Sunday, November 20, 2011

Tips Amalan Hidup Sihat

Assalamualaikum dan salam sayang. Semoga hari ni korang semua sihat-sihat dan ceria ye. Hari ni Miss Yaty nak share kt korang tips amalan hidup yang sihat. Ramai yang tahu nak sihat ni memang kena ada caranya.

Jangan sekadar syok sendiri je. Konon diri dah sihat walhal rupanya dalam sebulan cepat je datang sakit. Okay tu sekadar nasihat je ye. Jom tengok dan baca tips kat bawah ni ye.


Makan tepat pada waktunya.
Ramai yang salah paham konsep diet sampaikan melupakan soal makan. Kononnya nak diet sampaikan waktu makan di abaikan dan makan secara tidak konsisten. Kalau korang nak tahu tabiat melengahkan waktu makan ni adalah salah kerana tubuh badan kita akan kehilangan tenaga dan juga nutrien penting yang berfungsi untuk menyihatkan badan kita. Jadi kesimpulannya korang kena sentiasa makan tepat pada waktunya dan ambillah snek yang sihat jika perlu je.



Sentiasa bersenam
Haa yang ni memang penting sebab melalui bersenam kita dapat mencergaskan tubuh badan kita. Ada banyak cara untuk bersenam ni contohnya turun naik tangga, jogging, bermain badminton, berenang dan juga menyertai gim. Cubalah melakukan senaman sekurang-kurangnya 10-30 minit sehari. Tak lama pun kan.

Pentingnya persahabatan
Sistem ‘buddy’ sebenarnya dapat membantu anda untuk lebih fokus dan bermotivasi untuk hidup secara sihat. Sama ada ia hanyalah perjumpaan biasa untuk pergi ke gim, berkongsi makanan sihat secara beramai-ramai, berkongsi resepi, atau hanya dengan memberi sokongan moral, anda sebenarnya secara tidak langsung memberikan semangat di antara satu sama lain. 


 Klik Untuk Menderma (Sempena Ramadhan)
 Mari Beramal Bersama Colgate (Sempena Ramadhan)


Buangkan tabiat suka mengunyah tanpa mengira masa
Kalau korang rasa nak mengunyah korang boleh simpan snek-snek sihat. Ini secara tidak langsung dapat mengelakkan anda daripada mudah terpesona dengan tarikan snek-snek yang manis dan penuh lemak. Buah-buahan dan bar rendah lemak adalah di antara snek yang dapat memberikan anda tenaga segera tanpa menambahkan jumlah lemak di dalam tubuh. Bawalah bersama air minuman, minumlah sedikit bila korang rasa ingin mengunyah dan carilah sesuatu yang berfaedah untuk di lakukan selain memasukkan makanan ke dalam mulut je.



Makan makanan yang berkhasiat.
Sama ada memasak sendiri makanan atau membelinya di luar, pastinya ada sesuatu yang boleh dilakukan untuk mendapatkan hidangan yang sihat. Cuba dapatkan hidangan yang rendah lemak, rendah kolesterol, ataupun yang dimasak secara sihat (kukus, celur ataupun makanan bersup). Cara memasak yang sihat dan kaedah menaikkan rasa makanan akan menghasilkan makanan yang bukan sahaja sedap untuk dimakan tetapi juga baik untuk perut anda.



Maaf tak dapat nak letak sumber dari mana sebab dah lupa. -,-"
Sharing is caring  :)