Monday, February 28, 2011

Sebelum Dan Selepas Menjadi Blogger

Assalamualaikum korang.

Miss Yaty ada tertarik pada satu entry di blog Perisai Mahkota. Entry beliau mengenai sebelum dan selepas menjadi blogger. 

Sekarang ni memang Miss Yaty sendiri merasai perubahannya bila menjadi seorang blogger ni. Walaupun Miss Yaty bukanlah seorang blogger aktif tapi memang dalam kepala otak ni akan sentiasa pikirkan pasal blog je.


1. Sebelum jadi blogger... Online sekadar untuk cari bahan-bahan assignment jer..Tapi bukak 'mukabuku' tu wajib la...hehe~

Tapi selepas jadi blogger... Terasa nak kena online dan blogging sepanjang masa. Bila tak dapat online, rasa hidup tak tenang. Macam orang yang kemaruk cinta la.. Mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak sendawa... errppp!!! (sorry.. hihi~). Kepala nih asyik pikir nak blogging jer. Nak cek follower lah, nak jenguk komen lah, nak blogwalking lah, nak kira income lah.. dan yang sama waktu dengannya.. Seksa tak? Agak seksa, tapi aku suka...n_n. Sebab tu sampai sekarang, aku masih blogging. :P




2.   Sebelum jadi blogger... Nak makan, senang jer. Lepas basuh tangan dan baca doa, terus ngap! Tanpa mempedulikan sesiapa yang lalu lalang dan apa yang nak dibuat.


Tapi selepas jadi blogger... Nak makan pun kena tengok menu dulu. Kalau menu lain dari yang lain, mula lah mencari-cari kamera. Tujuannya nak diabadikan sebagai kenangan dan akan diletakkan kat blog sebagai tajuk 'entri hari ini'. ish3... Kalau ambil sekeping jer takper. Ni sampai 18 sudut dan berpuluh-puluh gaya diambilnya...adoyai~ Makanan dah sejuk, baru dapat merasa...



3. Sebelum jadi blogger... Kerja lebih fokus. Hanya fikir untuk selesaikan kerja. Bila dah selesai semuanya, baliklah ke rumah dengan aman dan terus boleh release tension atas katil empuk. krooohhhhh~

Tapi selepas jadi blogger... Susah dah nak fokus. Sebab dalam kepala asyik pikir nak blogging jer. Kebetulan pulak waktu kerja, gaduh dengan staf lain atau kena lempang dengan boss. Mula lah pasang niat untuk lepas geram dalam blog (kesian kat blog yang tak bersalah). Sebaliknya pulak kalau jumpa benda-benda menarik dan sesuai untuk dikongsikan, kita jugak akan pikir nak blogging jer.. kan? Dengan harapan nak kongsi-kongsi la benda yang menarik tu (walaupun takder la menarik sangat) hihi~



4. Sebelum jadi blogger... Hal aku adalah hal aku. Hal kamu adalah hal kamu.

Tapi selepas jadi blogger... Barangku barangmu jua. Ceritaku ceritamu jua. Sehinggakan...bantal busukku bantal busukmu jua. Semuanya kalau boleh nak diceritakan. Asalkan ada bahan (walaupun yang tak sepatut dikongsikan), berkobar-kobar semangat nak bercerita. Jari rasa kebas jer sebab gian sangat nak menulis. Bila dah dapat kongsi cerita. fuuhhhh~ leganya bagai lepas jogging 100 batu. Yang teruknya, sampaikan seluar terkoyak pun nak diceritakan jugak. Suka hatilah labu... Mungkin jugak ada baiknya untuk merapatkan silaturrahim antara blogger. Tapi agak-agaklah kan nak berkongsi cerita pun... 



5.  Sebelum jadi blogger... (yang ni agak mengecewakan) Sembahyang boleh dikatakan awal waktu. Kadang-kadang siap berjemaah lagi...~_~

Tapi selepas jadi blogger... Sembahyang dah hujung-hujung waktu, dan jemaah entah ke mana dah. Lagi dahsyatnya, waktu tengah sembahyang tu la datang idea-idea untuk dimuatkan dalam blog. Melepas sudah pahala khusyuk... Nak nak pulak kalau cicak jatuh atas sejadah depan mata, lagi la bersemangat nak diceritakan. Tengah sembahyang tu, siap susun ayat lagi. Sesudah jer salam yang akhir, terus online dan blogging. Tajuk entri terbaru... "Binatang punya cicak! Terkejut aku" 
(semua ni kena atas kepala aku...huhu)



Sedikit pesanan dari aku. Kalau boleh, waktu blogging sekali sekala tu... Bukak lah jugak entri yang bersifat kerohanian/keagamaan. Jangan nak cari atau nak kongsikan yang seronok-seronok jer. "Kalau tak dapat nak ambil semua, jangan tinggal semua". Ambil sikit-sikit pun takper, janji dapat diamalkan dan dikongsikan bersama. Baru la aktiviti blogging kita tu bermanfaat. insyaAllah...

Rasulullah pesan, "Sampaikanlah apa-apa pun dariku, walaupun sepotong ayat."

Kalau kemahiran kita dalam 'berblogging', gunakanlah wasilah/jalan ini sebaiknya... Ingat! sepotong ayat pun sudah memadai. Tetapi jugak harus diingat, kita sekarang sedang berada hampir pada garisan penamat kehidupan alam dunia. Dalam situasi genting ini, rasanya sepotong ayat tidak memadai untuk menjamin tempat yang terbaik di akhirat kelak.




P/s: Entry ni Miss Yaty copy dari blogger Hafriz Mohamad. Miss Yaty tak edit sebab ayat beliau dah best dan mudah nak paham kan...


P/s: Sama-samalah kita renung-renungkan diri kita sebagai blogger...

18 comments:

Syat0za said...

rak tau nak comment ape, best je baca entry ni :D

Taufiq Tiramisu said...

taufiq pun banyak rasa perubahan tu..huhuhu..

JIJI YU said...

benar ape yang dikatakan..ehhe

Puan Besar Shag Yahaya said...

Semua yg dia cakap betul! Haha. Terasa kena kat pipi sendiri. Pap! Keke :P

diana said...

oo..
ingtkan cerita yaty..
ni sah2 blogger tegar ni..

Raji berkata said...

woahhhh mcm ada btolnya juga tuh ;D
aku pun kdg2 cmtuh gak
sekarang lagi peka dgn keadaan sekeliling
ad bnder2 best jer tros nak share dlm blog :P

err bab no 5 tuh xnk tipu lah
aku pun kdg2 sme jer T.T

echah mashuri said...

uishhh..mmg terkena btg idung.ehehe..tp best!tp kdg2 xterlayan gak nak2 bila tgh2 sem.eheheh

nur aisya humaira said...

Assalam Yati...
aah,memang betul laa...
kepala duk asyik pk pasal blogging je..adeh..:)

Matika said...

haha..sama macam mamat dah...he3

Eel said...

whoaa, jgn terlampau blogging~~ too much nanti tak baik~~ =D

sissyira said...

salam


sejak jadi blogger hidup huru hara..huhu


syira tag sini Jom Baca dan Komen--"Keranamu Templates"

bunga said...

betul2..mmg agak berlainan bila berblog..

Puan Besar Shag Yahaya said...

Yaty sayam. Shag tag Yaty. Meh SINI ;D

Farhan Zulhusmi said...

hehehe...
yang pasal menu makanan tu....
memng tepat dan mengena kepada sy...hehehe.....
nice entry.........

d_LA said...

tol tu..dla pun dh prasan ada prubhn skang ni..tp skang dh x pksa diri wat entry..kalo sibuk mmg dla xkan update..sbb kalo update dla mmg asek bukak je blog..kene tahan iman skang ni..

bobiedanbad said...

entry yg best

nukilanaffiza... said...

memang betul sis yaty....saya baru merasa benda2 mcm tu sebab baru bergelar blogger amatur...hehehe...anyway memang seronok baca dunia org..kengkadang seronok org baca dunia kata...wallahualam...

nukilanaffiza... said...

memang betul sis yaty....saya baru merasa benda2 mcm tu sebab baru bergelar blogger amatur...hehehe...anyway memang seronok baca dunia org..kengkadang seronok org baca dunia kata...wallahualam...