Wednesday, March 9, 2011

Khasiat Daun Pudina Bukan Sekadar Penyegar Mulut | Kelebihan

Assalamualaikum dan salam sayang. 

Miss Yaty rasa kurang sihat sikit hari ni. Rasanya bukan nak demam mungkin letih je kot. Miss Yaty lepas belek Majalah wanita err dah jadi wanita dah sekarang  ni. Ceh!

Miss Yaty terbaca artikel pasal daun pudina. Korang mesti pernah dengar daun pudina kan. Kalau pasal daun pudina je mesti kita lebih kaitkan dengan ubat gigi dan penyegar mulut. Kebanyakannya berkaitan dengan mulutlah. Tapi korang tahu tak sebenar nye daun pudina ni bukan sekadar penyear mulut je taw.

Daun pudina ada banyak kegunaannya yang lain yang mampu mengatasi masalah kesihatan. Antaranya:

1. Sistem Pencernaan.
Daun pudina juga di gunakan dalam masakan terutamanya sebagai sajian pembuka selera. Hidangan pembuka selera selalunya lebih kepada menyihatkan. Daun pudina ni mampu mengaktifkan kalenjar air liur dan kelenjar yang menghasilkan enzim pencernaan.

2. Gangguan Pernafasan.
Jika korang ada masalah hidung tersumbat, daun pudina juga mampu mengatasainya. Daun pudina ni mampu melegakan saluran pernafasan dengan membuka laluan pernafasan pada hidung dan paru-paru.

3. Rawatan Kulit.
Korang boleh cuba buat jus pekat dari daun pudina. Letakkan sedikit je air dan kisar atau tumbuk daun pudina kemudian sapukan pada wajah untuk di jadikan masker. Cara ni dapat menghaluskan kulit muka kita dan juga boleh mengatasi masalah gatal-gatal dan masalah jerawat.

4. Rasa Mual Dan Sakit Kepala.
Aroma daun pudina yang menyegarkan mampu dijadikan sebagai ubat untuk mengatasi masalah mual dan sakit kepala. Korang boleh sapukan minyak daun pudina atau gunakan daun pudina yang segar dan hidulah bau segar yang ada padanya.

5. Kanser.
Kajian terbaru mandapati daun pudina mempunyai enzim yang mampu membantu melawan sel-sel kanser daripada terus merebak.


Credit to: Mingguan Wanita bulan 11-17 Februari 2011.





8 comments:

najihah sahami said...

err..tp mish xsuka bau dia bila letak dlm masakan..huhu

Farhan Zulhusmi said...

boleh untuk rasa mual dan sakit kepala erk??insyaallah...leh cuba nie...leh nie....
thanz....
MiSs YaTy..hehehe

bunga said...

leh tumbuk2 buat masker muka ni..

DeCrewz said...

Agaknya daun pudina nilah yang dibuat ubat gigi kot.. Errr.. Jai pernah tgk ke x daun ni..

Matika said...

daun pudina dapat lawan kanser..info baru ni..he3..

mamat dalam exam skrg...tak aktif mnggu ni..

Puan Besar Shag Yahaya said...

Shag tak suka daun pudina. Mama dengan Along suka makan dalam laksa.

sams said...

Buat teh o letak beberapa helai daun pudina sedap...slmt mencuba

sams said...

Bt teh o letak bberapa helai daun pudina pn sedap...slmt mncuba...