Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Salam Ramadhan. Alhamdulillah. Hari ini sudah hari ke 6 kita berpuasa di bulan Ramadhan. Persoalan yang di tujukan khas untuk Miss Yaty sendiri dan pada anda semua, adakah amalan kita di bulan puasa tahun ini makin bertambah dari tahun sebelumnya?
Kalau masih kurang marilah kita bersama-sama mengamalkan amalan-amalan di bulan Ramadhan ni. InsyaAllah masih sempat untuk kita amalkan amalan-amalan ini. Jangan bertangguh lagi ye. Pesanan untuk diri sendiri. Semoga kita sama-sama mendapat keredhaan Allah di bulan Ramadhan kali ini. InsyaAllah. Ingatlah, walau tak dapat buat semua amalan-amalan ni tapi pastikan jangan tinggalkan semua ini kerana kita akan tergolong di kalangan orang-orang yang rugi jika tak hargai peluang ni. Sesungguhnya kita belum pasti samaada kita masih berkesempatan untuk berjumpa bulan Ramadhan seterusnya.
Amalan-amalan di bulan Ramadhan :
(Tidak dapat buat semua, jangan tinggal semua)
1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan.
2) Menempah pakaian untuk Ramadhan.
3) Niat puasa sebulan pada permulaan Ramadhan.
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya
dapat bangun malam.
5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat).
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian).
7) Solat berjemaah setiap waktu.
8) Solat jemaah di
masjid/surau.
9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek.
10) Sahur diwaktu akhir.
11) Sahur – utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan
makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu.
12) Mandi Janabat sebelum Imsak.
13) Kurangkan tidur.
14) Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh).
15) Tunaikan Solat Dhuha.
16) Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor).
17) Tunaikan solat Rawatib.
18) Jaga pacaindera.
19) Elakkan gosok gigi selepas tergelincir matahari hingga
berbuka.
20) Hadiri majlis ilmu.
21) Buat baik kepada ibubapa.
22) Isteri hendaklah taat pada suami.
23) Banyakkan bersedekah.
24) Berbuka dengan 3 biji kurma dan air yang belum dipanaskan
oleh api.
25) Berbuka bersama org tua.
26) Jemput tetamu berbuka.
27) Kurangkan berat badan.
28) Banyakkan i’tikaf di masjid (lelaki sahaja).
29) Baiki hubungan suami isteri.
30) Baiki hubungan jiran.
31) Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan.
32) Elakkan berbelanja berlebihan.
33) Kuatkan kesabaran.
34) Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih.
35) Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar).
36) Mengejut anak dan isteri di malam Lailatul Qadar.
37) Elakkan menonton TV yang mengandungi nafsu.
38) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan hingga
melalaikan.
39) Berdoa dengan nada lembut dan merayu.
40) Jauhkan bercumbu dengan suami/isteri.
41) Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yang meninggal
dunia.
42) Melazimkan solat waktu.
43) Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan
liar.
44) Elakkan banyak berhutang.
45) Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti
tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang.
46) Mengeluarkan zakat fitrah.
Kredit : Ohduniaku Bulan Ramadhan 2011
No comments:
Post a Comment