Tuesday, April 12, 2011

Apa itu BPA, Ciri-Ciri Botol Susu BPA dan Kesan Botol Susu BPA? |

Gambar perbezaan botol susu BPA (PC = Bahaya)

Assalamualaikum semua. Mesti ramai dah tahu isu botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi Bisphenol A (BPA) kan?

Tapi tahukah korang apa itu BPA?
Menurut kajian BPA akan mewujudkan ketidakseimbangan hormon, termasuk kanser payudara dan prostat, akil baligh awal dan perubahan struktur otak yang dikatakan berpunca daripada pendedahan ketika saat genting permulaan kehidupan bayi.

Ciri-ciri botol susu polikarbonat ni adalah bersifat keras dan lutsinar.

PC atau polycarbonate diperbuat daripada sejenis kompaun organic polycarbonate resins yang boleh merembeskan bahan toxic iaitu Bisphenol A atau dikenali sebagai BPA. BPA boleh meresap ke dalam air minuman dengan kewujudan haba atau agen pencuci.

Antara kesan buruk BPA:

- Mengganggu gugat perkembangan otak dan perubahan tingkah laku kepada janin dan bayi yang baru lahir

- Memberi kesan buruk kepada kelenjar prostat janin, bayi dan juga kanak-kanak

- Memberi kesan buruk kepada kelenjar susu janin, bayi dan kanak-kanak perempuan

- Masalah kegemukan atau obesiti

- Kecacatan pada bayi baru lahir

- Menambahkan risiko kematian bayi

- Pengurangan berat badan bayi dan kecacatan kepada keturunan seterusnya

- Menambahkan risiko mendapat kanser dan sakit jantung

- Beri kesan kepada kelenjar tiroid serta sistem reproduktif




Alternatif lain :


Menggunakan botol susu daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain.

Botol susu bebas dari BPA


5 comments:

Lilyel said...

baik bagi ASI, kan? kan?

Miecyber said...

Kesian kepada bayi bayi yang tidak bersalah......

Peribahasa Jepun ( Part 2 )

diana said...

akak pun dah tukar botol susu maisara ni..
patutnye dah besar tak payah guna botol tapi mengada2 punye pasal terpaksa la beli jugak..
walaupun harga punye lah mahal..:p

aLieF si Muncung ManiS said...

kena hati2 beli botol susu ni..nak selamat,tak payah susah2 beli botol susu..minum je susu ibu..:P

Matika said...

yg tak tahan tu...boleh dapat risiko kanser dengan jantung....takut juga mamat....