Saturday, April 21, 2012

Hati berkata: Saya Rindu Emak

Assalamualaikum.


Sihat tak kalian semua? Semoga sihat sihat selalu. Bila dah berjauhan dengan keluarga mula hati ni di lamun kerinduan. Semoga ibu ayah dan adik adik sihat di Terengganu. InsyaAllah. Amiin.


Miss Yaty sedang godek godek di facebook terbaca satu share dari seorang kawan. Terus hati di landa sayu.


Mak : Tahu tak kenapa mak sayang sangat kamu? 
Anak : Sebab saya anak mak kan? 
Mak : Tapi ada alasan yang lebih hebat daripada itu.. 
Anak : Apa tu mak? 
Mak : Kerana boleh jadi kamu lah penyelamat ibu di kubur nanti andai malaikat sedang mahu memalu dan memukul jasad ibu nanti.. 
Anak : Mak! Janganlah... 
Mak : Jadi anak soleh ye..mak perlukan doamu di sana nak..( Mak itu lantas mengalirkan air mata cinta :) 


Ya Allah semoga aku dapat membantu ibu aku kelak di alam barzakh. Amiin.


P/s: Sorang ibu boleh jaga 9 orang anak..tapi sorang anak tak kan mampu untuk menjaga seorang ibu jika tidak tahu menghargai ibunya. Saya sayang mak saya. Anda bagaimana?



4 comments:

Puan Besar Shag Yahaya said...

MOga kita semua jadi anak yg soleh. Boleh doakan ibu bapa kita nanti :D

Unknown said...

Assalamualaikum.. izinkan saya komen di blog saudari... membaca blog saudari teringatkan ibu saya di rumah.. Dah lama tak ucapkan perkataan 'I love u mom' pada dia.. Banyak masa yang ada dihabiskan bersama kawan2 dan orang sekeliling.. Kadang2 kita alpa dengan jasa yang telah ibu kita curahkan.. Now.. terima kasih kepada awak kerana dengan blog awak saya dapat sedar dengan situasi saya... semoga sama2 lah kita menjaga ibu bapa kita kerana tanpa mereka..kita ni tak mungkin berada pada tahap kita sekarang.. Wallahualam.. Assalam

Miss Yaty said...

@Puan Besar Shag Yahaya : insyaALLAH shag..hope begitulah..amiin :)

Miss Yaty said...

@Kenjura Harada : terima kasih kenjura kerana sudi membaca entry di blog saya..terima kasih juga kerana sudi meninggalkan komen dan nasihat yang berguna pada saya dan juga pada blogger lain yang singgah di sini..
peringatan ini adalah untuk saya dan untuk semua orang supaya menghargai jasa dan pengorbanan ibu mereka.. :)