hantar kat rumah abang Miss Yaty ni. Selamat sebab Miss Yaty tak payah risau kalau-kalau ada orang buat backup diam-diam document-document atau gambar-gamabar Miss Yaty yang err censored ceh Miss Yaty tak de ekk simpan gambar-gambar bogel atau lucah. Hahah

Err abaikan yang tu maksud Miss Yaty gambar-gambar tak pakai tudung ke takutlah jugak orang tak berkenaan curik kan. Hahaha budget hot tapi kita sebagai perempuan kena pekalah kan untuk keselamatan dan maruah kita jugak.

Pasal jimat plak sebab abang tolong mesti tanpa bayaran kan. Kita hulur pun mesti abang tak ambil jugak.

Tapi di sebabkan hantar kat abang jadi ada masalah jugak iaitu masalah abang ada banyak komitmen lain yang perlu di selesaikan jadi tak de masa nak format honeybee Miss Yaty ni. Tapi alhamdulillah petang tadi honeybee Miss Yaty dah selamat di pulihkan.

Walau pun tak seratus peratus tapi Miss Yaty masih mampu menghidupkan kembali blog kesayangan Miss Yaty ni.

Pada rakan-rakan bloggers dan readers Miss Yaty mohon maaf sebab dah lama tak menceriakan hari-hari korang. Ceh :p

Miss Yaty tak dapat nak jenguk semua sahabat blogger Miss Yaty malam ni sebab mozilla ni lembab. Miss Yaty nak kena download chrome yang terbaik dulu. InsyaAllah malam esok Miss Yaty akan jenguk korang semua ye.

Mulakan hari anda dengan senyuman manis. :)


10 comments:

Taufiq Tiramisu said...

hehehe..
laptop benda penting bg taufiq..
x lgkap hidup tanpa laptop
:D

Ketahui Cara Membuat Backlink

Bee said...

hah akk rasa cam akk je honeybee tu dedulu kanakk guna nick tu..lala akk tk marah awk pun !ngehhh joke!

Muhammad said...

hehe..miss gler kt akak...
mamat pun baru je lpas format laptop...

mozilla sekarang mmng truk..baik akak guna chrome...lgi laju..huhu

lady-D said...

ooooo..patutlah, ingatkan pegi kawin ke..hehe..google chrome mmg laju walaupun kdg2 salu crashed..hehe..rindu yaty ^^

aLieF si Muncung ManiS said...

so,lepas ni rajin2 la uodate blog ye yati..patut jarang dah tgok awk update blog sebelum ni..rupanya masalah honeybee...huhu...

ENTRY BARU ALIEF..rugi kalau tak baca.baca taw..dtg blog alief sekarang juga... -->"rusuhan berlaku lagi..adakah peristiwa 13 mei akan berulang..sila baca..penting..""

fiezah91 said...

haha..laptop dah ok si musang berapi lak lembab ek.. ekekeke

Puan Besar Shag Yahaya said...

Sayam~ Rindu sama awak lah! Uhuk. Kelas tak berapa penuh setiap hari. Just Khamis je pack. Tapi still, balik rumah penat. Sebab dari UniKL blk rumah 40 paling kejap 2 jam paling lama. Selalu nya 2 jam lah sbb balik lps hbs office hour. Jalan jammed. Uhuk ;'(

Nasib baik abg Yaty terror kan format. Senang je. Hihi. Yes, chrome terbaik!

NuSaNa NoSa 91 said...

betul tu miss yaty.. xde org cari kita pon klu kita xupdate.. hahahahaha~ ^_^

setuju!! w/pon ni lappy peribadi, tp gmbr tetap kena tapis.. takut2 lappy ni ilang, bahaya~ ngeeee~ =.="

Unknown said...

pkai je windows 95..nanti lagi laju

Unknown said...

elehh..wat2 tak tau plak.. eh, yaty bila nak kacau coding blog ni? selalu kalau browse guna chrome sangkut lah..terpaksa browse guna mozilla walaupun lambat