Friday, April 15, 2011

Filem Kongsi (Trailer & Sinopsis) Lakonan Shaheizy Sam Artis Paling Popular 2010

Assalamualaikum semua. Hari ni Miss Yaty tak sabar nak kongsi trailer dan sinopsis filem Kongsi lakonan Shaheizy Sam. Ala pelakon glamour yang dapat gelaran Artis Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010 tu. (Dah tahu korang kenal saja nak gtaw jugak.Haha) 

Filem Kongsi ni memang lain dari yang lain. Kalau korang nak tahu apa yang lain korang baca lah sinopsis filem ni. Miss Yaty confirm filem ni memang filem wajib tonton pada tahun 2011 ni. Berkemungkinan filem ni bakal meletop sebab Brader Sam berlakon kan.

Filem Kongsi ni merupakan filem ala-ala semseng tapi masih ada terselit versi komedi. Pengarah filem ni pulak pelakon filem Lagenda Budak Setan iaitu Farid KamilAntara pelakon yang berlakon dalam filem Kongsi ni ialah Farid Kamil, Fizo Omar, Shaheizy Sam, Norliana Samsudin dan Zul Handyblack.

Filem Kongsi bakal di tayangkan dipawagam pada May 2011. Jom layan sinopsis dan trailer kat bawah ni.
gambar filem kongsi 2011 

Sinopsis Filem Kongsi

gambar shaheizy sam pelakon filem kongsi
Filem aksi komedi dengan tagline Lu Langsi Lu Mati mengisahkan penyiasatan ASP Shariff (Fizo Omar) terhadap kes pembunuhan di kalangan kumpulan kongsi gelap di Kuala Lumpur. Kumpulan daripada pelbagai bangsa itu menjadi huru-hara dengan kehadiran pembunuh upahan, Tumulak (Shaheizy Sam) yang melakukan pembunuhan untuk menebus hutangnya. 
Penyiasatan ASP Shariff dan Detektif Maya (Norliana Samsudin) dilakukan tanpa mengetahui siapa pembunuhnya dan sukar untuk mendapatkan maklumat kerana Tumulak licik dan bergerak sendirian. Segala ancaman dilakukan Tumulak sebenarnya didalangi Kimpedu (Zul Handyblack) yang mengupah Tumulak untuk menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap kerana ingin menakluk kawasan Kuala Lumpur. 
Pada masa sama, Tumulak mempunyai dendam peribadi terhadap ASP Shariff. ASP Shariff juga diugut apabila anak dan isterinya diculik tetapi ia tidak mematahkan semangatnya menjalankan tugas.


P/s: Tak sabar nak tunggu filem ni di tayangkan. :)


Sumber: Sinopsis Filem Kongsi dan Trailer.

5 comments:

najihah sahami said...

alahai...xsabar nak tunggu citer ni kan..:)

Fendi BL036 said...

thank bagi info..memang nak kena tgk citer nih....harap dapat tgk premier show....baru takda potong2....

jom ke blog hamba...tapi ini bahan utk org kawin la...hehehehbaca takpa...

zuhanismohamed said...

mcm best je..xsabar nak tengok Sam ! ehh..he he

Muhammad said...

rindu..rindu dengan blog akak...
rasa nk menangis bila tak dapat update blog dan tak dapat tinggalkan komen...

Farhan AJ said...

adeh..lain dari yg lain apanya,genre same je macam filem melayu yg lain..stereotaip..x pernah nak ubah2..

asyik2,seram,seram komedi,samseng2.bohsia,GRO,sume tu je ke orang MELAYU tau buat ???

filem yg betul2 lain dari yg lain,merong tu je..yg lain hampeh je..sbb artis popular je berlakon,terus jadi filem wajib tengok,padahal x tengok dah apa pengajaran yg leh dapat dari filem tu..

http://www.tintapenaku.com/2011/04/muak-aku-dengan-melayu.html