Wednesday, April 13, 2011

Sinopsis Filem Karak Filem Seram Malaysia

Assalamualaikum semua.

Korang dah tengok trailer filem Karak | Laluan Puaka arahan Yusry KRU. Kalau belum korang boleh klik kat entry Trailer Filem Karak Laluan Puaka. Filem ni memang menarik sebab tajuk dia yang buat kita tak sabar-sabar nak tengok filem ni.

Selama ni Miss Yaty hanya dengar banyak cite hantu kat lebuh raya karak tu tapi tak penah tahu kesahihannya. Hanya orang yang penah alaminya tahu kewujudan alam mistik kat situ.

Ramai artis baru yang berlakon filem ni. Mungkin Yusry KRU nak mengasah bakat pelakon baru dalam dunia lakonan. Hahah. Miss Yaty agak je. Antara pelakon yang berlakon dalam ni ialah Shahir AF8, Sheera Aiyob, Along Eyzendy, Kilafairy dan Sidek Hussin.


Sinopsis Filem Karak – Laluan Puaka

Empat pelajar kolej sedang menuju kembali ke Kuantan selepas bermalam di KL dan mereka terperangkap dalam kesesakan lalulintas yang teruk sepanjang Karak Highway.

Oleh kerana mereka mempunyai kelas pada keesokan awal paginya, mereka membuat keputusan untuk keluar dari lebuhraya dan meneruskan perjalanan mereka menggunakan jalan lama. Mereka tidak mengetahui bahawa keputusan ini akan mengubah hidup mereka selamanya.

Kisah sebuah kereta Volkswagen kuning yang dianggap berhantu, yang sering mengganggu perjalanan di sekitar lebuhraya Jelapang. Hantu Volkswagen kuning ini mula menganggu kenderaan di jalan raya sejak tahun 1956, tetapi tidak ketara dan orang ramai masih belum menganggap ia sesuatu yang mengaibkan. 
Tetapi sejak lebuhraya Utara Selatan dibina merentasi kawasan yang dinamakan Jelapang, sejak itulah hantu Volkswagen kuning semakin ketara muncul dengan mengganggu kenderaan yang lalu lalang di situ. Puncanya dipercayai bermula dari sebuah kisah seorang isteri curang yang telah membunuh suaminya dengan kejam dan kemudian merampas kereta Volkswagen kuning milik suaminya. 
Sang suami mati sambil menyimpan rasa dendam yang membara untuk memiliki semula Volkswagen kuning tersebut. Kenyataannya, jika benar hantu Volkswagen kuning ini wujud dan pernah dilihat orang, maka itu adalah jin (keturunan iblis yang bergelar jembalang), bukan si suami malang yang mati dibunuh kejam. 
Volkswagen ini akan muncul secara tiba-tiba dan sekiranya pemandu memotong kereta tersebut , ia akan berada di hadapan secara mengejut.Dipercayai , kemalangan berlaku disebabkan gangguan Volkswagen kuning.

Filem ni akan di tayangkan di pawagam pada 26 Mei 2011. Jom pakat tengok ramai-ramai baru tak takut.hihi.





8 comments:

diana said...

akak tak minat filem seram..
tapi cerita hantu volkswagen kuning ni memang cerita betul..selalau dah orng jumpa..

DeCrewz said...

Karak? laluan ke kampung Jai...hu3. Kat situ memang normallah.. Jai selalu jumpa jugak.. Jumpa ngan org2 dok citer pasal antu karak..he3

EastbulletdotCom said...

sipnopsis macam besh.. tapi aku tak suka tengok cerita yang akan mengaitkan diri kita.. contohnya drive kereta, nanti akan rasa takot bila drive..

eastbullet.com

Matika said...

hari ni,mamat baru je lepas tngok cter senjakala...best juga...

Miss Yaty said...

@diana : ramai gak ckp hantu volkswagen tu btol..mmg menjadi tanda tanya..huhu~

Miss Yaty said...

@DeCrewz : hihi..ngade btol ye jai..kalo jmpe org ckp pasal hantu karak mmg la ramai ;p

Miss Yaty said...

@EastbulletdotCom : setuju jugak ngn pendapat kau ni east bullet..tak patot jugak buat cite cm ni...naik seram la kalau drive memalam kt karak..huhu~

Miss Yaty said...

@Matika : yeke mamat..akak ingt kan cite senjakala tu tak best..hihi~